Pages

Friday, 29 September 2023

Itinerary 10D 9N @ Mesir

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Entry ni dikongsikan dengan niat ia boleh jadi guideline awal untuk korang yang berhasrat nak melawat Mesir suatu hari nanti sama ada secara solo / backpacker.

itinerary ni tak lengkap ya sebab anies cuma merujuk tempat-tempat persinggahan kami je.

ada tempat kami explore sendiri. ada tempat kami guna tour guide. kenapa guna tour guide? ni kerana certain tempat kat Mesir, orang luar tak boleh nak redah macam tu je terutama kawasan berhampiran Palestin Israel.

jadi sama ada suka atau tidak, kena ada tour guide. at least apa-apa terjadi (lebih-lebih lagi yang tak tahu bahasa Arab), maka kat sinilah peranan tour guide diperlukan.

okey, berbalik kepada tajuk. kami ke Mesir naik Turkish Airlines. beli tiket pun agak lewat. tak silap hujung September. harga yang kami dapat adalah RM2500 (return) (lepas Covid-19 ni tiket flight memang cekik darah!)

Istanbul Airport. airport baru yang luassssss yakmat!


kami bertolak dari KLIA 1 jam 11.00pm dan transit di Istanbul Airport lebih kurang 3++ jam sebelum menyambung perjalanan ke Kaherah, juga dengan Turkish Airlines. kami tiba di Cairo Inter. Airport kira-kira jam 8.30am waktu Kaherah.

Will (cousin anies) sambut kedatangan kami dan tak lama kemudian, kami bertolak ke Alexandria menaiki tramco yang di booked oleh Will.

cerita penuhnya di SINI.

di Alexandria, kami menyewa homestay selama 3D 2N. maaflah... anies tak tahu berapa harganya sebab Will yang booked

dan antara tempat-tempat yang kami lawati/singgah sepanjang berada di Alexandria adalah:
  • Citadel of Qaitbay (baca di SINI)
  • Biblioteca Alexandrina (baca di SINI)
  • Cilantrao Cafe (baca di SINI)
  • Aktiviti di Alexandria (baca di SINI, SINI, SINI & SINI)

hari ke-4 kami bertolak ke Kaherah dengan kereta api. perjalanan selama lebih kurang 3++ jam dan berakhir di Stesen Ramses.
  • cerita penuhnya di SINI.
kami menginap seketika di rumah sewa kawan sekuliah Will pada hari kami tiba di Kaherah.

keesokan hari / hari ke-5 selepas Subuh kami bertolak ke Semenanjung Sinai. kami guna khidmat tour guide + driver. bayaran yang dikenakan adalah RM600 per pax untuk 3D 2N. bayaran ni termasuk payment untuk 2 buah hotel, makan minum, tiket mendaki Gunung Sinai, upah tour guide & driver.

cerita kami di Semenanjung Sinai / Saint Catherine dan Dahab:
  • Terowong Terusan Suez (baca di SINI)
  • Bar Lev Line (baca di SINI, SINI & SINI)
  • Makam Nabi Soleh AS (baca di SINI)
  • Patung Lembu Samiri, Megalo Manna Garden & Makam Nabi Harun AS (baca di SINI)
  • Mendaki gunung Sinai (baca di SINI, SINI, SINI & SINI)
  • Hotel di Saint Catherine (baca di SINI)
  • Hotel di Dahab (baca di SINI)
  • Restoran & kafe di Dahab (baca di SINI & SINI)
  • Aktiviti di Dahab (baca di SINI)

dari Dahab, kami kembali semula ke Kaherah. untuk hari-hari terakhir kami kat Mesir, kami menginap kat sini:

ada sebuah rumah 3 bilik di tingkat bawah asrama ni. di sebelahnya pejabat persatuan pelajar Kedah (kalau tak silap).

macam mana kami dapat menginap kat sini? Will yang booked. kat sini lengkap dengan perabot, mesin basuh dan peralatan memasak. homestay ni sesuai sangat untuk mereka yang datang berkumpulan.

then... selama berada di Kaherah, kami sempat melawat / singgah tempat-tempat berikut:
  • Piramid Giza (baca di SINI)
  • Masjid Imam Syafie (baca di SINI)
  • Citadel of Saladin (baca di SINI)
  • Restoran nasi mandy (baca di SINI)
  • El-Hussein Bazaar (baca di SINI)
  • Masjid Hussein (baca di SINI)
  • Masjid al-Azhar (baca di SINI)
  • Kedai coklat Salahudin (baca di SINI)

Alhamdulillah... cerita kami di bumi anbiya' berakhir dengan jayanya. flight kami pada hari tu tak ada sebarang masalah. tepat jam 10.30pm kami meninggalkan bumi Mesir.

ma'as salamah wa ilal liqo'... insya Allah, ada rezeki lagi anies akan kembali pada akhir tahun depan. kepada kawan-kawan yang berhasrat nak buat lasik murah di Mesir atau sekadar nak jalan-jalan, korang dipelawa untuk join trip anies ni.

trip ni tak ramai. jadi seat adalah terhad. korang boleh bayar ansuran seberapa banyak $$ yang ada. TAPI semua payment hendaklah dijelaskan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum berangkat. kalau korang berhasrat nak ikut serta trip ni, jangan malu jangan segan, PM je anies kat SINI ya.

so mudah-mudahan iti ringkas ni dapat bantu korang yang nak try backpacker/solo trip ke Mesir.

well that's all for today. thanks for reading. p/s lewat BW🙏🙏
daaa....

26 comments:

  1. Ooo... transit Istanbul dulu sebelum ke Kaherah.
    Jauh perjalanannya ye Anies.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak. dulu ada direct flight sblm covid. laa ni tggl kapal kargo je (egypt air)🤭

      Delete
  2. Tempat-tempat yang Anies lawati semuanya menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakan tmpt2 tu kazen yg cadangkan sbb depa dah penah pegi😁

      Delete
  3. Lepas baca2 trip ni... rasa nak pegi pulak!

    ReplyDelete
  4. Duuuh baca ITIN nya pengeeeen kak. Tapi kalo THN depan tak bisa, Krn ada plan travel lain 😵‍💫😅. Lagian Mesir ini masih belum bebas visa kalo untuk Indonesia. Jadi hrs urus dulu di embassy nya. Makanya saya nak ikut travel, tapi hrs yg di Indonesia, biar dia urus sekalian visa 😄. Ribeeet visa mereka ini.

    Tapi suatu saat saya memang harus bisa ke Mesir juga 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ya ke? mahal ke nak apply visa masuk mesir?

      Delete
  5. Menarik n3 kembara ke Mesir bumi anbia

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing. Have a good weekend Anies :)

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kongsi info trip dan itinerary ni Anies. Moga dimurahkan rezeki. Syoknya nanti nak baca slow2.

    ReplyDelete
  8. Thank you share itinerary anies ni! Wah, mcm teringin nak join jugak. Harap2 ada rezeki 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom jom! bleh byr ansuran. kalau x jd pegi duit kami kembalikan 100%

      Delete
  9. Bom dia de domingo e um excelente mês de outubro, com muita paz e saúde.

    ReplyDelete
  10. Entahlah kapan bisa ke sana😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh plan dengan fanny. dia ada anak asuh kat sana. so tak perlu bimbang fasal tour guide

      Delete
  11. CUya klo tk dpt pergi Mesir, dapat pegang dn simpan duit Mesir pon jadi la buat collection... hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy ada duit mesir tp segan nk bg org sbb terlalu buruk n lusuh

      Delete
  12. Teringinnya nak pi Mesir ni. Lengkap sungguh dah ni, banyak manafaat bagi orang yang nak redah sendiri.

    ReplyDelete
  13. Seronok baca perkongsian Anies..

    ReplyDelete
  14. tu dia 10D 9N pergi Mesir puas hati dah tu balik dah terasa dh jadi mak arab dah ni

    ReplyDelete
  15. Egypt Air pergi mana anies? mmg dh tak angkut penumpang ke lps covid

    ReplyDelete
  16. ini kalau congak2 2 3 thn lg tp tulah.. harap tak ada baby baru. hahaha

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆