✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
our last activity at Cairo... sedihnya nak tinggalkan bumi anbiya' ni. tapi tak apa. insya Allah tahun depan kami kembali lagi. ada sesiapa nak ikut? PM anies kat SINI ya!
back to the title. lepas solat Jumaat baru kami keluar. kat sini kedai-kedai akan beroperasi selepas solat Jumaat. sebelum tu, kebanyakannya tutup termasuklah restoran fast food.
kenapa kami pergi kedai coklat ni? ni kerana masa kami kat Alexandria, kami tak sempat nak singgah pasar raya Goumla. pasar raya ni ada jual macam-macam coklat termasuklah coklat timbang. harga pun murah. untuk sekilo coklat, cuma sekitar RM19-RM25 je.
well untuk ke Salahuddin ni, kami kena naik bas 2 kali. oh ya, kat Kaherah ni kalau nak naik public transport terutamanya bas, at least korang kena tahu cakap arab. tak pun ada someone yang boleh bertutur dalam bahasa arab. kalau tak, sure sesat barat! silalah percaya.
dalam kes anies, anies tak perlu risau sebab ketiga-tiga cousin anies boleh cakap arab. so, apa-apa hal macam nak naik bas ni, anies ikut je cakap diorang😂
kami tiba depan kedai coklat ni tepat jam 1.30pm. sebaik melangkah masuk, customer dah sedia ramai.
kat sini kebanyakannya coklat dijual ikut timbangan. selain coklat ada juga pelbagai jenis kekacang dan kurma. fokus kami cuma coklat je. anies ambil kesempatan kat sini untuk beli coklat-coklat yang tak ada dijual di Malaysia.
well macam biasa, anies kongsikan beberapa keping foto kami kat kedai coklat Salahuddin.
ni laa kedainya. Salahuddin ni ada beberapa cawangan kat Kaherah. kat tempat lain anies tak pasti...
macam-macam jenis coklat dan gula-gula dijual di sini. semuanya guna kaedah timbangan... just cedok dan serahkan kepada staf kedai untuk buat timbangan.
kalau pergi umrah, tentu pemandangan macam ni korang dah biasa, kan?
suasana dalam kedai...
ais krim pun ada. tapi kami tak beli pun sebab tekak masing-masing tak berapa nak best masa tu...
kaunter bayaran. kalau nak beli kekacang, terus je pergi ke kaunter...
Will dengan kak ngah... tak habis habis minta diskaun coklat dengan tester. mentang mentang laa diorang boleh cakap arab. so senang senang je depa 'ayam ayamkan' mamat arab tu...😂😂
siling kedai pun nak snap... hahaha...
hasil borong... ni separuh je. ada bakul lain yang tersembunyi😂😂 buat berat luggage je...
antara coklat-coklat yang anies beli....
coklat ni macam cheese tart. ada 2 flavour. coklat & cheese.
Kit Kat crème brule... masa datang sini 2014, anies ada beli Kit Kat Cookies & Cream. beberapa tahun lepas tu, coklat ni masuk pasaran Malaysia. harap-harap coklat yang ni akan masuk sini tak lama lagi...
Kit Kat Lotus Biscoff... manissss yakmattt... kalau masuk pasaran Malaysia nanti korang beli tau esp. yang suka manis-manis tu ;-)
tengah rambang mata nak pilih... kalau banyak $$ rasa macam nak beli semua😂😂
maka dengan ini tamatlah cerita jalan-jalan kami di Mesir untuk kali kedua. seperti mana yang korang tahu, insya Allah hujung tahun depan anies akan buat lawatan ke Mesir sekali lagi lagi. jadi anies nak jemput korang yang berminat untuk sertai trip ni. tempat sangat terhad. kami tak nak pergi 1 rombongan cik kiah. nanti tak terkawal. so kami pergi dalam group yang kecil supaya senang nak bekerjasama. PM anies kat SINI untuk info lanjut.
last but not least, kita dah ada pemenang yang berjaya meneka, negara mana anies lawati selepas ni. insya Allah nanti anies beritahu siapa yang bertuah tu ya.
so that's all for today. thanks for reading. daaa...
wah..meriahnya .. banyak chocs....
ReplyDeleteya MA pitam tgk cekelat🤣
DeleteKalo gak bisa bahasa Arab susah juga yaa..tanya A jawab B 😁... Iya biasanya coklat"nya sama ya seperti belanja pas umroh..banyak pilihannya...tapi rasanya manis banget kalau menurut saya.
ReplyDeleteya betul. bahasa arab mereka bahasa arab 'pasar'. hanya yg tahu arabic je, tahu bagaimana nak adjust😁 ya mreneyoo... coklat ni dgn coklat di mekah... rasa manisnya sampai ke kepala🤣
DeleteBestnya!
ReplyDeleteDiakhiri dengan shopping2 coklat. Saya pun bukan saja rambang mata kalau tengok macam-macam jenis, boleh juling mata dibuatnya tau hahahahaha.
Di KL juga ada temat jual coklat ternama ya, Anis. Kalau tak salah ingat namanya rumah coklat. Rasanya tak kalah enak dari coklat negara lain. Terima kasih telah berbagi informasi dari Mesir.
ReplyDeleterumah coklat tak pernah dengar. tapi museum coklat, yes. memang ada. tp bukan di KL. di luar kawasan KL (Damansara)
DeleteTudia, banyaknya coklat. Rambang mata, tak tau nak pilih mana satu... menarik!
ReplyDeleteBiscoff dari dulu pun sejak masih bentuk biskuit, saya tak seberapa suka. Apalagj dijadikan coklat 😂
ReplyDeleteMemang pasti kalaaap kak kalo datang ke tempat macam gerai coklat. Apalagi kalo anak saya ikut, dah laaah, langsung ambil segala macam. Pas bayar baru papinya terkejut 🤣🤣.
Saya coklat biasa saja, Krn memang tak terlalu suka manis. Secukupnya saja. Lebih suka gurih. Tapiii coklat ini memang paling best nak naikkan mood kan.😄👍. Makanya selalu tersedia juga di rumah saya.
Aiisssh tak sabar liat Kaka nak kemana. 🤭😄😄😄. Ditunggu cerita2nyaaa yaaa
ReplyDeleteBoa tarde de sexta-feira e com muita paz e saúde minha querida amiga.
ReplyDeleteLindo lugar me dieron ganas de los dulces. Te mando un beso.
ReplyDeleteWAH COKLAT HARGA IKUT BERAT TIMBANG BAGUS JUGA
ReplyDeleteya kak. 100 gram pun diorg terima. tp coklat yg biji biji tu la. bkn bungkus😁
Deletewahhhhh memang rambang mata kalau masuk kedai chocolate! hehe
ReplyDeleteMeti diorang cakap... "Boleh campur, boleh campur"
ReplyDelete:D
kalau kat bazar hussein yes. diorang cakap macam tu sebab situ orang malaysia ramai shopping😁
Deletemmm the shop from my dream:D
ReplyDeletekalau di tanah Arab...tentu beruntung boleh cakap Arab...nampak macam bijak pandai
ReplyDeleteterlopong beb mamat arab dgr kite ckp arab. lg manis muka dia🤣tp part minta diskaun trs masam🤣
DeleteOh very cute photos
ReplyDeletesaya kalau melihat coklat begitu, pasti kepengen memborongnya semua
ReplyDeletekalau boleh semua coklat nak rasa, kan mas?😁
DeleteBest borong banyak² cekelat ni, boleh buat souvenir 😆
ReplyDeletex dan jd souvenir. dlm flight dah habis🤣
DeleteSweet betul lah store yang satu ni, semua yang ada di sini nak diborong, apalagi ice cream tu, macam-macam rasanya, candies juga, saya paling suka manis-manis macam ni
ReplyDeleteBanyaknya pilihan coklat kat sini! Kalau saya agaknya rambang mata lepas tu tak keluar2 dari kedai sehari-hari 😂
ReplyDeleteHantu coklat saya mesti hendak beli banyak-banyak untuk diri sendiri. Haha.
ReplyDeleteAlhamdulillah sudah ada pemenang. Tahniah siapa yang teka tepat itu.
memang rambang mata
ReplyDeletecantiknya kedai tuh, rasa ingin ambil cokelat banyak2.. Hahahaha
ReplyDeleteKalau Sha yang masuk sini, memang tak jumpa jalan keluar.. Menarik semua coklat yang Anies kongsikan tu.. Paling teruja Sha tengok ialah aiskrim.. Mengancam..
ReplyDeletekedai mcm ni mmg siap duitlah kalau bwk H tu.. mau dia hari2 ajak. hahaha
ReplyDeletetp boleh ke bawak balik mesia? tak cair ke