✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Last week anies ada share produk dari Bath & Body Works (B&BW) yakni lilin wangi (boleh baca kat SINI). diam tak diam lilin tu dah nak habis daa... tapi puas hatilah sebab bila bilik berbau harum sentiasa. bila letih dan terhidu bau harum, hilang segala kepenatan yang ada. kalau korang yang bekerja tu, cubalah amalan ni. insya-Allah... tak ada laa stress bila melangkah masuk ke rumah.
well berbalik kepada title... hari ni pula anies nak share salah satu fragrance mist dari brand yang sama yang mana korang confirmmm suka kalau dapat sebotol! trust me!
wild berries skies and whipped vanilla clouds.
bagi pengguna mist tegar, anies rasa korang patut try Among The Clouds ni. alasannya, first, baunya sangatttttt wangi, soft & light. bauannya ada iras-iras perfume Bombshell by Victoria Secret. serius cakap, memang sedap wangian ni. secara peribadi, anies rasakan bauan ni ngam dengan 'personaliti anies' cewahhh!
second, isi kandunganya yang banyak. 236ml tu bagi anies sangat-sangat berbaloi. tak mustahil kalau korang jenis berjimat, sebotol mist ni boleh tahan 2++ bulan.
bagi yang tak pernah guna mist ni, anies percaya korang pasti suka. tak tahu macam mana nak pakai mist? senang je. mist ni seeloknya pakai lepas mandi. lepas keringkan badan, korang semburkan je ke anggota badan seperti di pergelangan tangan, lipatan siku, leher dan belakang lutut.
meski bauan mist ni tak seperti perfume (kekal lama), anies percaya kalau korang guna setiap hari, wangiannya akan 'melekat' kat badan korang dan ini secara tak langsung membuatkan tubuh korang wangi sentiasa.
mist ni dermatology tested. kalau korang ada masalah kulit, seeloknya minta nasihat pakar atau perhatikan dulu ingredient yang terdapat pada botol mist ni.
harga sebotol mist ni: RM35. boleh beli di mana-mana kedai BB&W di seluruh negara atau cari je kat Shopee.
korang pula macam mana? apa fragrance mist yang korang tengah pakai sekarang? boleh share?
that's all for today. thanks for reading
daaa....
MA guna yg Mad About You..wangi jugak.. hadiah dr SIL
ReplyDeleteSayapun suka pakai wewangian..tapi yg buat keseharian biasanya mist aja sudah cukup..apalagi yg bau vanila..sukaaa banget.
ReplyDeletesaya duk ulang pakai In The Stars
ReplyDeleteSaya tuh hantu parfume kak 🤣🤣🤣. Di rumah berjejer buanyaaaak parfume, mulai dari EDT, EDP, BODY MIST, macam2 lah ada 😄.
ReplyDeleteBody mist BBW pun saya pakai juga. Lagi pakai yg fairy tale, warna hijau. Ada juga sea island cotton, ini lama dah, belum habis2 Krn saya pakai parfum tuh ganti2. Tergantung mood 😄. Ditambah sekarang dah tak kerja, jadi parfum biar cepat habis tak exp, saya pakai juga waktu tidur 😉. Biar nempel wanginya.
Pokoknya kalo dah liat ada yg jual wewangian, pasti saya cepat tergoda 😄
A Thousand Wishes, Gingham pink, dan Dahlia... beli bila ada promosi je. Hehee
ReplyDeleteBody works harga berpatutan!
ReplyDeletenampaknya baunya harum sekali
ReplyDeleteIt will scent nice
ReplyDeletehttps://www.melodyjacob.com/2023/09/styling-y2k-cycling-goggles.html
Thanks for your sharing Anie...
ReplyDeleteParece un buen producto. Gracias por la recomendación. Te mando un beso.
ReplyDeleteSaya pakai Daydream body mist, by Alia. Mur-mur saja. Suka yang bau macam buah sikit. :)
ReplyDeleteHarganya RM35 sebab offer kan..Haritu Nona pun beli time offer..Kalau ikutkan body mist harganya dalam RM90 something uit..Kat website pun sama..Tapi .
ReplyDeletetak sure Kalau body mist flavour yang ini memang harga gitu selamanya ke..
Nanti lah nak try scent ni pulak...hehe..
Saya suka guna benda alah ini berbanding minyak wangi kerana jenis super aktif..susah nak duduk diam waima dalam rumah...
ReplyDeleteCuya ada mist, tapi Cuya tak suka sebab mist bau dia tk kekal lama, and tak kuat
ReplyDeleteCuya lagi suka perfume, skrg ni Cuya pakai perfume Coocoo Cooch, kawan Cuya ckp Cuya bau coklat.. hehe
Cheq suka perfume SugarBomb ja hihi 🤭
ReplyDeleteHmmm. harum wangi nya semerbak sampai sini,,,
ReplyDeleteBelum ada body mist lagi tapi minyak wangi melambak cuma belum rezeki beli B&BW
ReplyDeletewow, mirip VS? saya agak kesulitan cari body mist VS kak, mungkin bisa coba Bath & Body works ini. Thanks kak
ReplyDeleteBerbaloi sangat tu kuantiti dengan harga.. memang tahan lamalah..
ReplyDeleteada lg sebotol BBW tak habis nampaknya brand ni pun kena boikot jugak.. pelan2 tukar jenama lain
ReplyDelete