✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
dari dalam Bibliotheca Alexandrina (BA) lagi kami dah plan nak minum kopi. puncanya, kami ternampak sebuah kedai kopi sebelah ticket kiosk BA.
walaupun rakyat Mesir ni lebih sinonim dengan (minum) teh tapi sejak tiba di sini, anies perhatikan dah banyak kafe-kafe hipsturrr berasaskan kopi 'tumbuh' bagaikan cendawan selepas hujan.
sebaik keluar dari BA kami terus tuju ke kedai kopi yang dimaksudkan. tapi, bila sampai... ramai pula manusia dalam kafe tu. semua seat dipenuhi pelanggan. jadi kami decide nak balik ke homestay terus.
tup tup bila sampai tepi jalan (berhadapan BA), kami ternampak kafe ni. hmm memang tak tunggu lama. kami pun pakat serbu.
lama jugalah kami decide nak minum apa. sebabnya, banyak sangat pilihan😂 bila semua dah pilih nak minum apa, Will terus ke kaunter dengan kak ngah. kenapa? sebab depa dua ja yang boleh speaking Arabic😂
lebih kurang hampir 10 minit menunggu, akhirnya menu yang dipesan pun sampai. kami terkejut tiba-tiba ada brownies atas cawan kopi. padahal kami tak order pun. rupanya brownies tu FOC. wah... memang seronoklah! minum kopi pekena brownies. sedap pula tu brownies ni. benda free kan... alhamdulillah rezeki kami hari tu...
selesai berborak dan minum, kami pun beransur pulang. since baki kopi masih banyak, kami minta plastik untuk bungkus bawa balik. sambung minum kat rumah nanti.
well, macam biasa... ada beberapa keping foto untuk santapan mata korang. kalau ada rezeki korang ke Alexandria nanti, singgahlah ke sini ya. lokasi pun mudah sebab terletak betul-betul depan BA. confirm boleh jumpa nanti.
cafe entrance. kalau nak terus cari tempat duduk, masuk pintu kanan. kalau nak order / takeaway, masuk pintu kiri.
ya betul. kafe ni menghadap Laut Mediterranean. kalau duduk kat luar, tak perlu kipas. angin laut menderu-deru. memang syok habis!
masa ni kami belum order kopi lagi. sekadar nak tengok-tengok dulu apa yang best untuk sesi 'mengopi' selain kopi, kafe ni turut menjual dessert seperti kek, roti, sandwich, tart dan lain-lain. dari segi harga, kalau convert to RM, lebih kurang sama je dengan kafe kafe hipstur kat Malaysia.
kopi dah sampai! anies dah tak ingat apa menu kami pesan. yang pasti anies dan mama pesan hot latte. oh ya, hanya yang order air panas je dapat brownies FOC.
bahagian luar kafe. anies tak sure, tangga untuk naik ke tingkat atas tu terletak kat mana. manakala bangunan (bercorak) tiga segi tu adalah BA.
suasana dalam kafe... dataran depan kafe ni adalah halaman BA.
bahagian belakang kafe. memang ramai student study kat sini. fuhh... nasib baik tak seramai student kat McD Putrajaya 😂😂😂
kalau korang ada rezeki ke Alexandria nanti, bolehlah singgah ke kafe ni ya!
well tu jelah perkongsian untuk hari ni.
thanks for reading.
daaaa
jemput join ya kawan-kawan! klik banner👆 untuk menyertai
Gimana kalo satupun ga ada yg bisa bhsa Arabic...pasti pesen menunya tunjuk"saja yaa di buku menu untung ada kak Ngah😁🤭
ReplyDeleteKopi memang pilihan pas di manapun berada
saya boleh bertutur dalam arabic cuma tidak sefasih kak ngah dan Will sebab keduanya al azhar student.
Deletemana-mana negara yang saya singgah saya akan cuba minum kopinya. kalau sedap saya alan cari lagi. kalau tal sedap, bye2 sahajalah😁
wah, enak kah kopi tu, kak?
ReplyDeleteterbaik! cuma kurang manis. kepekatan susu dan kopi sama rata. well balance
Deletewah kt mesir pun dh byk kopi hipster.. sedihnya tak dpt ikut mcm dlm plan sblm ni. huwaaaa
ReplyDeleteya selarang dah banyak. menariknya nama kedai kopi ni ikut nama negara. colombia coffee laa mexican coffee laa dan mcm2
Deletedah2 jom2 ikut sy thn dpn!
hahaha.. kopi kedah kalau ada best jugak
Deletennt sy tlg promote ke sn
Deleteselesa cafe santai2 ya
ReplyDeleteya kak. kalau dpt ddk kat luar kafe lg syok menderu2 angin laut😁
DeleteJarang beli kopi dapat brownies percuma. Baguslah harga kopi tidak mahal sangat.
ReplyDeletetu laa mmg x sangka. tp dah rezeki kan... mkn je😁
DeleteSemoga tahun depan bisa bisa ke Mesir dan mampir sini kak. Saya dah bikin memang travel plan untuk THN depan nak kemana, salah satunya Mesir.
ReplyDeleteTiap kali traveling pun, saya dan suami selalu nak coba kopi2 di setiap tempat yg kami datangin. Selalu suka dengan aroma kopi, walopun saya belum bisa menikmati kopi hitam pahit 😅. Masih harus yang dicampur susu dan gula hahahah
jom jom! sy nak buka trip ke mesir... nak ikut tak?🤭
Deletekannn... manalah tahu... kopi di negara orang lagi sedap dari kopi di negara sendiri😁
mesti rasa asyik je minum kopi sambil menikmati angin dan pemandangan laut mediterranean.
ReplyDeletemmg asyik nau2 tkt tak jumpa jln blk je 😂
DeleteWeeeh.. sedang berada di Mesir yaa kak. Semoga suatu hari boleh ke sana hehe
ReplyDeleteudah pulang, mas😁
Deletewah siap bg free brownies. cuba kalao kat sini...ada free x haha
ReplyDeletesini free straw je or plastik utk take away😂
Deletehot latte fav mama juga tu. bestnya lepak kat luar tu ye
ReplyDeletemmg best kena angin laut mmg layanzzz
DeleteSini kalau ada yang buat macam nie mesti best.. Beli kopi dapat brownies.. ohsem.. cafe dia pun cantik je.. kenyang mata dan tekak nie..
ReplyDelete