Pages

Friday, 28 April 2023

Sinai Utara, Mesir: Bar Lev Line (part 2)

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

selesai urusan beli tiket, (maaf, anies tak tahu harga tiket sebab ustaz [our tour guide] yang belikan) maka bergeraklah kami menuju ke kubu pertama.

sebelum tu, FYI ada beberapa lagi kubu yang dibina di sini. tapi disebabkan hal-hal seperti faktor keselamatan orang ramai, struktur kubu etc. maka ia ditutup kepada public. so hanya 2 kubu sahaja yang dibenarkan untuk dilawati.

kami diiringi seorang pegawai tentera. kiranya dia ni macam private tour guide laa. dari parking lot ke kubu pertama, jaraknya lebih kurang 50m. semua kena jalan kaki. no buggy car, okay?!!😂

sebaik melangkah masuk, kami terkesima sekejap. yalah... seumur hidup ni mana laa pernah masuk kubu tentera. kalau kubu yang diperbuat daripada 'kusyen' tu, tak heran dah😂 (you know what i mean, right?)

tapi ni kubu milik tentera Israel kot? bukan calang-calang punya military. meski ia tak secanggih dalam serba-serbi seperti hari ini, tapi bila melihat keadaan dalam kubu ni yang dah berusia lebih 50 tahun... hmm... kira agak hebat jugalah.

well... untuk cerita lanjut, anies explain dengan fotolah ya! 

pintu masuk kubu pertama. pintu tu, kalau orang tinggi kena bongkok sikit. entah kenapa, bila tengok batu-batu tu dilonggokkan sebegini, dalam kepala terus teringat Piramid😁

kubu ni khas untuk pegawai tentera sahaja. kiranya ni macam office laa. so di sini pelbagai maklumat diterima/disebarkan/dimaklumkan melalui telefon, surat atau radio.

ketika kami berada dalam kubu ni, kami 'didendangkan' lagu kebangsaan Israel. kata pegawai tentera tu, mereka sengaja pasangkan lagu tu untuk pelawat mengimbau semula suasana ketika berperang dulu. kiranya, lagu tu digunakan untuk nak naikkan semangat patriotism dalam kalangan tentera. then, nampak tak white board sebelah kanan tu? di situ ada lirik lagu kebangsaan Israel. BTW yang pakai baju hijau tu patung ya.

kami ke bilik sebelah (dalam kubu yang sama) yang menyimpan beberapa peralatan yang pernah digunakan ketika kubu ni masih beroperasi. barang-barang seperti teropong, surat, pen, peluru, cop, tray makanan dan lain-lain disimpan dalam meja berkaca. manakala benda yang tersandar kat dinding kubu (sebelah kanan foto) tu adalah katil. oh ya, dinding kubu separa melengkung tu diperbuat daripada besi. macam mana besi ni ditanam/dibina, kami tak diberitahu tentangnya.

kubu pertama ni kecil je. hakikat, saiznya besar tapi pihak tentera cuma buka 2 bilik sahaja untuk orang ramai. then, dari kubu kami keluar melalui 'lorong' yang agak panjang tapi sempit (sebelah kiri gambar). lorong nilah yang tentera Israel gunakan untuk bergerak dari satu kubu ke kubu yang lain. nampak macam rendah je dinding lorong tu, kan? tapi sebenarnya tinggi. bila kami lalu, memang tak nampak kiri kanan kecuali langit.

keluar dari 'lorong kubu' terus terpampang kubu kedua. nampak tak peralatan ketenteraan (sebelah kanan foto) tu? kata pegawai tentera yang mengiringi kami (foto - kiri) tu, kubu kedua ni merupakan tempat simpan senjata termasuklah peluru berpandu.

anies tak tahu nama peralatan ni tapi yang pasti ia digunakan untuk melepaskan peluru berpandu. selain menempatkan senjata, ada item ketenteraan lain turut dipamerkan seperti topi tentera, pakaian, jam dan lain-lain. semua peralatan ni adalah milik tentera Israel.

kubu kedua ni agak sempit. so nak snap foto penuh tu 'sedikit mencabar'. so, silap anies tak rekod video kat sini. tapi bukan kat sini je. sepanjang berada kat sini, langsung tak ingat nak shoot video #mybad

antara senapang yang ditinggalkan tentera Israel. tersimpan kemas dalam almari kaca dan dirantai.

ni bom ke... peluru? ni semua peluru. sama ada masih boleh digunakan lagi atau tak, tu anies tak pasti. lupa nak tanya... yang nampak macam kaki manusia (sut kelabu) tu sebenarnya patung...

another senapang yang dipamerkan dan disimpan dalam meja kaca.

korang rasa ni lubang apa? haa ni laa lubang untuk simpan peluru berpandu. diperbuat daripada besi (tebal). bila tengok ni, anies terfikir macam mana laa diorang angkat dan bawa masuk ke dalam tanah... hmm... besar kot tempat simpanan peluru ni! boleh muatkan (saiz) seorang lelaki dewasa.

okey. selesai dah melawat kubu kedua. ya, macam yang anies beritahu. kubu ni besar tapi yang dibuka kepada orang ramai, kecil je. apa pun kami tetap puas hati dapat ke sini dan saksikan BTS 'drama' Perang Enam Hari yang berlangsung pada 1967.


oh ya... cerita kat BLL ni ada sambungan ya. anies nak 'sumbat' lagi tapi rasanya macam dah panjang je entry ni.

so stay tuned guys for the final part of Bar Lev Line next week. thanks for reading.

p/s sambung BW malam nanti🙏

39 comments:

  1. huishh..takut jgk mask kubu diorang tu..sempit jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya cik nor kami yg 8 org ni pun dah rs sesak nafas msk sini

      Delete
  2. Masuk kedalam lorong kubu ..kebayang rasanya seperti apa...banyak senjata dan peluru...tak seramkah Anies?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa macam sesak nafas hehe sebab kiri kanan bertutup. tiada lubang udara..

      senjata dan peluru, cuma sedikit sahaja yang dipamerkan..saya pun tak tanya adakah semua itu milik tentera israel atau sebaliknya

      Delete
  3. Tempatnya ngeri-ngeri sedap ya
    semuanya masih terawat dengan baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. terasa sedikit sesak nafas sebab tiada ruang angin masuk ke dalam.

      Delete
  4. Woww, lihat fotonya bikin dag-dig-dug. Serasa lagi ada di sana hehehe. Masya allah sekali bisa berkunjung ke tempat seperti ini. 😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada apa-apa mbak. ia tak lebih seperti melawat museum... bezanya ini open museum

      Delete
  5. Wuih...serem Mbak lihat kubu tentara begitu. Apalagi di dalamnya terdapat senjata-senjata perang.
    Btw, tapi ini tour yang menarik ya Mbak. Saya entah kapan bisa tour kesana...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa sahaja, mas. tak seram sangat. mungkin kalau malam, ya. seram. sebab gelap

      Delete
  6. Sape yang claustrophobic mesti rasa lain macam, masuk kubu tu. Nampak kukuh, sebab dibuat dari besi, ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. sy msk sini pun rs sesak nafas sebab x de lubang angin. mungkin salah satu sbb diorg x buka kubu2 lain2 sbb ni laa...

      Delete
  7. kubu tentera bersejarah sepatutnya dilawati n3 menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak tp bkn semua dpt msk ke sini. sbb yg jg kubu ni tentera mesir. bkn pekerja muzium

      Delete
  8. assalammualaikum anies. menarik nya. tkejut tgok gmbr ketiga ingtkan orang btul..haha

    ReplyDelete
  9. oo dieorg bagi pulak pelancong masuk ke kubu dieorg ye? btw, selamat hari raya anies! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tapi bkn semua pelancong dpt msk. diorg tapis

      selamat hari raya🫰

      Delete
  10. Oh very intersting place
    Good photos

    ReplyDelete
  11. Kira kubu ini sudah dirampas dari Israel kan?
    Tempat yang tidak dapat bayang untuk pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya NA. bla semenanjung sinai jatuh ke tgn mesir auto kubu ni jd milik mesir jg

      Delete
  12. wah..seronok nya pergi tempat2 bersejarah mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa lbh2 lg yg ada kaitan dgn israel ni lg sy suka😁

      Delete
  13. Saya sukaaaa museum senjata seperti ini 👍. Apalagi kalo tau kisah2 perangnya di zaman dulu atau saat itu. Museum2 senjata macam ni kadang bikin merinding. Teringat perangnya . Saya dah pernah ke museum senjata Serbia, Korea Utara, semuanya memorable. Nanti nak datang ke museum ini pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. since ia sebuah kubu original jd pengalaman tu agak berbeza dgn keadaan di muzium.

      menarik tu dpt melawat mcm2 muzium senjata🫰👍

      Delete
  14. ada rasa ngeri tak kak Anies saat masuk ke dalam kubu ini? saya rasa merinding tengok foto-foto itu, ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. fak rasa ngeri cuma rasa sesak nafas sebab kawasan kubu ni sempit dan kecil...

      Delete
  15. Perang itu sendiri makan belanja besar dan tekanan yang tinggi...kalau boleh hidup aman dan damai macam di syurga nanti hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa nafsu mengatasi mereka dah x pandang lg belanja atau tekanan...

      Delete
  16. walaupun tak mcm kubu di vietnam tp puas hati lah yg ini lg real.

    ReplyDelete
  17. mcm mana lah lagu kebangsaan israel tu.. hahah. tgk bendera dorang pun rasa mmmmm

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆