Saint Catherine, Mesir: mendaki Gunung Sinai (part III)

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Jemput baca part I & part II ya.

bila nampak dua cousin anies dah berlunjur atas batu, terbit 2 perasaan masa tu:

pertama, nak stop je pendakian dan duduk dengan diorang. kedua, nak teruskan juga sampai ke puncak walaupun jantung dah berdegup laju kepenatan. masa tu anies tak tahu kami dah tiba kat paras (ketinggian) berapa. mungkin dah lebih 2000m.

pada masa sama, para pendaki yang dah tiba kat puncak mulai turun. then anies cakap kat cousin: "akak nak teruskan! no matter what!"

entah datang dari mana tekad ni. dalam kepala fikir... alang-alang dah hampir ke puncak, why not teruskan je?

jadi, perlahan-lahan anies bangun dan teruskan pendakian berseorangan. masa tu, segan pun ada. yalah... orang lain subuh subuh buta dah sampai ke puncak. kita ni... matahari dah tinggi pun tak sampai-sampai lagi😂

bila berselisih dengan pendaki yang turun, ada yang sempat beri kata-kata semangat kat anies: "come on! you're not too far!" "you can do it!" "it's not far from here. about 10 minutes you'll reach the peak!" etc.

mendengar kata-kata semangat ni, langkah ni jadi bertenaga. hilang dah rasa segan sebab lambat sampai. dalam masa sama anies turut beri semangat pada diri sendiri. "slowly but surely!" anies ulang berkali-kali sampailah...
.
.
.
...ternampak kak ngah dan Will menjerit panggil anies dari atas! jadi dengan tu bermakna pendakian anies dah semakin hampir ke puncak. hati dah meronta-ronta nak tiba cepat walaupun mencungap-cungap. kak ngah dengan Will sempat lagi menjerit: "chaiyok kak anies! sikit je lagi!"

anies menapak batu-batuan gunung. melangkah dan terus melangkah. dannnnnn.......🥁
.
.
.
Alhamdulillah... akhirnya... ya... akhirnya.... tepat jam 7.45 pagi anies selamat sampai di puncak Gunung Sinai!

yesss guys! i did it! i did it! i did it!💪

happy tak terkata! dah macam mendaki Gunung Everest kekdahnya!😂😂

fuhh... rasa terharu bercampur hiba bila dah sampai sini. anies duduk sekejap hilangkan lelah sebelum ambil keputusan untuk explore apa yang ada kat puncak gunung yang namanya ada dalam al-Quran.

dan... seperti biasa... mestilah ada foto kan...
 
bila korang ternampak binaan ni, ini bermakna korang semakin hampir ke puncak! lets go!!!

Alhamdulillah... akhirnya jejakku 'terpahat' di sini. so ni laa batu tanda puncak Gunung Sinai and wajib posing kat sini sebagai tanda bahawa ko dah daki macam nak separa mati tadi😂 untungnya bila tak ada orang, kita tak payah berebut dengan pendaki lain. bayangkan suasana subuh kat sini? dahlah kawasan puncak ni kecil je. BTW, belakang anies tu adalah surau kecil. 

keadaan dalam surau kecil. kalau tak sempat nak solat subuh kat sini, boleh je nak solat sunat...

ni Chapel of God. that's why ramai penganut Kristian daki Gunung Sinai ni. anies tak tahu sejarah chapel ni. sayangnya disebabkan tiba lewat, pintu chapel dah ditutup. kalau tak boleh tengok isi dalamnya.

bahagian tepi chapel...

"Dan ketika Musa datang (bermunajat) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, (Musa) berkata, 'Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri-Mu) kepadaku agar aku dapat melihat-Mu.' (Allah) berfirman, 'Kau tidak akan (sanggup) melihat-Ku, namun lihatlah ke gunung itu, jika ia tetap di tempatnya (seperti sediakala), nescaya kau dapat melihat-Ku.' Maka ketika Tuhan menampakkan (keagungan-Nya) kepada gunung itu, lalu ia hancur berkecai dan Musa pun pengsan. Setelah tersedar, Musa berkata, 'Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada-Mu dan akulah orang pertama beriman (kepada-Mu)." (al-A'raf: 143)


dan.... inilah gua / tempat Nabi Musa AS beribadah selama 40 hari di puncak Gunung Sinai. di sini juga khabarnya Nabi Musa AS berdialog dengan Allah SWT (berdasarkan dalil naqli di atas) lokasinya terletak di bawah surau mini. rasa bersyukur pula bila tiba lewat. sebab anies tak perlu berebut dengan orang lain untuk masuk ke sini. 

ni laa ruang yang dikatakan tempat Nabi Musa AS beribadah. kecil je kawasannya... boleh tak korang bayangkan kesusahan yang Nabi Musa AS hadapi semata-mata kerana perintah Allah SWT?

ni dinding hadapan dalam 'gua kecil' Nabi Musa AS... i don't know sama ada binaan ni adalah binaan yang sama ketika Nabi Musa berada di sini atau sebaliknya...

short video dalam gua kecil Nabi Musa AS...

ni bahagian tepi surau mini...

anies tak tahu nak snap foto apa sebab masa ni ralit sangat tengok scenery yang sangat sangat memukau! serius! penat mendaki tadi ghaib entah ke mana!😂


SCENERY KELILING PUNCAK GUNUNG SINAI





Alhamdulillah... slowly but surely and i'm prove it! i did it! Gunung Sinai... akhirnya dapatku tawan! walaupun lebih 7 jam😂


okeylah... tu je perkongsian untuk hari ni. anies doakan semoga suatu hari nanti korang juga berpeluang untuk tawan gunung ni. aminnn...

thanks for reading
daaaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

51 Words of Lo♥e

  1. Masyaallah, tabarakallah, sungguh perjuangan sekali untuk terus berjalan. Tapi setelah sampai, keindahan langsung menyejukkan hati dan menyemangati lagii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. sy terlupa segala sakit kaki ketika mendaki. nampak scenery yang semestinya tiada di tempat lain. hanya di puncak sinai

      Delete
    2. Pengalamannya luar biasa banget ya kak 😍 kebayang seru dan senengny

      Delete
  2. Cantiknya pemandangan dari puncak. Tahniah, Anies, atas usaha anda, tidak putus asa dalam pendakian. Good job! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih🫰... rs rugi laa pulak dtg jauh2 kalau x smpi ke puncak

      Delete
  3. akhirnya tibalah di puncak 😀...Masyaallah..besarnya dan indahnya ciptaan Tuhan..tak terbayang ini adalah tempat yg ada di dalam Al-Qur'an yang Anies datangi..terharu...bahagia...pasti lebur jadi satu..saya bisa membayangkannya😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... ada 1001 perasaan. tak terkata. kalau boleh saya nak duduk lama2 di puncak. tapi apakan daya. matahati semakin terik. kalau lambat turun cuaca lagi panas...

      Delete
  4. tahniah anies Alhamdulillah mampu menjejak sejarah di puncak Sinai

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak... slowly but surely😀

      Delete
  5. 👏🏻👏🏻👏🏻 salute dgn anies, tetap tak berputus asa naik ke puncak walaupun ambik masa 7 jam dengan sejuk, penat dan takde training sebelum tu!

    ReplyDelete
  6. I don't understand anything but the pictures are nice. xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. this is my story after successfully capturing Mount Sinai😁

      Delete
  7. Habis itu Anies solat Subuh di mana kalau belum sampai ke puncak masa itu?
    Hehe alhamdulillah dapat daki. Peluang kami sebagai pembaca untuk lihat sekitarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. subuh kat check point ketiga. sy ada share dlm part II

      Delete
  8. Es un lugar genial me gustaría conocerlo. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Espero que algún día tengas la oportunidad de estar aquí...

      Delete
  9. Hi Maira Kamran Is here.. thanks for sharing this beautiful place, alhamdulillah

    online shopping in Canada
    women’s jewelry

    ReplyDelete
  10. tahniah Anies kerana berjaya sampai ke puncak...hanya tuan badan tahu betapa nikmatnya sampai ke puncak gunung Sinai

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. betul laa kata org nak tahu mcm mn susahnya nak berjaya, cubalah panjat gunung...

      Delete
  11. waduhh sonoknye sempat lg hiking gunung sinai yg epic nih., huhu

    ReplyDelete
  12. Yeay!! Tahniah anies.. alhamdulillah.. gunung sinai berjaya ditawan.. mst ramai kalau peak hour atas puncak tu sbb ada surau dan chapel sekali.. cantik permandangan, view yg x ada di negara kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak. ya. mmg sesak. even ms berselisih turun pun dah sesak..

      Delete
  13. subhanallah..indahnya ciptaan Yang Maha Esa... what a journey..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat2 cantik wpn matahari dah start terik

      Delete
  14. Cantiknya permandangan disini. Tahniah Anies berjaya menawan Gunung sinai walau banyak dugaannya. Dah sampai atas hilang penat gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih fiza. ya hlg segala penat lelah skt kaki etc. nmpk scenery lawa trs lupa dah

      Delete
  15. Perjalanan yang melelahkan ya Mbak. Dan, Alhamdulillah sampai juga ke puncak, walau terlambat.
    Saya suka banget melihat foto-foto sekeliling pncak Gunung Sinai. Sungguh suasana alam yang mempesona, Mbak.
    Terima kasih telah membagikan kisah perjalanan mengasyikan ini,

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mas.
      kalau boleh sy nak snap foto banyak2... tapi disebabkan masa singkat jadi yang mana sempat sy snap sebelum beredar untuk turun

      Delete
  16. Aamiin.. Aamiin.. Semoga ada rezeki untuk ke sini..
    Alhamdulillah.. Tahniah Anies sebab tetap terus melangkah sampai ke puncak.. Tak patah semangat walaupun ambil masa yang lama dan berjaya menikmati kemanisan dan keindahan usaha Anies.. Suka Sha baca.. U go girl..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sha🫰... slowly but surely...alang2 dah belanja byk ke sini😁mau x mau kena smpi jg...

      Delete
  17. tq anies terasa mcm mama pn daki gunung sinai juga. bagus ada kata2 semangat dari pendaki lain jadi bersemangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... diorg pun faham betapa lelahnya nk smpi atas...

      Delete
  18. Kalo Fanny bisa kesana, akan naik juga lah ke puncak Sinai . Dipikir2 sayang juga kalo kesana tapi tak sampai puncak ya kak.

    Pasti terharu lah kalo dah di atas, terbayang memang perjuangan nabi musa dulu 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tiada konflik palestin-israel boleh sampai ke sini

      ya alang2 dah sampai baik laa naik terus😀

      Delete
  19. Subhanallah, cantik sungguh lah! 🤩
    Teringin jugak datang sana...Ye..kalau saya.. Alang alang dah mendaki tu, baik habiskan aje...Nanti keampunan nak datang lagi..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom jom ikut sy thn dpn! alang2 dah daki tu biar laa tamat di puncak. penat sekali je😁

      Delete
  20. MasyaAllah pemandangan sangat memukau! Syukur Anies berjaya, dapatlah berkongsi dengan kami yang tak berpeluang ni.

    Hikmah naik di luar waktu puncak, tak perlu bersesak 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... tu laa...something yg sy x terfikir sblm ni

      Delete
  21. Puas hati bila Anies sampai ke puncak! Boleh bayangkan perasaan tu sebab selalu saya hiking 400m pun dah tercungap-cungap. Hebat Anies!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah terima kasih rini...utk org yg x fit ni ni 1 percapaian 😁

      Delete
  22. 7 jam pun jadilah dr tak ada langsungkan.. hahah. ada hikmah la tu boleh tgk scenery puas2

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... dlm ms 7 jam tu terima kasih laa kpd mrknyg sabar dgn sy😁

      Delete
  23. kalau sampai penuh dgn org sure tak ada mood nk selfie kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitr shoot short video je laa nmpk gayanya😁

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆