Magis Manis Coklat ~chocolate scone - akademi sumpahan ais~

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis:

Ai dan Saki berkawan baik sejak dari sekolah rendah. namun, warna persahabatan mereka mulai pudar bila Saki menjauhkan diri daripada Ai.

Ai perasan akan perubahan tu tapi dia masih bersangka baik. mungkin Saki ada masalah yang ingin diselesaikan tanpa bantuan Ai.

dalam pada tu, pelajar di Akademi Seihyou dah mula terpengaruh dengan gelang viral yang dikenali sebagai gelang boleh tunaikan segala hajat.

baik pelajar lelaki mahupun perempuan, mereka yang pakai gelang tersebut 'mula' mendapat tuah seperti menang tiket loteri, dapat pergi melancong, menang tiket konsert idola dan macam-macam lagi.

sungguhpun dah viral, Ai masih belum terpengaruh dengan gelang tu sampailah suatu hari Saki terserempak dengannya.

"diorang cakap gelang tu boleh tunaikan hajat. kau tak pakai ke?" soal Ai.

"hajat aku supaya hubungan kita ni putus!!!" jawab Saki.

apa yang terjadi sebenarnya? adakah semua ni disebabkan gelang viral itu? dan siapa sebenarnya yang datang berjumpa Aikawa Shokora - si pembuat coklat boleh tunaikan hajat tu?




review:

kali ni kita layan light novel pula. sesiapa yang ikuti manga Magis Manis Coklat, anies confirm korang mesti dah baca novel ni kan? 

tak macam 2 novel terdahulu yang mana ia dihasilkan menerusi gandingan Riku Hozumi dan Rino Muziho. kali ni teks novel mendapat sentuhan Sayoko Fujiwara - penulis skrip terkenal.

dalam karya ni, watak Moriyama Ai diketengahkan - seorang pelajar di Akademi Seihyou yang baru berusia 13 tahun.

Ai merupakan wakil kelas Tahun 1 - suatu jawatan yang sebenarnya kurang digemari kerana kena buat banyak kerja rencam yang diarahkan cikgu.

walaupun ni hanya sebuah light novel tapi bahasa yang digunakan agak 'padat' dan ada kala anies terpaksa mengulangi pembacaan untuk memahami maksud yang ingin disampaikan. novel yang diterjemahkan macam  ni memang begitu 'sifat'nya. kalau korang selalu baca novel atau apa-apa buku terjemahan daripada bahasa asing, tentu korang faham maksud anies ni.

overall, novel ni sangat sesuai dibaca ketika bersantai. tak sampai 3 jam dah boleh khatam😂

judul: Magis Manis Coklat ~chocolate scone - akademi sumpahan ais~
no. ISBN: 978-967-2718-12-3
penerbit: Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd
tahun terbitan: 2021
harga: RM18.00 (SM), RM21.00 (S/S)

selamat membaca!

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

17 Words of Lo♥e

  1. Kucing tu nampak macam Luna dalam Sailormoon hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. depa mmg suka kucing hitam agaknya hehehe... manga lain pun kalau baca selalu je tampilkan watak kucing hitam ;-)

      Delete
  2. Wah kalo saya mau minta di kantong Doraemon sajalah..biar terkabul 😆....karna bahasa Inggris saya ga bagus kalau baca novel pastilah harus ada terjemahannya , apalagi kalau bahasanya berat...🤦🙏

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi doraemon tak secantik aikawa shokora😁😁

      Delete
  3. Versi novel ye anies.. Kalau novel macma ini memang cepat je habis bacaannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sha. kalau nipis mcm ni mmg sekali hadap je. dgn syarat jgn ganggu😁

      Delete
  4. Parece un genial libro. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esta novela traducida del japones es muy buena, sobre todo si sigues la serie de comics (manga)

      Delete
  5. Dulu rajin baca novel termasuk novel terjemahan.
    Sekarang kena cari masa untuk membaca hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. sabtu ahad kdg dah ada hal.lain nak ddk tekun membaca tu alahaiiii

      Delete
  6. Rupanya tajuk novel.
    Ada persoalan mengapa Saki minta putus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. light novel. ha ah... kalau nk tahu kenapa saki minta putus kena laa baca😀

      Delete
  7. da xingat last layan novel gempak startz ni..huhu

    ReplyDelete
  8. Nanti nak coba cari di Penang 😁. Memang dah planning mau beli novel di sana kak. Tapi sbnrnya novel darj penulis Malaysia sih, kalo penulis jepang atau negara lain, sebenernya bisa dicari di JKT. Tapi ntahlah novel yg ini ada atau tak 😅

    ReplyDelete
  9. sudah lama saya tak baca komik, paling hanya novel graphic yang mirip dengan komik dan ceritanya agak berat. Tetapi saya suka komik serial cantik dan serial misteri hehehe

    ReplyDelete
  10. Tengok cover macam komik, rupanya novel. Saya jarang baca novel. huhu...

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆