Iskandariah, Mesir: Citadel of Qaitbay

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

hari kedua kat Iskandariah bermula dengan lawatan ke قلعة قايتباي (Qal'ah Qaitbay). because... this is my second visit, jadi anies takkan share info lanjut (termasuk foto-foto lengkap) tentang kubu bersejarah ni sebab anies dah pernah share kat 👇👇👇

klik foto untuk baca perkongsian 👆👆👆.

kami ke kubu naik tramco sama-sama dengan orang tempatan. harga tambang +-LE10 untuk seorang. jarak perjalanan18++KM dan mengambil masa kira-kira 25 minit kalau tak ada traffic jammed

Alhamdulillah... kami dah sampai. anies perhatikan banyak perubahan yang berlaku terutama di kawasan luar kubu ni. antaranya, gerai-gerai cenderamata (kiri - foto). pada 2014, public transport boleh masuk kawasan ni. tapi sekarang dah tak boleh sebab ada parking berbayar.

main entrance. ticket kiosk (kanan - foto) comel je binaannya... kalau beli tiket walk in boleh ke, anies? boleh. tak ada masalah. oh ya... usia kubu ni lebih tua daripada Kota A Famosa kat Melaka tu (A Famosa dibina pada 1511 AD).

tiket. kalau ada student / matric card, beri siap-siap. nanti boleh dapat diskaun 50%. pada 2014, harga tiket cuma LE15 (RM7.50) je. sekarang naik berganda-ganda!

'taman kubu' di sebelah kanan main entrance. boleh pijak rumput tu ke, anies? boleh je. 

manakala dataran luas ni, berada di sebelah kiri main entrance. masa kami sampai, kawasan ni 'dibanjiri' murid-murid sekolah dari luar Iskandariah. sama macam kat Malaysia. cuti hujung tahun = rombongan sekolah.


JOM MASUK KE DALAM!


ni antara laluan/lorong yang ada dalam kubu. kena buka kasut ke anies kalau masuk sini? tak perlu. 

tangga ke tingkat 2. anak tangga kubu ni tak sama saiz, ya. ada tinggi, ada rendah. dan tak ada handrail. so, kalau nak naik/turun, sila langkah dengan berhati-hati.  

musolla di tingkat bawah. tapi area ni tak boleh masuk.


BAHAGIAN LUAR KUBU


bahagian luar kubu yang menghadap Laut Mediterranean. 

best lepak kat sini sambil menghirup bayu Laut Mediterranean. menderu-deru angin sejuk menerpa tubuh. gigil mak noks!😂

halaman luar menghadap laut.

sebenarnya kawasan ni bersebelahan main entrance. tapi masa nak balik baru kami singgah sini. pada mulanya kami sangka kawasan ni ditutup. rupanya... boleh masuk. pada 2014, anies tak masuk sebab ditutup.

ada tangga untuk naik ke atas. korang nampak macam tak tinggi, kan? tapi sebenar... tinggi! 

sebelum keluar - entah hapa-hapa punya posing😏😏

short video

kubu ni dibuka kepada orang ramai seawal jam 8.00 pagi. seeloknya datang awal untuk elak 'kesesakan' dalam kubu.

okey, tu jelah perkongsian untuk hari ni. thanks 4 reading...
daaa...

p/s lewat BW



Echoes Of The Past: Old Stories Retold

34 Words of Lo♥e

  1. wah, kali ke-2 jejak kaki ke mesir ye. mesti tgk byk perubahan kat sana. kawan bgtau jus buah kat sana sedap2 dan original manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sis. ni jejak yg kedua.

      mmg betul. jus kat sana piau punya! org jual merata2. tak ada ais. sbb buah disejukkan dlm chiller dulu. nak buat jus trs keluarkan then blend

      Delete
  2. binaan kubu yg cantik walau lama masih utuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebagaimana mrk jaga piramid mcm tu jg la mrk jaga kubu ni

      Delete
  3. Das sind so imposante Gebäude! Und ich liebe das Meer!
    Liebe Grüße zu dir und ein wunderschönes Wochenende
    Christine

    ReplyDelete
    Replies
    1. So ein Altbau beeindruckt uns immer wieder!

      Delete
  4. Anies ada naik ke tingkat atas? Hehe. Risau pula jatuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tingkat atas kubu, ya sy naik. utk ke bumbung kubu, laluannya ditutup.

      kalau di tingkat atas benteng kubu, ya sy naik sbb ada tangga dan open to public. insya allah x jatuh sbb kaw nya luas

      Delete
  5. Terima kasih bawa saya melancong masuk kubu hari ni 🥰

    ReplyDelete
  6. Boa tarde e um excelente domingo com muita paz e saúde. Bom início de semana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Obrigado. ultimamente estou bastante emocionado devido aos meus trabalhos. espero cobrir o mais rápido possível

      Delete
  7. didoakan suatu hari nanti saya berjaya juga ke sini...aamiin

    ReplyDelete
  8. Nanti mau baca tulisan yang lengkapnya juga. Saya ingin sangat nak ke Mesir. Insyaallah tahun depan bisa, Karena tahun ini dah ada travel planning dengan family 😁.

    Selalu suka negara yang mempunyai banyak sejarah lama seperti Mesir. Seandainya mungkin, rasanya teringin bisa balik ke zaman itu, dan melihat seperti apa tempat ini di masa dulu 😄

    ReplyDelete
  9. Cantiknya kubu tu.. tambah lg dgn adanya pokok2 kurma kiri knn mmg love sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul binaanbya masih cantik dan terpelihara sm mcm diorg jg piramid

      Delete
  10. Cantiknya.. Kali kedua da ye Anies ke sini..
    Mesti lain pengalaman kali kedua kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sha kali ke 2. ya byk perbezaannya... wpn x smpi 10 thn lg😀

      Delete
    2. 2 kali dah, Nies?
      alhamdulillah. best!

      Delete
  11. aida dtg menjamu mata dgn entri ni.
    indah, Nies.
    untung dpt ke sana, alhamdulillah...

    ReplyDelete
  12. memang patut kena dtg awal sbb tak nk sesak, nk hayati seni bina pun tak puas kalau kena sesak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kalau tak kat dlm kubu tu jd bising bla ramai2. bla bising jd berdengung

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆