Iskandariah, Mesir: Alexandria City Sightseeing Red Bus Tour
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
kemain panjang lagi nama bas ni!😂
kami tak singgah mana-mana pun lepas minum kopi di Cilantro Cafe. jadi, destinasi seterusnya adalah... balik homestay!
untuk balik ke homestay, kami ada 3 pilihan. pertama, naik tramco. kedua, naik bas domestik. ketiga, naik red bus tour.
kata kak ngah, baik kita try naik red bus tour sebab sebelum ni, tak pernah wujud pun bas khas untuk pelancong. tapi anies tengok, orang tempatan pun sibuk join sekaki😂
tapi ada satu masalah kalau naik red bus tour ni. kita kena tunggu ia lalu baru boleh naik. ni kerana, bas ni tak ada jadual khusus bila ia akan lalu kat kawasan terbabit. berbanding bas domestik atau tramco, kita boleh tahan / naik macam biasa sebab ia sentiasa ada.
bila red bus tour tak muncul-muncul, kami decide nak naik tramco je. lagipun azan Maghrib akan berkumandang dalam masa setengah jam lagi. tapi... masa kami nak tahan tramco tiba-tiba red bus tour muncul!
apa lagi? masing-masing excited lah dapat naik red bus tour! FYI, masa anies datang pada 2014, red bus tour ni belum wujud lagi, ya!
bila dah naik, kami terus ke tingkat atas. syukurlah masih ada seat kosong walaupun terpaksa duduk asing asing.
konduktor bas datang collect tambang sejurus kami dapat tempat duduk. macam biasa, kak ngah yang tolong bayarkan (balik homestay dia tadah tangan minta duit tambang tadi😂)
bila dah duduk tingkat atas ni, apa lagi? memang tak duduk diamlah tangan snap sana snap sini. tapi bukan anies laa... anies lebih rela menikmati hiruk-pikuk bandar Alexandria dan kesesakan jalan rayanya. tambah pula time ni orang ramai tengah balik kerja.
so foto yang anies sempat snap pun nan hado.
korang kalau ke Alexandria suatu hari nanti jangan lupa naik bas merah ni tau! ia lebih kurang macam HOHO bus. boleh Google untuk dapatkan harga tambang terkini.
tiket red bus tour. cuba teka... berapa harga tambang bas ni? kredit foto: kak ngah👍
sukaaaaa sangat dengan foto ni! snap dari atas bas je. ni laa red bus tour yang anies maksudkan. sama je macam bas lain. tak ada beza pun kecuali warna.
foto ni pun anies suka. guna kamera apa, anies? guna hp cabuk je datin... DSLR Nikon D6 belum mampu lagi. lainlah kalau dato' nak sponsor. ehh😁😂😂
suasana di tingkat atas red bus tour... tiada air cond. sebab tingkap bas tak ada cermin. so dapatlah air cond semulajadi yang bercampur dengan CO, nitrogen oksida dan hidrokarbon a.k.a asap kenderaan dan bunyi hon bertalu-talu😂
jangan tuduh anies tengah panjat tingkap bas ya!😂 saja nak tunjuk kat korang yang bas ni memang betul tak ada cermin tingkap.😂
video pendek kalau korang nak tengok hiruk-pikuk trafik kat Iskandariah ni...
klik banner ☝untuk menyertai...
okey... tu jelah perkongsian untuk hari ni. bagi sesiapa yang belum join GA di atas, cepat join ya sebab tarikh tutup dah dekat! next GA belum tentu ada lagi. atau... ni mungkin GA terakhir yang anies anjurkan.
19 Words of Lo♥e
ala, kat malaysia pun sama org local mcm saya pun sibuk naik bas HOHO hahaha!
ReplyDeleteorg malaysia x pe dikecualikan dan dimaafkan😀
DeleteSama di sinipun kalo jalan yg byr yg duduk depan..ntar kalo udh sampe baru nagih😁...keren memang yg foto bus merah..langit juga cakep...busnya terbuka gitu kah..ga da kacanya..pasti anginnya cukup kencang..hati"masuk angin🤭🙏
ReplyDeletehabit yang sama seluruh dunia😀😀
Deleteya no window. dapat angin free hingga menusuk ke hati😂
cantik bas tour ronda2 Iskandariah mesti asyik
ReplyDeleteya kak tambah pulak bas xde tingkap😁
Deleteooh, kat mesir pun ada bas hoponhopoff jugak erk., chuantek gmbr sunset tu dgn bas lalu depannya., ohsemm
ReplyDeletesnap spontan je tu wak. bla nmpk je bas lalu trs snap. x sangka pulak jd begitu kejadiannya😀
DeleteRed bus ya, okay, kalau ada rezeki ke sana saya cari red bus. Thanks
ReplyDeleteya. senang nak cari. sebab ia satu2nya double decker bus yang ada di sana😀
Delete20?
ReplyDeleteHehe ini kalau hendak keluarkan kepala dan badan jengah luar tengok pemandangan memang seronok.
nope😀 EGD 15.50 je
Deletenak jg buang tabiat tp tu laa tkt viral pulak nnt😂
tambah lg 1 asap kentut. kalau ada. hahaha tp mmg cantik la view laut tu. awan seketul2
ReplyDeleteduduk atas selamat dr asap kentut sebab tingkap open😂
Deletekenapa lah tak ambil gambar.. kesian kitaorang yg tgh baca ni
ReplyDeleteralit layan trafik jammed... lg pulak ddk tmpt tinggi so boleh nmpk mcm2 gelagat pemandu
DeleteHahahaha ga apalah ga ada tingkap nya kak, naik bus HOHO pun terbuka kan bagian atas 🤣. Bedanya kalo naik HOHO di Eropa atau Amerika, bersih udaranya. Kalo di Mesir atau Jakarta misalnya, ampunlah menghirup CO2 🤣🤣🤣.
ReplyDeleteTak paham lah tulisan Arab gundul macam di atas. Harus Fanny screenshot, trus kasih ke anak asuh Fanny di Mesir, tanya dia berapa itu tarifnya 🤣?
kat europe bus tak ada bumbung. kat mesir x ada tingkap😂😂
DeleteEGD15.50 sahaja ja fanny.. lebih kurang dalam RM3 je..
Mengancam betul warna dia.. Aircond semulajadi.. hehehe
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆