Sebelum aktiviti island hopping @ Semporna, Sabah

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Fuhhh... phweiiiittttt... 😂😂😂 another cerita basi menghiasi blogku ini dan 'usianya' juga melebihi 3 tahun!!!!😂😂😂

tak apalah. janji ada benda nak dibebelkan kat sini. #akukesah

korang ingat lagi ke tak... pada 2020 anies ada share fasal majlis nikah anak saudara yang berlangsung kat Semporna. tapi bila dah sampai Semporna, takkan nak pergi majlis nikah je kan? mestilah nak 'panjangkan' kaki pergi tempat-tempat menarik yang ada kat Semporna ni kan... tambah pula Semporna ni 'syurga' buat pecinta maritim....

dannn... antara perkara wajib buat bila dah sampai sini semestinya... island hopping!!! yeahhh

sehari sebelum majlis nikah anak saudara anies tu (baca kat SINI), anies dah plan nak buat aktiviti ni. jadi, sebulan sebelum tiba Semporna, memang gigihlah mem besar search sana sini pakej island hopping mampu milik. kalau tak mampu milik pun, mampu beli cukuplah😂😂😂

cari punya cari akhirnya dapatlah satu agensi pelancongan ni. Semporna Paradise Travel & Tours. so, thru WA kami berhubung and deal laa apa-apa yang patut.

staf agensi ni friendly betul. apa je soalan yang anies tanya, dia jawab dengan baik. so, untuk booking pakej island hopping ni, kami bayar deposit RM400 (seorang RM50). selebihnya kami bayar pada hari aktiviti.

bercerita dengan gambarlah ya...

selesai sarapan di restoran berhampiran hotel, kami naik van ke Jeti Pelancong. kalau tak silap, tambangnya RM1 seorang. sebenarnya boleh jalan kaki. tapi bimbang pula kalau sesat / lambat tiba. jaraknya tak jauh pun. lebih kurang 1KM je.

Alhamdulillah dah sampai. kat sini ada dua buah jeti. satu jeti untuk ke Pulau Mabul dan satu lagi untuk aktiviti island hopping (kalau salah info tolong betulkan ya). sementara yang lain masuk ke dalam jeti, anies terus call agensi pelancongan. rupanya kami salah masuk jeti. tempat kami berkumpul di jeti sebelah Jeti Pelancong (kiri - foto)

lokasi ke Semporna Paradise Travel & Tours. foto kredit FB SPT&T.

laluan nak ke agensi pelancongan. laluan / jambatan kayu ni nampak je macam ni. tapi sebenarnya kukuh, tau! anak-anak kecil relaks berlari-lari je atas laluan berkayu ni.

kawasan jeti ni dipenuhi rumah air yang mana, ada yang mengatakan penduduknya terdiri daripada PATI. patutlah sampah sarap merata-rata. sedih tengok pencemaran kat sini. kadang sampah hanyut sampai ke tengah laut. sekaligus menyakitkan mata!

dah sampai kat jeti. tak ramai orang. anies difahamkan hanya family anies dan sekumpulan anak muda je yang ikuti agensi ni. yang ramai-ramai kat Jeti Pelancong tu ikut agensi lain.

lama juga kami 'bertapa' kat sini sebab menunggu permit. kalau nak tahu sebelum masuk Taman Negara Maritim Tun Sakaran ni kena ada permit tau! kalau korang langgar peraturan, boleh kena denda ya!

ni laa agensinya. Semporna Paradise Agency Travel. korang boleh search nama agensi ni kat FB. insya Allah ada rezeki lagi nanti anies tentu akan pilih mereka kalau ke sini lagi. bila tu? esok pagi!😂😂

masa untuk bertolak! ni laa speed boat yang bakal kami naiki sepanjang menjalani aktiviti island hopping.

aktiviti bermula! cuaca nampak macam mendung je? ya betul. sebab Subuh sebelumnya, hujan lebat. cuak jugalah kalau aktiviti terpaksa dibatalkan kerana cuaca. Alhamdulillah... lega bila segalanya berjalan lancar. cuaca pun baik je sepanjang aktiviti. 

pulau mana yang akan anies dan family singgah dulu? cer teka!

stay tuned!
thanks for reading
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

43 Words of Lo♥e

  1. Luar biasa travellingnya seputar Sabah. Wisata pantai sambil mempelajari kearifan lokal penduduk di sana

    ReplyDelete
  2. Lambat pun takpe janji rajin up-date gittewww... Mrs. A kena belajar dari Anies ni ada banyak jugak kisah throwback

    ReplyDelete
  3. ok. akan tunggu next story.

    aida lom lagi jejak ke sabah.
    teringin sgt!

    ReplyDelete
  4. Apa rasanya tuh naik Speed boat ya..saya belom pernah mencoba,karena saya gak pandai berenang😁 takut jatuh...di mana"sampah selalu ada..di sinipun demikian

    ReplyDelete
    Replies
    1. besttttt bangetttt laju! bila langgar ombak, for sure muka terpercik air laut.... tapi driver speed boat mahir. so kami tak bimbang apa2 berlaku. safety jacket kami pakai juga

      Delete
  5. wahhh seronoknyaaa! i can't wait to read more story jalan-jalan sis. hehehe. <3

    ReplyDelete
  6. Bukan Anies hendak ke Pulau Mabul ke?

    ReplyDelete
  7. Pulau yang belah kiri kot.. Hikhikhik!

    ReplyDelete
  8. Boa tarde e uma excelente quarta-feira.

    ReplyDelete
  9. wah best nye walaupun throwback. tapi memang best la bercuti ke pulau2 ni..tenang je fikiran. hilang terus masalah yang ada.

    saya teka ye hasil research internet. cik anies mesti pergi pulau bodgaya dulu. tehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tmpt2 mmg syok tp tu laa ms sy ke sini covid tgh panas lg. so byk kn jg sop.

      teeetttt salah! sila cuba lg😁

      Delete
  10. Parece un lugar muy bello. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Este lugar es como un paraíso para los amantes del océano.

      Delete
  11. Saya belum pernah lagi ke Malaysia yang bagian Sabah Serawak kak Anies 😊. Teringiiin sangat sebenernya.. menarik rasanya bisa island hopping gini. Yg saya suka kalo island hopping, sensasi menaiki boat yang cepat dan terbanting2 rasanya 🤣. Lalu kalo di pulau pastilah kuliner seafoodnya sedap kaaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak makan seafood better ke kota kinabalu sebab murah. kalau suka laut dan pulau, semporna lah tempatnya. cuma jgn pergi hujung tahun. hujannnn

      Delete
  12. Wah.. Seronoknya bila cuaca elok je masa buat aktiviti.. Kalau Sha ini kena fikir banyak kali sebelum naik nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg penting kena fit, sha. kalau x nnt skt2 kaki

      Delete
  13. Alhamdulillah perjalanan lancar ya, kak. Sayang sekali tempat secantik ini kalau kotor karena sampah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampah tu memang tak boleh dielak. tambah pula banyak penempatan (haram) di situ

      Delete
  14. yg jenis mabuk laut hahaha kena tabah la. so far speed bot ni kejap dh sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pn ada yg muntah sbb ombak bergelora n speed boat melambung2😁

      Delete
    2. kena spare ubat tahan muntah siap2. kalau mkn confirm tak muntah

      Delete
    3. ada ubat tp kalau x amik sarapan perut kosong mmg cpt laa pening or mual

      Delete
  15. PATI ni merata tempat ada kan.. mcm mana la boleh duduk siap buat rumah lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kat sini merata2 smpi x knl mn 1 local sbb muka sm je

      Delete
    2. eh bahaya tu sbb muka sama. haha. tak takut ke kena rompak etc

      Delete
    3. betul. kulit sama je. coklat cuma nak beza cara ckp laa. slang bkn mcm org sabah

      Delete
  16. Alahai sayangnya x jaga kebersihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. PATI mn laa nk jg kebersihan. buat skt hati je

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆