Empat fakta wajib tahu tentang pembiayaan peribadi

10:52 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sama ada untuk merancang perkahwinan, renovate kediaman, bercuti ke destinasi impian atau untuk kes-kes kecemasan; pembiayaan peribadi sering menjadi pilihan untuk menampung kewangan individu. ia juga merupakan antara cara untuk dapatkan wang tunai dengan segera.

namun, ketika kita terlalu selesa dengan pembiayaan peribadi ini, adalah penting untuk kita ambil tahu beberapa perkara berkait. 

berikut beberapa fakta tentang pembiayaan peribadi yang (mungkin) ramai tak tahu.

1. kadar faedah tetap

kadar faedah tetap yang ditawarkan oleh pembiayaan peribadi boleh memberi keuntungan sekiranya kita mampu menguruskan kewangan dengan baik. dengan ini, kita tidak akan berdepan dengan kenaikan bayaran balik atau installment tidak dijangka.

tempoh diperlukan untuk lunaskan hutang pembiayaan peribadi juga dapat dijangka dengan lebih mudah. jumlah faedah yang ditetapkan biasanya bergantung kepada bank atau syarikat kewangan yang kita pinjam. jadi, penting untuk kita tahu berapa kadar faedah yang telah ditetapkan ke atas pinjaman kita.

2. tempoh pembayaran tetap

kadar dah tetap, tempoh pembayaran balik pembiayaan peribadi pun dah tetap. semua ini ditentukan sebelum pembiayaan tersebut diluluskan.

jangka masa pembayaran balik inilah yang akan menentukan berapa installment bulanan yang kita perlu jelaskan (bayarannya).



3. tidak bercagar

pembiayaan peribadi tidak memerlukan kita mencagarkan sebarang aset yang dimiliki seperti kediaman atau kenderaan untuk membuat penebusan sekiranya tidak mampu untuk membuat pembayaran balik. sekiranya ingkar untuk bayar balik pembiayaan, bank atau syarikat kewangan tidak boleh menyita kediaman atau kenderaan kita.

secara amnya, mereka akan menuntut hutang dengan mengemukakan tuntutan terhadap kita, menghantar agensi pemungut hutang ataupun melaporkan pembiayaan yang tertunda kepada biro kredit.

bila nama kena blacklist, sukar untuk kita memohon mana-mana pembiayaan lagi selepas ini. sebab ini juga, kadar faedah pembiayaan peribadi adalah (sedikit) tinggi.

4. sukar untuk diperoleh

sebelum memperoleh pinjaman, pihak bank pastinya akan memeriksa kelayakan kita terlebih dahulu. jumlah pembiayaan peribadi pula bergantung kepada sejarah pembayaran balik dan pendapatan.

semakin bersih sejarah kredit dan semakin tinggi pendapatan kita, maka semakin besarlah jumlah pinjaman yang layak untuk diperolehi.

kesimpulannya, pembiayaan peribadi adalah fleksibel dan sesuai untuk pelbagai perkara yang mungkin memerlukan kita memiliki dana tambahan ketika kecemasan. sebab itulah ia menjadi pilihan ramai.
namun, penting untuk kita fahamkan dulu beberapa perkara sebelum terjebak dengan pembiayaan peribadi. 

ini kerana, disebabkan ketiadaan ilmu pengetahuan tentangnya, ramai dalam kalangan kita diisytiharkan muflis.

sumber & diubahsuai dari SINI.

korang pernah ada masalah dengan pembiayaan peribadi? jom share!


thanks 4 reading
daa...

Kisah Silam Untuk Masa Depan

66 Words of Lo♥e

  1. dh lama benor wak x buat personal loan., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus2... wak dah ada serba serbi lengkap ;-)

      Delete
  2. kadang kadang terma dan syarat ramai yang ambil mudah..
    bila ade kes...kita dah sign..

    point point begini bagus untuk rujukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. bla loan dah diluluskan perasaan teruja tu over excited sbb tu timbul rs mls nak baca terma2 yg dikemukakan ;-)

      Delete
  3. Kesianlah pulak kalau diistihar muflis sebab tak dapat bayar pinjaman. Itulah perlunya memiliki ilmu mengurus duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kesian tp tu laa...kalau kurang ilmu... diri sendiri mmg patut dipersalahkan bla muflis

      Delete
  4. Belum pernah lagi buat pinjaman peribadi.

    ReplyDelete
  5. Baru tahu personal loan ada keuntungan dia juga ye. Bayar pada masanya tu penting. Dah pinjam kena lah bayar pada masanya. Kalau tidak,ada lah bunga bunga dia. Susah nak dapat pun satu hal juga tu. Banyak nak kena check. Lagi lagi kalau kita ni banyak buat loan. Loan rumah, kereta dsb. Apapun kita urusakan kewangan dengan baik. Thanks share Anies :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp tu laa tak ramai yg perasan tentang keuntungan tu. mrk fikir bla untung je berkait dgn duit pd hal maksudnya meluas...

      sama2 ;-)

      Delete
    2. mungkin kita fikir 'pinjam' tu tak ada apa apa melainkan pinjam. Rupanya ada juga untungnya ya. Tapi itulah, susah juga nak buat personal loan pun :)

      Delete
    3. betul tu. tp kalau boleh elak drpd buat, elakkanlah... belajar menyimpan ;-)

      Delete
  6. nak buat apa pun kena batul2 research dgn kemampuan kita kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... hal2 melibatkan kewangan ni mesti ada extra ilmu ;-)

      Delete
  7. MEMINJAM KALAU PERLU SAJA N PERLU AMBIL TAHU APA SAJA MENGENAINYA KAN

    ReplyDelete
  8. Greetings from Turkey:) korona dolasıyla işsizlik problemleri ne yazık ki arttı. Umarım ekonomi en kısa zamanda normale döner

    ReplyDelete
    Replies
    1. haklısın. hepimiz aynı sorunla karşı karşıyayız. saklanamayız ya da kaçamayız. bununla yüzleşmek zorundayız. ve dua et ki bir an önce yok olsun

      Delete
  9. Salam kak,
    Sangat bermanfaat sekali, terimakasih untuk sharingnya ya

    ReplyDelete
  10. Buenos consejos, gracias por la entrada. Te mando un beso

    ReplyDelete
    Replies
    1. ¿Tienes algún problema con respecto al préstamo personal?

      Delete
  11. kalau sebut pembiayaan peribadi memang menakutkan tetapi tidak tahu pula dengan orang lain hehehe.

    ReplyDelete
  12. kena pandai ukur baju di badan sendiri dulu lebih-lebih lagi masa wabak nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... jgn cepat gelap mata kalau pinjaman diluluskan...

      Delete
  13. Assalamualaikum
    Terima kasih utk share ni... sekurangnya terisi jugak ilmu di dada sikit sebanyak mengenai kewangan ni.

    ReplyDelete
  14. Tak pernah nak apply sebab sendiri pun hahah

    ReplyDelete
  15. terima kasih atas perkongsian :D

    ReplyDelete
  16. Boa noite. Parabéns pela excelente matéria.

    ReplyDelete
  17. Replies
    1. sy just prepare je. publish ikut masa yg ditetapkan😊

      Delete
  18. nak kena berilmu betul pasal pengurusan kewangan ni sbb muflis ni lah paling kena dirisaukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sgt. org muda skrg ramai dah muflis. jgn kite terjebak sm

      Delete
  19. Personal loan tak pernah lagi😜😜

    ReplyDelete
  20. Terima kasih untuk info ini, Anies. :)

    ReplyDelete
  21. 1 jak loan yg ada, ptptn. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. it's okay... sbb kite guna utk belajar kan?

      Delete
  22. personal loan tak pernah buat.. huhu takut tak tertanggung

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rs terbeban mmg patut dielakkan sblm jd parah

      Delete
    2. Bt loan kereta dgn asb pun rasa dh cukup. Tak nak lah dicop muflis. Kena ada ilmu baru tak terjebak

      Delete
    3. cukup laa 1-2 hutang yg ada kannn😊

      Delete
    4. Cukup sudah cukupppp hahahah takkan sampai ke tua nk bayar hutang

      Delete
  23. Thanks share. Yang penting pinjam dari pihak bertauliah. Pinjam dari Along, tak dapat la nak tolong

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama22 ;-)

      pinjam dgn angah... mesti dpt hehehe

      Delete
  24. Thanks for this info!
    Anies kaya lah, banyak duitnya :)

    ReplyDelete
  25. Hmm, ini membicarakan tentang hutang dan pinjaman ke bank kan ya? saya menangkapnya demikian. Salam dari Indonesia!

    ReplyDelete
  26. tak pernah lagi buat pinjaman peribadi ni. btw nice sharing :)

    ReplyDelete
  27. tak terasa nk buat lg anies..shida ni jenis xsuka berhutang..kalau hutg mesti nk cepat2 nk selesaikn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh elak, mmg bgs... lg pun agama pun x menggalakkan kite berhutang kan? ;-)

      Delete
  28. TQ share ilmu ini Anies..
    sha bab2 ini memang fail.. Yang rajin calculate adalah encik suami.. hehehe..

    ReplyDelete
  29. Yg ada skrg ni hutang BW �������� Mommy is busy

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆