Program memasak @ masjid sempena Aidiladha

10:06 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Jujur cakap, sejak anies lahir ini kali pertama menyaksika  pihak masjid mengadakan program seumpama ni.

sebelum ni, kalau ada pihak yang menyembelih korban bersama pihak masjid, cuma kerja2 melapah dan agihan daging je yang dibuat. tak ada langsung aktiviti memasak atau jamuan makan diadakan.

kalau program kenduri masjid, yang tu memang saban tahun dibuat. since ini majlis julung2 kali diadakan, suasana tampak sangat meriah dan harmoni. macam ada kenduri kahwin laa pulak.

program memasak bermula sejam lepas solat hari raya dilangsungkan manakala kerja2 penyembelihan dilakukan pada pukul 10.00 pagi.

sebanyak 4 ekor lembu ditumbangkan. 30kg daging akan dijadikan juadah (tambah 10kg tulang) dan selebihnya diagihkan kepada yang layak.

AJK masjid lelaki akan menyembelih, melapah dan mengagihkan daging manakala AJK masjid wanita akan memasak.

hanya dua jenis lauk saja disediakan. sebabnya program ni baru je dibincangkan. tak sampai seminggu kot. jadi tak banyak benda nak disediakan.

walaupun hanya dua jenis lauk yakni daging masak asam pedas dan sayur keladi rebus asam, tapi anies perhatikan para tetamu dan mereka yang terlibat tampak berselera menjamu juadah.

daging baru kan...makan panas2... lauk tambahan cuma ikan masin goreng. tu pun dah cukup membuka selera.

jamuan makan berlangsung lepas solat zohor berjemaah. lepas jamuan makan, barulah daging2 korban diedarkan.

apa yang boleh anies katakan, program macam ni memang menyeronokkan. harap2 tahun depan pihak masjid dapat buat lagi.

dah siap potong. tinggal nak dibersihkan je sebelum dimasak..

pekarangan masjid masih lengang sebab daging korban belum sampai lagi...

AJK masjid wanita pun ramai yang belum sampai lagi...

Alhamdulillah cuaca pagi tu sangat baik. berangin sentiasa..

ko jangan tak percaya ahkak ko punyalah gigih buat kerja. so macam mana? berapa markah nak beri untuk gaya mutu keunggulan ni? 😆😆😆😆

kerja2 memotong dan mengasingkan daging...

sayur keladi masak rebus asam... snap direct terus dari dalam periuk 😆

daging masak asam pedas... 30 kg daging + 10 kg tulang selesai!

menikmati hidangan... duduk bawah pokok sambil ditiup angin... memang nikmat!  tak sedar bertambah 3 pinggan!!

anies punya. ambil lauk dulu. lepas tu baru ambil nasi... kalau ada kicap ni, mahu tambah 5 pinggan😆😆😆 diet? sorry laa... buat masa ni tak ada dalam kamus harian hahaha

tu jelah nak share hari ni... ada yang masih bercuti sempena Aidil Adha? yang dah masuk kerja, selamat bekerja...

thanks 4 reading

daaa

Kisah Silam Untuk Masa Depan

62 Words of Lo♥e

  1. Aih jadi teringat Qurban lagi. Rasanya itu masih terbayang enaknya..

    ReplyDelete
  2. Menariknya..walau tak ramai nampak meriah...sedapnya makan daging segar2...

    ReplyDelete
  3. Makan ramai2 memang tak cukup sepinggan.
    Kalau kat sini makan ramai2 pakai dulang besar

    ReplyDelete
  4. WOW RAJIN AHKAK ANIES MASAK DAGING KORBAN...SALAM AIDILADHA ANIES MAAF ZHR BATIN

    ReplyDelete
  5. Wah nampak enak sekali daging lembu dan keledainya kak, akupun makan daging lembu setiap hari dari daging kurban hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi puas hati kan dapat makan daging fresh?

      Delete
  6. Wah! bagus buat macam ni sambil buat korban dapat juga merapatkan lagi ukhwah dan silaturrahim.
    Kemahen! gaya mutu keunggulan hehehehe betul ke tu? ke gaya nak snap gambar je eh!
    Mrs. A bagi 200% ;-)

    ReplyDelete
  7. salam aidiladha dan maaf zahir batin., cik anies tuuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa wak? nampak hebat kan sy memasak? hahahahahhahah

      Delete
  8. Meriah nyer🌹🌹
    Kat tempat kita tak buat cam ni... Moga tahun depan depa buat cam nie kan.... Seronok masak ramai ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah suggest kt ajk masjid buat cm ni nnt

      Delete
  9. Pergh!! Gaya tu yang menawan.. hehehe... seronok masak ramai-ramai dan makan ramai-ramai..
    Sedapnya asam pedas daging tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gaya mmg penting tp mkn bertambah lg penting😆

      Delete
  10. jap2..btl ke anies yg masak tu? ke lakonan semata2..haha..larikkk

    ReplyDelete
  11. sedapnya sepertinya sekarang banyak acara masak memasak dirumah😃

    ReplyDelete
  12. Meriah tu seronoknya ramai2 sama2 bergotong royong...

    ReplyDelete
  13. The food looks delicious, hope you had a wonderful celebration!

    Marie
    The Flower Duet

    ReplyDelete
  14. di tempat saya memang selalu dan biasa untuk masak dan jamuan daging korban...

    yang penting pergi ke masjid ..

    ia merupakan aktiviti yang menarik dan boleh menjalinkan silaturrahim

    ReplyDelete
  15. tak ada cuti buat saya ho ho rindu dengan nasi lemak campur daging lembu buatan emak dikampung makasih sudah mengingatkan kampung halaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar mas... nanti ada masa balik kampung ya ;-)

      Delete
  16. meriah bila rmi2 masak mcm ni..

    ReplyDelete
  17. Di kampung saya juga ada semacam ini
    Masak masak daging kurban.
    Wah itu tempatnya tampak asri dan lapang sekali ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila serumpun semuanya hampir sama. ya mas, sebab itu padang sekolah share dengan parking masjid

      Delete
  18. Sedapnya, daging masak asam pedas!
    Kalau makan bersama, tak cukup lah porsi sepinggan, boleh lah 5 pinggan, hari ni saja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. daging fresh siapa yang x suka kan? lauk jd berganda sedap👍👍

      Delete
  19. sedap sekali masakannya, hari ini istri saya juga bikin rawon sisa daging sapi kurban

    ReplyDelete
  20. Wahhh seneng bangettt yaa pasti wuehehe, ak juga tahun ini seneng bangett.. cuma sebagai anak kost tapi dapet kebagian daging seger juga dikasih sama warganyaaa... enaakkk banget uhuihuw

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah janji dapat, mas... dapat makan daging baru

      Delete
  21. daging fresh penuh berkat tu yang berselera semua.. seronoknya ramai2 sama2 masak2 gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg seronok, ct...1st time buat mmg meriah

      Delete
  22. Lihatnya jadi ngiler.

    Disate terus dikasih bumbu sate maranggi pasti mantap tuh.


    Visit: asro.co.id

    ReplyDelete
    Replies
    1. mas, jangan disebut tentang sate... laperrrr

      Delete
  23. Daging baru sembelih makan dengan nasik kosong je pun sodap. Bakal mak mertua tengah perhati dari jauh tu anies :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg bkn bakal mak mertua pun jeling sm😆😆😆😆

      Delete
  24. Cheq bagi markah 5/5 bintang untuk gaya keuggulan dan kegigihan mem besar mengacau lauk 🤓

    Salam AidilAdha, Maaf Zahir dan Batin 🧕🏻🤝🏻

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah.. harap tak terlalu lambat juga utk saya ucapkan Salam Aidiladha buat Anies. Semoga Allah sentiasa memberkati setiap ibadah dalam kehidupan ini.. aamiin.

    ReplyDelete
  26. mungkin bila dah umur 40 tahunan tak berani lagi makan daging seperti ini tapi sekarang masih bolehlah nikmat semua keilhatannya

    ReplyDelete
  27. Akak bagi 5 bintang untuk gaya mutu dan keunggulan.

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah serinokntgk.bila.ada program.mcm.ni sure terasa rapat semua yg hadir kan

    ReplyDelete
  29. Tahun ni di luar kawasan tak dapat join aktiviti korban

    ReplyDelete
  30. dh sebulan baru nk masak daging korban haaa.. kalau masak on the spot byk kolesterol dlm daging tu.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆