Nantou, Taiwan: Chingjing (Qingjing) Farm

1:09 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

disebabkan malas nak taip panjang2, anies buat dalam bentuk point laa ya... (gaya orang macam nak hadap exam. ambil point2 penting je😆)

  • perjalanan dengan Nan Tou Bus dari Gan Cheng Bus Station ke Chingjing Farm (CF) memakan masa hampir 2 jam.
  • bas berhenti di stesen THSR Taichung dan di Puli Bus Station untuk mengambil dan menurunkan penumpang sebelum meneruskan perjalanan ke CF.
  • CF ni lebih kurang macam Cameron Highlands tapi view dan scenery nya macam berada kat Switzerland or New Zealand gituwww
  • CF terletak di atas gunung. laluannya hanya ada satu dan berbengkang bengkok macam laluan drift dalam movie / anime Initial D. kiri gaung, kanan dinding gunung. kalau nak try skill drift bolehlah datang ke sini. kami boleh sponsor kapur barus😆
  • CF ni sangat luas dan ada beberapa tempat menarik serta bayaran tertentu dikenakan kalau nak masuk sesuatu kawasan... kalau tak nak masuk tak apa. tapi rugilah dah penat datang jauh2 kan...
  • since kami bawa luggage bersama, perkara pertama yang harus dilakukan adalah simpan luggage di pintu masuk. tiada bayaran dikenakan.
  • tiket masuk CF boleh didapati di main entrance (walk in) nak beli online pun boleh. Google je.
  • sebenarnya ada pass khas iaitu CF 1 day pass. kami terlupa fasal ni. dah balik baru teringat. biasalah tu...
  • cuaca kat CF ni memang sejuk. kalau tak silap, masa kami sampai tu adalah 17 darjah celcius.
  • tapi disebabkan berkabus, jadi jarak penglihatan sangat2 terhad.
  • CF terkenal dengan biri-biri. tapi sayang, masa kami ke sini, semua biri-biri under medical inspection. jadi kami tak dapatlah nak peluk cium muah muah dengan biri-biri (hal ni dah diberitahu masa kami beli tiket bas kat GCBS). begitu juga kami tak dapat nak saksikan persembahan biri-biri.
  • tak dapat peluk cium muah muah dengan biri-biri, kami just pusing2 dalam Green Green Grassland dan menghabiskan kodak.
  • lebih kurang 3 jam berada kat sini, kami pun pulang. Alhamdulillah, ada staf CF yang boleh cakap BI bantu kami untuk carikan bus stop.
  • rata2 yang datang ke CF ni dengan kenderaan. sama macam ke Yangmingshan National Park (anies ada share kat SINI). sebab kalau bawa kereta sendiri, korang boleh explore banyak tempat. parking pula anies tengok agak limited. so kalau ke sini time cuti sekolah contohnya, bersedialah untuk parking tepi jalan ;-)
  • nak menginap kat CF pun boleh. ada hotel disediakan. tapi kena booking awal sebab pengunjung sentiasa ramai kat sini, tak kira musim. satu malam harga hotel boleh capai NT4000 untuk sebilik (convert laa sendiri ke RM)
  • jangan lupa bawa baju sejuk (sweater) esp. mereka yang tak tahan sejuk achom achom tu...CF ni dah nak hampir puncak gunung tau! no wonder memang sejuk walaupun tak ada salji.
  • kata nak tulis point by pont je tapi bila dah taip tak reti2 nak berhenti... ishhhh
ada apa2 nak tanya fasal CF ni? jangan segan2...drop je kat kotak komen di bawah. insya allah anies akan cuba jawab...

p/s gambar terlajak banyak...

snap dari dalam bas... alhamdulillah... akhirnya sampai juga kami kat sini... salah satu tarikan wajib dilawati kalau dah sampai Taiwan...

antara view sepanjang jalan ke CF



see? laluan / jalan raya sangat2 sempit. sebelah sana tu gaung ya tuan-tuan dan puan-puan sekelian...

main entrance untuk Green Green Grassland...banyak rombongan budak sekolah masa ni...

ticket counter...

tiket masuk ke Green Green Grassland. seorang NT160... bayaran masuk tempat lain harganya berbeza...

jom explore CF! jangan betulkan skrin computer / laptop / hp anda ya... memang kelabu asap macam ni suasana kat CF masa kami sampai... berkabus...

jangan lupa bawa note book. nanti boleh dapatkan cop khas CF kat sini... FOC je...

yaa... mata anda tak silap... kat sini memang berkabus...

sejuk ke anies? of coz sejukkk....

memang tak nampak apa...

di persimpangan di lema... kanan berkabus, kiri pun berkabus.. hahaha

sori tak tahu ni pokok bunga apa... main snap je ni....

kalau sesat laa... refer je map ni

masih dalam Green Green Grassland yang berkabus...

nak beli makanan ke minuman ke... ada dijual kat sini... 

kalau cuaca elok memang boleh tengok view menarik... tapi apakan daya... dah macam nak masuk maghrib hahaha

'rumah' cinonet untuk biri-biri kot...

laluan menurun ke bawah menuju ke sky bridge...

biri-biri besi hahaha

tak ada kerja cari kerja... kami mencari bunga2 yang tumbuh kat sini...

bunga apa tah...

sibuk cari bunga... nina ternampak makhluk ni...cer teka, apakah makhluk itu??

puas berjalan, kami singgah di sini... CF souvenir shop. depan kedai ni, ruang lapang untuk biri-biri show...

anies cuma beli FM seketul sebagai kenangan... mahal lor...


jumpa dak oyen kat kedai makan dan minum...sombong kemain! menyampah!

posing time!! peduli hapa walaupun berkabus hahaha



sebelum korang nak duduk macam ni, make sure tak ada tahi biri-biri ya hahaha

sky bridge... nak masuk / lalu sini kena bayar ya... tapi kami tak masuk pun... kalau view cantik tak berkabus mungkin kami masuk... ni snap dari dalam bas...

another kedai makan.... tak halal ya...

well it's time to say good bye to CF.. insya allah... ada rezeki kami pasti kembali ke sini... bus stop yang sempoi... agak2 ke mana kami selepas ni?

p/s nak tahu kenapa CF berkabus?? tungguuuu next entry ya....

thanks 4 reading... sambung BW... daaa

Kisah Silam Untuk Masa Depan

41 Words of Lo♥e

  1. hey anies..apasal tak hangkut balik biri2 besi tu utk cik nor sbgai ole2..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat oleh-oleh? saya juga mau dong hehehe.
      Ayo buat channel youtube biar lebih mantap.

      Delete
    2. nak bawa balik tapi luggage tak muat ;-)

      Delete
  2. wahhhh.. mesti sejuk tempat ni :)

    ReplyDelete
  3. Kalau langit biru, mesti cantik tempatnya! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa bkn rezeki kami dpt tgk langit biru

      Delete
  4. Wooww!! Pemandangannya begitu memikat hati...Dan ada bunga..bunga apakah itu.. Baru kali ini saya melihatnya.. 😄😄

    ReplyDelete
  5. Wah blog pribadi ternyata. Saya menyangka ini blog seputar Anies, Gubernur DKI Jakarta.. hahahaaa... Salam Kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu mas anies... ini mbak anies yang syantikkk hahahahahahaahahahhahahahahhahaha

      Delete
  6. berkabus sangat tu, musti sejukzzzz amat :D

    ReplyDelete
  7. cantiknya permandangan di Chingjing farm ni

    ReplyDelete
  8. Nampak sejuknya tu berkabus teruk

    ReplyDelete
  9. Itu kabutnya tergolong tebal ya, kapan bisa kesana. Jadi pengen nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah 1 hari pasti akan sampai ke sana

      Delete
  10. Sesuai kan bebiri yang gebu dan cute tinggal kat tempat sejuk ni...

    ReplyDelete
  11. Sangat sejuk sekali cuaca sedang dingin ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuaca sejuk tapi kabut itu sebab hutan terbakar

      Delete
  12. Pergh!! Nengokkan kabus itu terasa kesejukkannya.. Sayanglah pula tak dapat bermesra-mesraan dengan kambing biri-biri..

    ReplyDelete
  13. Effek kabus tu menjadikan tempat ni nampak lebih menarik.

    ReplyDelete
  14. Cantiknya pemandangan dia, macam kat Kundasang je..

    ReplyDelete
  15. mesti sejuk kan, tebal betul kabus dekat situ. Sayangnya tak dapat jumpa biri-biri dekat situ.

    ReplyDelete
  16. Menarik tempat ni.. seronok juga kurang penat berjalan sbb tak panas, cuma kena tahan jelah cuaca sejuk. Tp suasana berkabus tu klu jln sensorang rasa seram juga hehee

    ReplyDelete
  17. rejeki takdak nk jumpa bebiri... dpt jumpa kucing hutan pun jd la hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi xangkut kucing hutan tu bw blk mesia😆

      Delete
  18. rindunyaaa nak p sini lg. bila la dpt main dgn sheep

    ReplyDelete
  19. Subhanallah, comey sangat pemandangan. Berkabus tu lagilah tambah lawa. Love love. <3

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆