Siem Reap, Cambodia: Suon Angkor Boutique
12:49 pm
✿...السلام عليكم✿
Jujur cakap, pemilihan hotel ni adalah disebabkan review2 yang diperoleh di booking.com dan trip advisor. bila ramai berpuas hati dengan hotel ni, maka anies memang tak ragu2 untuk pilih hotel ni walaupun terpaksa mengakui lokasi hotel ni sedikit jauh dari bandar.
dan kenyataan ini 'harus' ditelan sebaik sahaja 'misi' mencari hotel bermula. anies dah beritahu pada previous entry (klik kat SINI). then bila sampai, kepenatan, kerisauan dan 1001 masalah terbang bila menjejakkan kaki di hotel ni.
ya... diakui ia sama sekali TIDAK SEPERTI hotel yang kita lihat. lokasinya dicelah2 rumah orang dan tersorok dari pandangan. tapi, bila dah ada depan mata... WOW! betul ke ni sebuah hotel?? tabik spring laa pada pengusaha hotel ni!
dari luar, ia 'diselubungi' pokok2 yang pelbagai. tak ubah seperti menjejakkan kaki di taman bunga. bila dah masuk, lagilah melilau bijik mata.
kami disambut mesra staf hotel yang begitu friendly dan boleh berbahsa Inggeris dengan baik. dalam hati dah berkira2, kalau datang lagi ke sini, hotel ni pasti akan jadi pilihan! no doubt!
so, macam biasa, kita bercerita dengan gambarlah yek!
pintu masuk hotel
laluan masuk ke lobi hotel...sebaik je melangkah masuk... eh, biar betul ni?
laluan keluar... sebenarnya sama je macam gambar kat atas ni...
lobi hotel... ringkas tapi terasa macam berada di halaman rumah sendiri...
patung2, pasu2 bunga dan pokok2 menghiasi kawasan merangkap deko hotel...
front view... hotel ni cuma 2 tingkat je...
sebaik sampai kami diberi mende alah ni... ia didatangkan sekali dengan secawan air oren. kami sangkakan kuih... dah berkira2 nak masuk mulut dah... rupa2nya...
tuala sejuk! hahaha... tipah tertipu... tuala kecik yang wangi dan sejuk ni... bila kena kat muka...arghhhh leganyaaaaaa.... hilang segala kepenatan, mengantuk... serta merta jadi segar dan tak sabar2 nak menjelajah Siem Reap!
kami drop luggage dulu. ye laa... nak check in pun belum masanya lagi. baru je pukul 9 pagi... selesai segala urusan, kami terus naik tuk tuk dan menuju ke Tasik Tonle Sap. ceritanya anies ada share kat SINI.
lepas beli tiket, kami terus balik hotel. penat dah... nasib baik laa hotel ni dua tingkat je. staf hotel bawa kami terus ke bilik... ni koridor bilik...
bilik anies dengan nina terletak di hujung sekali...
dari koridor, kami nampak mende alah ni sebelah hotel. jengah punya jengah, skodeng punya skodeng rupa-rupanya... ladang ternak buaya... dalam gambar ni tak nampak buaya... kena tinjit sikit baru nampak... bukan seekor dua ya... berpuluh ekor okey!
bilik anies dengan nina... kami menginap kat sini cuma semalaman sahaja...
tak sabarrrr nak landing...
ruang sebelah... tak tau laa apa fungsi tangga buluh tu... nak kata bath tub tu dalam sangat tak de laa pulak
antara toiletries yang disediakan...
sorry gambar gegar...
meja yang jadi tempat letak barang...
luas juga bilik ni. boleh main kejar2 hahaha
bathrobe turut disediakan..
pool... tak de laa besar mana tapi nampak macam best je kalau dapat berenang...
sebelah pool, ada bilik berurut...
kalau nak tau harga bilik hotel ni, korang jengah2 laa trivago ke, agoda ke... anies booked kat booking.com dan kebetulan masa tu ada offer... 2 bilik tak sampai pun 100USD... so sangat2 berbaloi untuk cuti2 bajet macam ni... lagi satu, lepas check out, kami ada tumpang mandi kat hotel ni. punya laa baik staf hotel benarkan kami walaupun tempohnya hanya sejam je.
okey tu je laa... kalau ada apa2 pertanyaan pasal hotel ni, boleh drop kat ruangan komen. nanti anies jawab ya...
daaa....
31 Words of Lo♥e
Tak pernah sampai Siem Reap lagi...tapi plan nak pergi gak nanti...
ReplyDeletemudah2an aminnnn
Deletexmmpu nk g bercuti luar negara lg..huhu..tmpu dlm malaysia jer dlu..:)
ReplyDeletebkn x mampu cik nor tp rezeki belum kunjung tiba...
DeleteLuas dan selesa katil tu kalau untuk seorang boleh guling-guling habis.
ReplyDeleteTernak buaya !!? Phew! kalaulah terlepas serammm....
ya mmg ladang ternak buaya...bkn buaya darat ya ;-)
Deletedalam banyak-banyak gambar..
ReplyDeletesaya suka satu gambar..
gambar yang ada tangan..
tangan siapakah itu hehehehe
tangan siapa?tangan siapa?tangan siapa?tangan siapa?
Deletehahahaha
WAH HOTEL YG SELESA TU DLM TAMAN LAGI
ReplyDeletetu laa..tenang je
Deletecantik kawasan hotel berbaloi penat mencari kan.. aduhai ada tempat ternak buaya pulak dah. kenaaaapa depa ternak buaya ? haaaa seramnya. kalola terlepas anak dia pun jadilah nak buat lintang pukang..
ReplyDeletex tau nak kata siti... jgn buaya keluar sarang udah lerr
DeleteCantik view hotel dan kawasan sekitar nya
ReplyDeletesgt2 cantik sbb tu sy plh hotel ni
DeleteHotel ni mmg nampak selesa, bersih dan menarik.. suasana pun bnyk elemen semulajadi. Bolehlah mark hotel ni klu2 ke Siem Reap. Thanks sharing Anies :)
ReplyDeletebetul tu. sy mmg x menyesal plh hotel ni wpn jauh dr bandar
DeleteHotel ni nampak selesa, bersih dan menarik.. suasana bnyk elemen2 semulajadi. Bolehlah mark hotel ni klu2 ke Siem Reap. Thanks sharing Anies :)
ReplyDeletesama2
DeleteCantiknya..nampak macam hotel mewah.
ReplyDeletetu lah pd hal celah2 rumah org tu
Deletennt sy pegi lg sy belikan ;-)
ReplyDeleteSuka tengok surroundingnya,..
ReplyDeletetu la... nyaman je
Deleteadeh teringat crush kt kaunter hahaa.. semalaman jugak la angau 😂😂 lupa nama. lembut muka
ReplyDeletehahahha... knape laa kita x bergambar dgn dia kan?
Deletejauh tu nk jumpa crush alahaiii rugi
Delete😆😆😆😆😆
Deletewalaupun berjam cari hotel tp tq nis sgt lawaaa bkn selekeh punya hotel
ReplyDeleteekekeke... ms atas tuk tuk muka da lain mcm semua bla sesat hahahha
Deleteyelahhh trpk bwh jambatan mana nk tido
Deletekah kah
Delete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆