Siem Reap, Cambodia: The Elephant Terrace + Victory Gate

12:51 pm

✿...السلام عليكم✿

Bersambung dari SINI.

sementara mood tengah rajin ni, moh laa update apa2 yang patut... hahaha... nanti dah kena penyakit M, lagi parah. usahkan update, nak ketuk keyboard pun rasa menyampah... gituuu...

okey lah, berbalik kepada title, dari Bayon, Salim bawa kami ke The Elephant Terrace. sebaik nampak je kawasan ni, entah kenapa otomatik otak anies teringat sesuatu yang berkaitan dengan buku teks sejarah form 4. tapi pada masa yang sama tak berapa pasti, betul ke 'situasi' kat sini ada dirakamkan dalam buku teks tu. kalau tak ada, tak pe laa... cuma teringat je... mungkin dalam buku lain kot...

kat sini, memandangkan matahari pun dah mulai terik, jadinya, kami sekadar bergambar je laa... kaki pun macam dah malas je nak berjalan2 lagi. agak luas juga kawasan The Elephant Terrace ni. cuma kami je yang tak berapa nak larat berjalan sana sini.

apa yang menarik kat The Elephant Terrace ni? dari pemerhatian anies, kawasan (dinding / tembok) di sini penuh dengan ukiran2 gajah. macam2 bentuk gajah. yelah... zaman dulu kan gajah ni banyak kegunaannya. selain digunakan untuk peperangan, gajah juga ada kaitannya dengan agama dan upacara keagamaan. jadinya tak hairanlah kalau gajah menjadi keutamaan selain 'lambang' kuasa pada zaman kegemilangan Angkor Wat dahulu.

kami berada kat sini tak lama pun. ada laa dalam 15 - 20 minit gitu. kemudian, dengan tuk tuk Salim, kami pun meninggalkan kawasan yang dipanggil Angkor Thom ni dengan melewati sebuah lagi pintu gerbang yang diberi nama Victory Gate.

tak ada apa yang istimewa pasal gate ni. cuma dah bila dah ada kat sini, entah kenapa perangai kami menjadi2 laa pulak. kena sampuk apa ntah, tetiba semua nak bergambar terkinja2 hahaha... Salim, bila dah tengok perangai kami yang tak berapa nak betul ni, dia layankan je.

tambah pulak, time tu tak banyak kenderaan lalu lalang. jadi memang sesuai sangat laa nak terkinja2 kat situ...

dah semput, dah tak de nafas lagi, dah rasa macam nak mati lepas melompat2 tu, barulah kami beredar ke tempat lain.

okey, tu je laa intronya... dan seperti selalu, sebahagian gambar untuk perkongsian bersama. cekidaut!

kawasan kat sini sangat luas. and kalau nak sentuh dinding2 tu pun, no prob. tak de orang nak marah...

kasi close up sikit...

bila dah tengok dekat2, dalam otak menyoal, macam mana ek diorang buat semua ni tanpa teknologi canggih? hmm... tapi apa nak heran, kan? zaman sebelum tu pun lagi canggih binaannya...

kami tengok dari jauh je monumen ni. tak larat nak jalan 1 hal. panas pun 1 hal juga...

belalai gajah 'paling berat'... haha

tak tau laa apa yang ada atas tangga ni...


kalau larat nak berjalan sampai ke hujung, silakan... tapi kami dah angkat bendera putih...

barangkali ini kesan2 runtuhan bangunan...

tahan panas, tahan lenguh, tahan lapar... hahaha...

bahagian bertentangan The Elephant Terrace...

cantik kawasan ni dan sesuai sangat kalau nak berOOTD...

dalam 5 minit gitu, kami pun melewati Victory Gate. sama je macam South Gate (anies ada share kat SINI)

berhenti kat sini pun sebab nak ambil gambar je...

patung2 kiri dan kanan Victory Gate ni tak sama macam kat South Gate. boleh pegang ke tak? tak tau laa sebab lepas kena tegur tu, terus tak buat lagi...

ni namanya posing tiang letrik tak ada perasaan...

ni posing namanya 'bila tuan tanah dah buang tabiat' hahaha

well... tu je laa perkongsian hari ni...

thanks 4 reading...

daaa...

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

38 Your Words of Lo♥e

  1. puas belajar sejarah jelah kat cambodia ni..hehe.tapi memang selalu fikir benda sama, cmane la diorang dok ukir semua tu walaupun teknologi belum canggih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa kalu apply guru sejarah kat sini boleh dpt kot hahaha

      Delete
    2. ko jangan ajar sejarah liverpool pulak

      Delete
    3. nk ajar tp masalahnya murid dia penyokong setan merah hahaha

      Delete
  2. amboi..dah pandai terbang sekarang..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn xtau cik nor sat lg bleh capai awan😄

      Delete
  3. Itu di daerah atau negara mana Dear Anies?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cambodia... mesti tak baca entry niii

      Delete
  4. Tgk elephant Batu besar betul

    ReplyDelete
  5. nice.. hubby pernah sampai bawak staffs dulu.. kita tak sampai lagi.. tapi panas sangat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. panas jg kak... tp x laa smpi menyengat

      Delete
  6. Pic last tu comel jer..


    Betullah..sementara dtg mood tu kna update laju2.. Lya ni lg la..sendu trs ...

    ReplyDelete
  7. Saya cuba untuk close up wajah insan berbaju kuning itu..

    Tapi tak dapat la pulak..

    Ehem saja nak tahu.

    ReplyDelete
  8. Uniknya tempat ni. Menarik sngt.

    ReplyDelete
  9. lawa semua gambar.. mesti best kan

    Tutorial Cara beli vivix untuk mereka yang nak beli pada harga paling jimat & untung

    ReplyDelete
  10. cambodia ni salah satu wishlist aku...tapi kesiannya kat aku, tak sampai2 lagi...huhu...

    ReplyDelete
  11. Fenomena tuan tanah terbang dalam gambar akhir tu yang mahal :)

    ReplyDelete
  12. Teringin nak pergi tapi apakan daya... Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah 1 hari nnt pasti ada rezeki

      Delete
  13. jenuh lompat nk dpt shoot kerlas 😆😆 nasib salim sporting. kekeke

    ReplyDelete
  14. Tempat ni unik, cantik dan nampak nilai2 sejarahnya, tp klu ptg2 atau malam mesti seram.. nmpk mcm keras juga tempat ni huhu.. tak taulah perasaan tu ada lepas tngok suasana bngunan tu emmm. Nice sharing Anies :)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆