Pesona Terengganu 2015

10:03 am

✿...السلام عليكم✿

Lepas selesai hal kat Festival Sastera Kanak-kanak 2015, kami singgah sekejap kat Pesona Terengganu 2015 (PT 2015) ni. memandangkan ianya cuma berada kat 'tingkat atas' je, jadinya tak perlu laa nak menapak jauh2 semata2 nak tengok apa yang best nyer Pesona Terengganu tahun ni.

sebenarnya PT 2015 ni terbahagi kepada dua bahagian. satu bahagian berlangsung kat Dataran Merdeka (29 - 31/10/2015) dan satu lagi diadakan di Dataran DBKL (29/10 - 2/11/2015). kami cuma pergi kat Dataran Merdeka je sebab tak larat daa nak berjalan sampai ke Dataran DBKL tu.

mmm... apa kata kita bercerita dengan gambar yang tak seberapa ni ek?

pintu gerbang menuju ke tapak ekspo PT 2015. cuaca macam mendung tapi hakikatnya panas berdenting!

kat Dataran Merdeka, ada dua buah khemah besar. satu untuk Ekspo Pembangunan dan satu lagi Ekspo Pengguna. kami masuk sini sebab ada banyak makanan... hahaha

booth2 yang mengambil bahagian. selain makanan, ada pakaian seperti songket dan batik, seni ukiran kayu, barangan kecantikan dan kesihatan, agen pelancongan etc.

kuih-muih tradisonal dari Terengganu. siapa orang Terengganu kat sini, sila angkat tangan? hah... kalau terer... acu sebutkan semua nama2 kuih kat atas ni! kalau berjaya, anies belanja ais krim seketoi ;-)

sorry gegar laa pulak... nak snap gambar keropok sebenarnya...

kami menapak dari satu booth ke satu booth... orang pun tak ramai petang tu... almaklum laa... bukan weekends...

pekena keropok lekor pure punyer... kalau kat KL ni, rasa tepung je. kat sini, dapat yang betul2 rasa ikan. tak liat walaupun dah sejuk. and tak sengal rahang bila mengunyahnya ;-)

ni, khemah besar yang satu lagi yang menempatkan Ekspo Pembangunan. tak ada apa yang menarik sebab lebih kepada pameran hartanah. so we ols kureng sikit bab2 gini ;-)

banyak benda tengah set up. al maklum laa... masa kami datang ni, baru hari pertama.

last but not least... sebelum balik.... dah lama nak ambil gambar macam ni. suka sangat sebab macam poskad. hati banyak senyum bila tengok awan yang membiru. ye laa kan... berbulan2 duduk dalam jerebu. Alhamdulillah... nikmat Tuhan mana yang nak kau dustakan?
more info: pesonaterengganu
daaaaaa

Kisah Silam Untuk Masa Depan

19 Words of Lo♥e

  1. saya bukan orang ganu ... tapi kuih taik itik, jalas emas semua tu tah pernah cuba :)

    ReplyDelete
  2. syok la ... dapat pergi expo macam ni :)

    ReplyDelete
  3. Salam singgah sini anies...gambar last tu memang cantik sangat..

    ReplyDelete
  4. saya bukan org terengganu...so xdapatlah teka..hihik

    ReplyDelete
  5. Saya jiran Teganu, org Klate. Macam kenal kuih2 tu, tapi lupa nama. :P

    ReplyDelete
  6. Salam Anies,

    Akak datang sini jejalan sambil tag awk untuk segmen nie....jom join jom
    http://rianalittlecuties.blogspot.my/2015/11/be-on-fixqrimaleks-bloglist.html
    hihihi meh lah...hihihi ;)

    ReplyDelete
  7. memang saya nak pi event ni tapi time tu tengah acah2 busy siapkan semua assignment bagai sebab nak balik cuti mid sem dengan hati yang tenang hahaha

    ReplyDelete
  8. Wah seronoknya pergi pesona Terengganu akak. Meriah dengan macam-macam yang ada.

    ReplyDelete
  9. batik n songket terengganu cantik kan...makanannya pun sedap semua...kak anakcucu org trengganu tapi kak org phg..

    ReplyDelete
  10. banyak la membeli ye Anies..heheh

    ReplyDelete
  11. cantik gambar last tu ! :D

    ReplyDelete
  12. Kalau kepok ganu..mesti rase ikanggg

    ReplyDelete
  13. bila dah dok luar Kl ni , mmg x rajin nak pi KL ...

    ReplyDelete
  14. bab makan mestilah laju kan...haha

    ReplyDelete
  15. Nak jugak keropok lekorrrrrr tu...waaaaa sedapnya..:)

    ReplyDelete
  16. assalam anis..kita orang ganu..hihihi.
    hari ahad baru jelajah festival sastre n pesona terengganu.
    my opinion, makanan yang dibawak kekl ni tak berapa sedap dan sangat mahal. contohnya, pulut lepa(pulut panggang) rm 1 sebatang dan bila makan terburai pulutnya. sangat frust sb kita orng terengganu so tastenya tak sama macam yg ada di terengganu.

    ReplyDelete
  17. kopok ekor! kopok losong pehh sedapp!

    ReplyDelete
  18. keropok lekor terengganu yang terbaik.. asli dan banyak ikan..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆