6 Sebab mengapa kita membazirkan wang

11:00 am

✿...السلام عليكم✿

Adakah anda sanggup keluarkan wang satu ringgit dari poket anda dan koyak-koyakkannya? Pastinya jawapan anda adalah, TIDAK. Sebab apa? Sebab anda tidak akan membazir wang sebegitu. Tetapi, tanya pada diri sendiri. Pernah atau tidak anda membeli majalah atau buku, dan meletakkanya ke tepi di mana kemudian anda tidak sempat membacanya? Atau membeli baju baru, dan hanya sedar selepas beberapa bulan anda hanya memakainya sekali sahaja? Pernahkah anda membeli sesuatu yang anda rasakan amat anda mahukannya, tetapi, sedar tak sedar, anda tidak perlukannya?
Pastinya pernah bukan? Ianya terjadi pada ramai antara kita.
Apabila melihat wang ringgit di tangan, semestinya kita sayangkannya  oleh kerana penat lelah kita bekerja untuk mendapatkannya. Tetapi, bila datangnya masa untuk berbelanja dan membeli, adakalanya nilai barang yang dibeli sudah tidak dapat dilihat, dan di sini pembaziran pun berlaku.

Berikut adalah 6 sebab mengapakah pembaziran berlaku:
Memberi alasan untuk berbelanja
Kita sering memberi sebab mengapa kita perlu berbelanja, seperti "aku dah kerja keras, aku berhak berbelanja untuk kepuasan diri". Tidak kira, sama ada untuk membeli sesuatu yang mahal, makan minum yang mewah atau percutian diluar kemampuan. Adakalanya juga kita yakinkan diri sendiri untuk menjaga ego kita bahawa kita mampu berbelanja sedemikian.
Tak mahu dilihat kedekut
Adakalanya kita fikirkan apa orang lain berangapan tentang kita. Kita rasakan orang akan menganggap kita kedekut sekiranya kita kurang berbelanja. Untuk meningkatkan keyakinan diri, kita berbelanja supaya mendapat apa yang dianggap persetujuan dari orang lain.
Kita berasa sukar untuk memahami kewangan
Alasan tidak memahami perihal kewangan juga sering diberi, seperti, "aku tak pandai dengan angka", "aku tak akan jadi kaya", sukarnya memahami pelaburan" dan sebagainya. Alasan sebegini juga mengukuhkan lagi sebab mengapa kita perlu berbelanja dan membazir dan tidak pula menyimpan dan melabur.
Suka pada kepuasan sebentar
Apabila emosi menguasai perasaan ingin membeli, pastinya kita akan membeli sesuatu itu, tidak kira sama ada perlu ataupun tidak. Kepuasan sementara yang dialami apabila mengeluarkan wang dan mendapatkan sesuatu itu dirasa bagaikan satu nikmat yang amat sangat.
Tidak mengaku (atau tahu) berapa sebenarnya perbelanjaan kita
Pernahkah kita mengira berapa sebenarnya perbelanjaan bulanan anda dengan tepat? Selalunya tidak. Mungkin anda mengira bil telefon anda, bayaran rumah, ansuran kereta, bajet makan minum sebulan, serta anda juga mengira wang untuk hiburan dan sebagainya. Tetapi, bagaimana pula dengan perbelanjaan yang datangnya sekali sekala seperti bayaran insurans kereta dan cukai jalan, bayaran servis kereta, baik pulih rumah, temujanji doktor gigi setahun sekali dan sebagainya? Adakah perbelanjaan sekali sekala ini dikira dalam bajet bulanan? Selalunya tidak dan ini yang mengakibatkan kita tidak dapat lihat perbelanjaan sebenar dan mengakibatkan pula kita berbelanja lebih.
Melengah-lengahkan masa menguasai wang
Saya yakin ramai antara kita ingin memperbaiki kewangan diri. Sama ada dengan cara ingin melabur, atau ingin memulakan perniagaan atau ingin pelajari skil baru untuk menambahkan lagi pendapatan. Namun, kita melengah-lengahkan masa dan tidak meletakkan ini sebagai  prioriti. Akibatnya, kita berbelanja dam membazir sehingga tiba waktu yang terbaik untuk kita mulakan langkah kita memperbaiki kewangan.
Dengan memahami dan mengetahui sebab kita membazirkan wang, maka kita setapak lagi kehadapan dalam memahami tabiat kewangan kita. Mudahan kita akan ingat 6 sebab ini sebelum kita melakukan pembaziran.

sumber: emel Irfan Khairi

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

19 Words of Lo♥e

  1. PEMBANZIRAN YG XKITA SEDARI TERUTAMA MASA YG DILEWATKAN UTK MEMULAKAN SESUATU YG DIRANCANG

    ReplyDelete
  2. moga kita dapat menjauhkan diri dr berlaku pembziran lebih2 lg di zaman GST ni

    ReplyDelete
  3. sebab pertama tu yang selalu menyedapkan hati.. padahal berbelanja dah melebihi keperluan.. insaflah wahai aiza.. hehe..

    ReplyDelete
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  5. Thanks for the tips.
    Kadang2 tu suka suki beli esp masa sale. Konon2 murah & rugi kalau tak beli. Lepas tu, tak pakai pun..Membazir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann sis fidah .. samalah dgn kita...

      Meh sep sep sikit ...

      Delete
  6. salah satu faktor husna sebab suka habiskan duit dekat makanan.. dek kerana kepuasan sebentar tu lah yg payah sikit nak menabung.. tp bila start ikuti fb azizul azli ahmad, dan tuiter kewangan graduan, husna dah ada sikit saving..:)

    ReplyDelete
  7. betui tu sis.. Ahlam dulu mcm 2 jgk.. bila da kerja terasa keperitan tu nk kumpul duit.. so sentiasa tnya pd diri klu nk beli sesuatu samaada kehendak atau keperluaan.. sbb Ahlam letakkn keperluan melebihi kehendak..alhamdulillah enjadi pd Ahlam... hehehe ni tips Ahlam la..

    ReplyDelete
  8. bener banget kak anis, saya sering banget belanja kalau pas ada uang banyak hehehe :D

    ReplyDelete
  9. Betul tu. sepatutnya kena berjimat cermat sedikit zaman barang-barang naik harga.

    ReplyDelete
  10. seboleh-bolehnya, kawal lah perbelanjaan kan.. sebab sara hidup sekarang tinggi. huhu T_T

    ReplyDelete
  11. Yang pertama tu betul sesangat.

    ReplyDelete
  12. setuju sesangat...duit kuar sikit-sikit, lama-lama banyak gak habis tapi x sedar

    ReplyDelete
  13. kekadang tu dah rase berjimat cermat tapi still berbelanja juga..

    ReplyDelete
  14. Haha .... comel pesanan ni ...

    Ntah lah ... kadang2 lokek nk spend utk diri sendiri tapi tak lokek spend untuk orang...
    Tapi kalau stress... cenderung untuk mengabis kan duit bershopping apaaaaa sahaja...
    Shoping tu bagus juga untuk terapi stress...

    Hahaha...

    ReplyDelete
  15. Bila dah kerja, cari duit sendiri bayar hutang, bayar sewa rumah semua, baru kita terasa betul sayang nak bazirkan duit sendiri. Nak-nak pulak dengan ekonomi sekarang, emmang kena lebih berjimat. Kalau jumpa orang yg suka bakar duit (read:smoking), rasa geram je. Haish.

    ReplyDelete
  16. Tulisannya sangat inspiratif, salam kenal ya saya dari Indonesia. Terima kasih infonyaa

    ReplyDelete
  17. kita mcm byk jugak ciri2 membazir cam dlm list ni... tiba2 kita muhasabah diri... thx sbb igtkn kita :D

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆