#NuffnangMyWin #NNPremiereScreening #VictorFrankenstein

10:52 am

✿...السلام عليكم✿


Sinopsis: 

si bongkok yang tidak bernama tinggal dan bekerja di sebuah sarkis di bandaraya London. Meskipun fizikalnya kelihatan seperti seorang OKU, namun si bongkok mempunyai akal yang cerdas. Dia sangat meminati bidang anatomi manusia dan sering menghabiskan masa dengan menelaah buku2 fizik dan biologi meskipun ditertawakan oleh rakan-rakannya.

Satu insiden berlaku di sarkis telah menemukan si bongkok dengan Victor Frankenstein. Victor mengagumi kepandaian dan ilmu yang dimiliki si bongkok dan dari situ, bermulalah kehidupan si bongkok dengan rakan barunya. Dia diberi nama Igor Strausman.

Kehidupan sebagai Igor bukan seindah yang disangka. Rupa-rupanya Victor mempunyai rancangan di sebalik usahanya menyelamatkan Igor dari neraka sarkis.

Victor, seorang pelajar perubatan begitu tegar untuk menghasilkan idea-idea gila dan Igor, meskipun tanpa rela, terpaksa mengikut kata-kata Victor kerana berasa terhutang budi terhadapnya.

Disebabkan satu peristiwa, Igor mengambil keputusan untuk tidak mempedulikan Victor. Apakah yang dilakukan oleh Igor selepas ketiadaan Victor? Berjayakah Vicor dengan idea gilanya tanpa bantuan Igor?

My review: 

pada mulanya anies sangkakan filem ni macam filem hantu. Tapi rupanya ada unsur2 sains dan fizik di mana mereka cuba mengenengahkan kehebatan sains melebihi segala-galanya. Dari segi jalan ceritanya, ada part yang boleh difahami maksudnya dan ada sebahagian yang lain, seolah-olah membuatkan penonton terpaksa berfikir untuk mengaitkan plot A dengan plot B. dari segi lakonan pula, kedua-dua pelakon utama, Daniel Radcliffe (Igor) dan James McAvoy (Victor) memberikan lakonan yang baik. Cuma watak Victor tu agak kurang sesuai untuk dijadikan sebagai pelajar kolej. Kalau sebagai pensyarah kolej perubatan baru kena kot! (sebab nampak tua – bukan student – haha). pastu, di babak2 terakhir, ada 1 'monster' ciptaan Victor dan 'monster' tu sebijik macam the Grimms, dalam cerita Fantastic Four ;-)

Dari 5*****, anies beri 3 1/2 ***. Filem ini akan menerjah wayang seluruh tanahair bermula hari ini!

Terima ksih kepada pihak Nuffnang kerana sudi memilih anies untuk menghadiri #NNPremiereScreening filem ni.

Victor dan Igor sedang berusaha untuk membunuh 'monster'. credit.

Victor sedang membuat lakaran ciptaan terbaharunya. credit.

makan malam bersama. credit.

official trailer

isi minyak sebelum masuk wayang ;-)


p/s terima kasih kepada kawan2 yang sudi mendoakan kesihatan anies. Alhamdulillah, hari ni dah kurang sikit sakitnya. Tapi bengkak tu masih ada lagi. insya-Allah, petang nanti baru BW. sabaq noo...

Kisah Silam Untuk Masa Depan

26 Words of Lo♥e

  1. tgk gaya mcm best jer moview ni..

    ReplyDelete
  2. sihat dah ke?macam best cite ni.teringin nak tengok adik Harry Porter tu berlakon watak lain dari kebiasaan

    ReplyDelete
  3. Dari apa yang diceritakan memang menarik cerita ni.. Moga sihat selalu :D

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah anies sudah semakin sihat.. best dapat tiket wayang free dari nuffnang.. ;)

    ReplyDelete
  5. wah..dia dah terjah dulu..
    seronoknya..

    ReplyDelete
  6. filem yg seronok ditonton ni bestnya dibelanja nuffnang selalu.

    ReplyDelete
  7. Macam seronok filem sains fizik macam ni. Cerita mat salleh jika macam ni biasanya seronok jalan ceritanya. Boleh pegi tengok.

    ReplyDelete
  8. Tak berapa nak minat sikit, kalau crita sains fiksyen ni .. huhu

    ReplyDelete
  9. sedapnya chatime...lama pulak rasanya tak minum...
    cepat sihat my sayang!

    ReplyDelete
  10. Eh tak perasan dah bagi 3 1/2 bintang..huhu

    ReplyDelete
  11. da lama ruby x tgk wayang..ermm sejak kahwin..hehehhe..

    sedap tu "iisi minyak "
    hehe

    ReplyDelete
  12. Kalau cerita sains, hubby dangan anak2 minat la. Kalau saya, suka cerita romantik :)

    ReplyDelete
  13. Aah, Victor nampak agak tua untuk pelajar kolej. Maybe extend tak pandai habis kut, hiks :p

    ReplyDelete
  14. tak sihat ke anies? cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  15. Ohhh si Harry Potter berlakon ghupenya :)

    ReplyDelete
  16. wah seronoknya ... dah berapa kali dah ni dapat screening dari nuffnang? :)

    ReplyDelete
  17. baca sinopsis pun ... dah rasa macam best jer ni :)

    ReplyDelete
  18. bestnya.. lagi2 dpt tgk free kan.. hehehehe

    ReplyDelete
  19. seronoknya anis.. dapat tengok duluu

    ReplyDelete
  20. Tahniah dapat jemputan dari nuffnang tu best ke citer tu

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆