Kuala Lumpur City Day Run 2019

10:13 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Alhamdulillah... dapat juga join outdoor event bulan ni walaupun register last minit. ada banyak outdoor event lain dan menarik sepanjang bulan Februari 2019 ni tapi kebanyakannya dah close awal. event yang terlepas pandang pun ada. tak apa laa... janji azam 2019 dapat dilaksanakan.

sekadar perkongsian: kalau kawan2 nak join mana2 outdoor event lain yang diadakan SELURUH MALAYSIA SEPANJANG 2019, klik kat SINI ya!

sehari sebelum event, singgah Wisma OCM untuk collect race kit. lemah betul kalau kena masuk KL tengah hari. jammed giler! dah laa cuaca panas...

then, pada hari kejadian, sama macam sebelum ni, keluar sebelum subuh dan solat kat masjid berhampiran.

oh ya... event ni berlangsung kat dataran DBKL... ia juga dilangsungkan bersempena KL Car Free Day.

sebanyak 6 kategori dipertandingkan iaitu:
🎽 15KM Open Men/ Women Malaysian
🎽 15KM Men Junior Veteran Malaysian
🎽 10KM Men Senior Veteran Malaysian
🎽 10KM Women Senior Veteran Malaysian
🎽 7KM Men / Women Junior Open
🎽 5KM Fun Run

since anies pun belum fit sepenuhnya, maka kategori 5KM jadi pilihan. Alhamdulillah, yang penting dapat selesaikan larian kurang daripada catatan masa sebelum ni.

okey laa... macam biasa, tengok gambar2 je ya...

t-shirt dan running bib... basuh siap2.

first time datang sini. Wisma Olympic Council Malaysia. lokasinya berhadapan Stadium Negara dan bersebelahan exit Stesen MRT Merdeka.

ni je gambar yang sempat anies snap masa event tengah berlangsung. entah kenapa tiba2 hp buat hal. kamera tak berfungsi. menyirap betul dibuatnya... banyak moment best terlepas! tapi, lepas race okey pulak!!! arghhhhhhhhhhh!!!!

sebaik saja melepasi finishing line dan collect goodies, rehat sekejap sambil perhatikan gelagat orang ramai... lokasi ni betul2 kat depan halaman DBKL...

para peserta yang ambil bahagian... nampak sikit, tapi sebenarnya ramai...

para peserta menunggu pengumuman para pemenang...

flag off kat sini untuk semua kategori... betul2 sebelah bangunan DBKL a.k.a Dataran DBKL...tapi masa ni dah selesai. namun masih ada runners jarak jauh yang baru sampai finishing line... 

matahari dah tinggi... masa untuk pulang.... tapi sebelum tu...

penyampaian hadiah untuk para pemenang setiap kategori...

sesuatu yang dirindui sejak sekian lama. apa lagi kalau bukan van Milo!!! dia punya queue panjang giler!!! tapi bila dapat teguk, terbang semua masalah. yang jadi masalah, kenapa bila kita buat milo tak sama macam air van milo ni??? whyyyyyy?????

last but not least... mestilah ada finisher medal, kan? anies punya medal satu je. yang satu lagi tu pinjam dengan orang. then beg woven warna merah tu, dalamnya berisi goodies

#misinakpakaikebayanyonyarayanantitetapditeruskanwalaupunmakanbanyak

okey tu je perkongsian hari ni...

thanks 4 reading and happy weekends!
daaa

Kisah Silam Untuk Masa Depan

45 Words of Lo♥e

  1. seronoknya join event mcm ni.. dah lama tak buat aktiviti berlari cmni.. huhu

    ReplyDelete
  2. omaiii bestnya..anies nnti kite g sama la klo ade event cmni..kite xde genk hihihi

    ReplyDelete
  3. Wah.. Meriah betul aktiviti macam nie.. Boleh pula camera buat hal ye Anies.. tak dapatlah nak rakam memori menarik.. Tahniah tau Anies.. semoga misi kebaya tercapai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa pasal. tekan2 hilang... tension dibuatnya

      Delete
  4. Wih ada Van Milo.. Kalau di kota Medan jarang jumpa Van Milo, yang ada cuma stand-nya aja kak.. Kalau ada Van seperti ini, jadi pinginla ikut lari :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. van milo memang sinonim dengan memori anak2 di sini... jomlah!

      Delete
  5. KL pun ada car free day juga ke? Tak tahu pula sebelum ni :O

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama dah buat car free morning ni. rs nya dah msk tahun ke 5 kot

      Delete
  6. air milo yang dibancuh oleh van tu adalah pati milo..


    just campur dan kacau sahaja..

    letak ais...sedap la
    biasanya pati milo tidak dijual untuk pasaran domestik selain untuk khas bisnes

    ReplyDelete
  7. Senang juga hati tengok tengok gambar, serase ade di sana...5 KM, boleh juge

    ReplyDelete
  8. Wuuiih!! Keren tempatnya bisa bikin betah dan berlama2..😄😄

    ReplyDelete
  9. Great 👍
    Akhirnya nambah satu lagi prestasi kak Anies ...
    Terus berprestasi, kak 👌

    ReplyDelete
  10. ramai jugak tpi sya x tau ada acara tu huhuhu
    saya duduk gombak

    ReplyDelete
    Replies
    1. klik je link yg sy beri tu. kt gombak pun ada buat larian mcm ni

      Delete
  11. wahhhhh seronok tengok bila org join running event camni tapi bila diri sendiri nak join tetiba terasa sakit-sakit sendi pulak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa laa tu mula2 dah start payah nk stop nnt

      Delete
  12. Wah! tahniah Anies berjaya join aktiviti sihat dan aktif ni.

    ReplyDelete
  13. Tq for the good info. Mmg tengah tercari2 event larian utk 2019 ni.

    ReplyDelete
  14. dh penat berlari..dpt minum air milo tu heavean kan

    ReplyDelete
  15. Gaya hidup sihat dan lebih aktif..

    ReplyDelete
  16. Awal prepare nak pakai kebaya raya ni..semoga tercapai..aamiin..

    ReplyDelete
  17. hello beiibbyyy ,,,,,,
    ni kita bocorin sdkt rahasia yaaaa,,,hmmm,, ap ya kira"? hehehe
    RAHASIANYA ,,,, ad promo loh di WWW.FANSBETTING..CO
    nah untuk itu bisa langsung add aj kontak kmi dan bertny" lebih lanjut untuk info PROMONYA ya
    >>>fansbetting<<<BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting
    kami ucapkan semat siang dan selamat beraktifitas ya guyssssssss thankyouuuuu ^O^

    ReplyDelete
  18. Wah, rajin Anies join event run begini! Syabas beti 😀

    ReplyDelete
  19. wah warna tshirt dua ijauuuu nyala..!! hehe dari jauh nampak dah =P

    ReplyDelete
  20. Wahh happening.. meriahlah.. bilalah nak berlari tahun ni, tak sempat join mana2 larian lagi ni huhu

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆