Hong Kong: shopaholic abroad - Stanley Market

11:47 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sebelum tu:

SINI
SINI
SINI
SINI
SINI

sudi-sudikanlah untuk klik link kat atas tu in case korang nak cari itinerary ke HK/ Shenzhen. mungkin tak berapa nak lengkap, tapi sekurang2nya korang dapatlah nak bayangkan situasi bila dah sampai sana nanti.

okey, anies sambung balik jalan2 kami ke HK ni. kalau korang nak tau, misi ke Stanley Market ni sebenarnya nak cari kain ela. hahahahaha... tak dapat kain ela kat Ladies Market, kami cari kat Shenzhen. tak dapat kat Shenzhen, kami cari sampai Stanley Market.

kalau tak dapat juga?

haaa... tu korang kena laa baca sampai habis entry ni... sama ada kami dapat ke tak kain ela untuk buat baju raya... or... kami just bawa balik plastik kosong...

sebelum tu, tiada MRT terus ke Stanley Market. jadi korang terpaksalah ber'amazing race' macam kitorang tersesat 15 minit. means, korang kena laa guna pengangkutan awam untuk sampai ke sana.

cara nak ke sana senang je. kalau ikut cara kami, menggunakan tram, kami turun di Paterson Street. dari situ korang akan nampak footbridge berbentuk bulat. korang naik footbridge tu dan seberang jalan. 

kemudian turun ke sebelah kanan dan jalan ke depan sikit sampai korang jumpa signage Jardine's Bazaar. dari situ korang akan nampak ada orang berkumpul kat bus stop. dan kat situ laa korang boleh naik public light bus terus sampai Stanley Market.

harga tambang? hmmm minta maaf laa sebab kitorang guna Octopus card. so kitorang just scan je. kalau tak de Octopus card, korang boleh bayar dengan tunai.

anies bercerita dengan gambar laa yek! kali ni, gambar baaaaaanyak hasil gabungan mantap antara Mat Salah dengan Mat Betul

kalau mesti cari signage ni sampai dapat. tak dapat, Google map kan hado... 

kalau jumpa signage public light bus ni maknanya dah betul laa tu arah korang... 

nampak tak tu... nombor bus dan arah laluannya. ya, kita akan ke Stanley Market!

ni laa public light bus nyer... walaupun ramai yang beratur, jangan bimbang. turn korang akan sampai juga. tak de laa lama sangat menunggu. dalam 5-10 minit bas dah sampai.

suasana dalam light bus. senyap je... pastu air cond boleh tahan sejuk gak laa...

perjalanan kami memakan masa lebih kurang 45 minit. agak jauh juga laa Stanley ni. hujung HK ko... so, sepanjang jalan korang boleh laa tenog dari jauh taman tema HK yang pemes tu iaitu Ocean Park.

kalau tak silap, masa ni kami melalui Repulse Bay. kat sini banyak rumah2 mewah dan besar. mungkin rumah2 artis HK pun ada kat sini. 

Alhamdulillah... lepas sesat barat (sebelum sampai) akhirnya kami sampai juga. misi mencari kain ela pun bermula. yeahhh!!!

seberang jalan Stanley Market ni perhentian bas. so nak balik ke Central akan naik kat sini...

tak tau laa apa motif mem besar amik gambar ni. oh ya... public toilet kat dalam bangunan ni tau. kat tempat lain kami tak jumpa...

bila nampak view ni, maknanya korang dah sampaiiiii.... SM!

ada ke kain elanya? jom cari!

dari satu kedai ke satu kedai, kami menapak... bila dah tengok sebahagian barang2 yang dijual kat sini... maka....

ketahuilah kami bahawa sesungguhnya...

tiada kain ela di sini!!!! 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

jadi, mengubat hati yang lara, kami merayau ke belakang Stanley Market ni... ada pemandangan cantik kat sini... yeahhh ada laut!!


 gigih tau kami panjat batu2 ni sebab nak posing walaupun panassss!!

🎵🎵 Merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut
Lihat bintang di angkasa
Purnama menerangi gelapku
Dan bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru
Duniagamat bunyinya
Sunyiku hanya Tuhan tahu🎶🎶

now... it's time for... posing sakannnn!!!!





lebih kurang 2 jam plus plus kami pun meninggalkan Stanley Market dengan perut penuh hahaha... sempat juga laa beli beberapa barang walaupun tak dapat kain ela sob! sob!

kami terus ke perhentian bas. memandangkan misi kami belum selesai lagi, jadi kami perlu rujuk papan tanda ni ke mana hala kami bila sampai di Central nanti...

menunggu pintu bas dibuka...

dalam bas dengan air cond sejuk giler... perjalanan balik ke Central tak ikut laluan yang kami datang tadi. laluan balik ni memang banyakkkkkk corner lipat. kalau korang jenis yang cepat mabuk, nasihat anies cepat2 laa sediakan plastik. lagi satu, bukan je banyak corner lipat, tapi kat sebelah corner lipat tu siap ada gaung yu ols!!! driver bas selamba je buat kona baring. kami dalam bas ni dah tegang urat perut... grrrr.. .sabo je laa..

sebahagian gambar: credit blogger Sal.

okey... tu je laa cerita jalan2 kami yang separa bershopping ni... kalau ada apa2 nak tanya, drop je kat ruangan komen kat bawah. insya allah anies akan cuba jawab ya...

thanks 4 reading... p/s gigih berBW💪💪💪😀 jap lagi anies sampai kat banglo korang tu


YNWA Liverpool! eh eh... tetiba...

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

31 Your Words of Lo♥e

  1. Thank you sudi singgah banglo Hana hehehe! Siap spam lagi! Ahaks! :3 btw nice trip as always! ^^ nanti ajaklah Hana skali! Hahaha ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2

      bolehhh bila tu? just britau je ;-)

      Delete
  2. wah..dh sampai sini. advance. nak link jelah, malas nak taip. hahaha.

    ReplyDelete
  3. wahhh seronoknya...nak ikut jugakkk !

    ReplyDelete
  4. Sabar ye Anies,kain ela xde, ela pun xde...

    ReplyDelete
  5. ke sini pulak dah dia.. jalannn je ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak yan pun sm jg kan... jalannnn je ;-)

      Delete
  6. kemain possing leh arr apply jadi model lps ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha xckp ketinggian nk jd model

      Delete
  7. lama x terjah kat sini...ke hongkong plak anies...byk entri dah terlepas ni...x dpt g hongkong dpt tengok gambar2 ni pun..jadi lah..

    ReplyDelete
  8. so,kat mana pulak nak cari kain ela nya? hehee... berusaha lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. blk kl cr kt nagoya waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

      Delete
  9. Wow adventurous nye korang ni. Bestnya kalau berani macam Anies

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pun gigil jg kepala utut ni wahidah ;-)

      Delete
  10. Wah2...jeles la dgn anies nii huhu
    Bestnyaaaa

    ReplyDelete
  11. X sure dh komen belum. Haha. Travel g hk ni mmg trip gila tp seronok. Nanti leh travel sama2 lg k

    ReplyDelete
    Replies
    1. x nk laa... nnt ko mesti nk bw abam sanchez skali kan???

      Delete
  12. Soalan poyo saya..

    Hong Kong panas tak atau suhu sama seperti di Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. x sama... ada yg ckp ms terbaik utk ke sana bln jan - mac sbb sejuk sikit

      Delete
  13. Mcm2 lokasi berjalan tu.. mmg seronok dan meriah tambahan ada geng yg sekepala.. lagilah happening :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa antara kelbhn x pegi ramai2😆

      Delete
  14. Tak menahan bila tengok gambar awek duduk atas batu sambil merenung laut tu...hihi

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆