✿...السلام عليكم✿
Akhirnya! (sila baca seperti Anita Sarawak)
ya.... akhirnya.... sampai juga ke penghujung
perkongsian JJCM @ Mesir ni. fuuuuhhhh...
tarik nafas panjang2... thumbs up (jari sendiri)
kat mem besar kerana begitu gigih dan
bersemangat
assignment' ni (masa study dulu kenapa
macam tak gigih je bila kena buat
assignment? ngeh ngeh ngeh)
sebelum cerita lanjut, just nak 'ghoyak'...
apa sahaja yang anies share kat blog
tentang Mesir ni hanyalah sekadar
info tambahan. tujuannya hanya satu...
mana laa tahu... kelak ada rezeki yu ols
untuk berkunjung ke Mesir nanti,
bolehlah skodeng2 blog ni. kalau
pergi dengan travel agency,
tu lain ceritanya.
okey, back to the title. anies memang
sengaja up cerita kat Piramid ni di
akhir catatan
sebab... ianya berlaku di luar jangkaan!
memang excited bila kak ngah beritahu
yang kami akan pergi tengok Piramid
(pada hari ke-3 di Kaherah) sebab itu
termasuk dalam wishlist anies. (rasanya
sesiapa yang datang ke Mesir ni of coz
laa... 1st thing nak tengok Piramid kan?)
namun, kita harus akur... bukan semua
yang dirancang akan menjadi.
bercerita dengan gambar okey tak?
dari kecik sampai laa ni... memang selalu dengar laa pasal Piramid ni kan... even dalam subjek Maths pun, dok pot pet pot pet pasal Piramid. and now, ianya dah berada di depan mata! salah satu daripada 7 keajaiban dunia kini hanya berada lebih kurang 700 meter sahaja!! FYI, bahagian bawah Piramid tu, bentuknya berubah kerana hakisan angin. manakala Sphinx pula berada kat tengah2 (bawah huruf T)
pun begitu, apakan daya... hampa sangat2 bila kak ngah beritahu entrance fee naik 3 kali ganda!! dari EGD15 naik ke EGD60!!! adezzzzz.... kami sempat berkira2 sekejap. nak masuk ke, tak nak masuk?? nak masuk ke, tak nak?
dalam berkira2 nak masuk tu, orang ramai dah mula serbu kaunter tiket. (masa ni baru dalam pukul 8 / 9 pagi) tak cukup dengan tu, peniaga2 kecil dah mula 'mengendeng2' kat kita... minta kita beli barang2 mereka. ya, memang kesian tapi tak boleh nak buat apa2 sebab kami tak convert lagi duit dolar ke duit Mesir (except kak ngah)
masih berkira2 nak masuk ke dalam... tetiba hujan mulai turun... ustaz yang turut mengiringi kami pada hari tu menasihatkan kami agar beredar sebab hujan pertama yang turun kat sini 'tak sesuai' dengan kami. bila tanya kenapa, ustaz senyum je... maka dengan hati yang berat, kami pun beredar...
program saound and light ni cuma berlangsung pada waktu malam je... tapi sebenarnya anies nak snap gambar keldai tu... nampak tak? itu juga salah satu sebab kenapa kami terpaksa beredar dari kawasan Piramid ni... (segan nak cakap sebenarnya - area kat Piramid ni agak kotor dan berbau - bau najis haiwan)
tak dapat masuk tak mengapa laa... senyum kat luar kawasan je laa (pujuk diri sendiri). lagi pun, kata ustaz... pergi ke tempat2 macam ni, hukumnya bukannya wajib (tak pasti, hukumnya HARUS atau MAKRUH - bagi orang Islam). kalau datang buat kali kedua, dah jadi HARAM! hah, HARAM? yap! sebab Piramid ni kan kubur Firaun. dan Firaun memang sudah terkenal sebagai PENDERHAKA kepada Allah SWT. so, kenapa kita mesti melawat kubur seorang penderhaka kepada Penciptanya kan??
bye2 Piramid. ma'as salamah wa ilal liqa' Mesir. insya Allah... panjang umur dan ada rezeki, kami akan datang lagi. bukan datang ke Piramid tapi mungkin ke tempat2 yang lain pulak...
p/s kak ngah, kita gi Aswan nak tak?
tak pun Siwa... err... ada sesapa nak ikut? ;-)
air mata, ketawa, senyum, jatuh bangun, suka dan duka sepanjang 2014 adalah sejarah yang mendewasakan. mari harungi lembaran baru dengan semangat yang tinggi. welcome 2015!
TERIMA KASIH KEPADA KAWAN2 YANG SUDI DROP KOMEN2 KAT SEMUA ENTRY JJCM @ MESIR NI. SEMUA PERTANYAAN AKAN ANIES JAWAB KELAK. TERIMA KASIH DAUN KELADI.