Bibliotheca Alexandrina @ Iskandariah : biarkan ilmu mewangi... selamanya...

12:00 pm

✿...السلام عليكم✿

Sekadar mengungkit sejarah....

Bibliotheca Alexandrina (BA) a.k.a 
Maktabah Al-Iskandariah merupakan
sebuah perpustakaan yang diasaskan
oleh Ptolemy 1 (Soter) pada 288 BC 
dan pernah suatu ketika dahulu, menjadi
lambang kemegahan para ilmuan tersohor
serta pusat kegemilangan ilmu serantau.

ratusan ribu buku dan manuskrip dikumpulkan
di sini tetapi sayangnya, ketika pemerintahan
Julius Ceasar, beliau dikatakan telah
bertindak membakar perpustakaan tersebut
dan sekaligus melenyapkan khazanah
berharga yang tersimpan di perpustakaan
ini yang suatu ketika dahulu dipanggil
The Royal Library of Alexandria.

pada hari ini, bangunan yang dibangunkan
semula pada tahun 2002 (di atas tapak
asal Library of Alexandria) terdiri megah
sebagai pusat ilmu, muzium, penyimpanan
manuskrip berharga serta rujukan dan
sebagainya menjadi tumpuan, bukan sahaja
orang tempatan, malah juga pelancong dari
luar termasuklah bibliophile.

klik kat SINI untuk mengetahui sejarah BA.




termasuk dalam wishlist anies, library ni
benar2 menggamit anies untuk mengunjunginya.
mana taknya? daripada pembacaan anies,
mengatakan bahawa BA ni merupakan
perpustakaan tertua di dunia. of coz laa...
nak tengok dengan mata kepala sendiri.
sejauh mana 'bersejarahnya' BA ni.

anies ke sini sebanyak 2 kali. first hanya
sekadar melawat kawasan luar je. dan kali
kedua, barulah berpeluang untuk meneroka
'isi dalamannya.' tu pun lepas baik demam...

so, cekidaut!

BA - bahagian hadapan... dihiasi pelbagai alphabet dari seluruh pelusuk dunia termasuk alphabet kuno yang digunakan ketika kegemilangan Tamadun Nil.

BA sentiasa menjadi tumpuan student 24 jam. ditambah pulak, bersebelahannya adalah Faculty of Commerce, University of Alexandria.

BA - dari sisi. terdapat kafe yang menyajikan masakan Perancis, tapi tak try pun...

di halaman BA - dipenuhi pelbagai info berilmiah seperti di atas - tentang kitaran bulan.

masih di halaman BA, tugu Alexander the Great - dikatakan pengasas / pembuka kota Iskandariah (Alexandria) dan dari situ nama bandar ini diperoleh...


jom, kita tengok bahagian dalam BA pulak...


sebelum masuk, pelancong kena bayar EGD2 (RM1). boleh digunakan untuk melawat seluruh bangunan kecuali muzium (kena bayar). kalau student, tunjukkan matric card je... beg, tak dibenarkan bawa masuk kecuali dompet atau beg laptop. tapi jangan risau, tempat penyimpanan beg ada disediakan...

bahagian atas BA. FYI, BA mempunyai 11 tingkat dan setiap tingkat mempunyai himpunan buku dari seluruh pelusuk dunia dan Malaysia juga tidak terkecuali.

bahagian bawah BA. sentiasa penuh dan bertambah sesak time exam... biasa la tu kan... kat Malaysia pun 2x5 jugak... oh, ya! berhampiran rak2 buku, diselitkan sekali barang2 / artifek bersejarah seperti mesin pencetak, mesin taip lama dsb.

replika BA. bahagian yang curam (menurun) tu sebenarnya dipenuhi air. dari jauh, nampak bangunan ni seolah2 macam dalam air. tapi masa anies datang tu, tak ada air pun. kak ngah kata, dah lama dah kering air tu...

boleh baca sendiri kan?? tak reti baca? alahai Temah oiiii.....

last but not least. sebelum balik... di hadapan pintu masuk BA. muka mem besar yang sembab dan mata bak dracula. baru baik demam rindu... sian...


p/s pejam celik pejam celik daa masuk Disember... 

hasrat di hati memang nak snap gambar banyak2 tapi sayangnya, certain part dalam BA ni tak boleh snap gambar... ;-(

Kisah Silam Untuk Masa Depan

29 Words of Lo♥e

  1. subhanallah..cantik dan luasnya permandangan.tq sb sudi berkongsi

    ReplyDelete
  2. baru nak tanya, boleh plak tangkap gambar dalam library..jelesnya dapat gi library ni!

    ReplyDelete
  3. Wah bangunan dan arsitekturnya megah ya kak :)

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan.
    Nice sharing pasal BA. xpernah tahu,bru tahu ni

    ReplyDelete
  5. Besau betul BA tu.
    Murah lah RM1 je bayaran masuk.

    ReplyDelete
  6. sebelas tingkat memang lah besar ...

    ReplyDelete
  7. semoga khazanah ilmu warisan sejak lama terus terpelihara...

    ReplyDelete
  8. Wah bestnya bercuti ke tempat yang mempuyai sejarah yang hebat

    ReplyDelete
  9. anies ! bestnyer jejalan..bila la cn nak ke sini, berapa tahun ler kena menabung gamaknyer..hehe

    ReplyDelete
  10. Wow..tempat buku2 dia cemana..gambar?heheh

    ReplyDelete
  11. senireka bentuk yg sgt2 unik kan..sukanya..huhu..mcm tgk cerita omputih mumia2 tu pulak..ley cmtu..hehe..

    ReplyDelete
  12. bestnya anies.. untunglah.. dpt jln2 kt org, dpt timba pgalaman dpt ilmu...

    rezeki kn

    ReplyDelete
  13. wow..megah nian perpustakaannya...kapan ya saya bisa main kesana..
    keep happy blogging always,,,salam dari makassar :-)

    ReplyDelete
  14. kak Anies enak sekali ya jalan jalan terus nih ceritanya :)

    ReplyDelete
  15. Salah satu tempat belajar yg pernah saya idam dulu.. tapi rezeki dpt kat tempat lain. Tak pelah.. dpt juga tengok gambar2 terkini kat blog Anies ni.. thanks sharing Anies.. :)

    ReplyDelete
  16. patut la menghilang.. rupanya ke tanah arab. hehee.. sayangkan buku2 lama terbakar.

    ReplyDelete
  17. Salam Anies...bestnya dpt melawat negara org..byk tpt yg cantik2 tu

    ReplyDelete
  18. arghhh bestnyee.. pernah dengar je tempat nie.. dapat jugak tengok isi dalamnye..hihi.. :)

    ReplyDelete
  19. Besarnya library tu... Penuh dengan sumber ilmu...

    ReplyDelete
  20. wahhh suka tgk bhgian dpn tu ada alphabet mcm2 tu.. unik la kak!

    ReplyDelete
  21. Assalam anies,
    saaanteekkknya library kan3

    ReplyDelete
  22. Wow besarnya tempat nie anies..sgt menarik..=D

    ReplyDelete
  23. Singgah sini...
    kagumnya tengok tempat tu...bila lah dpt pergi..

    ReplyDelete
  24. Besar betul library tu... 11 tingkat pulak tu... seronok kalau dok membaca dlm tu sure byk buku boleh khatam.. suasana pun mcm best...

    ReplyDelete
  25. Wow cantiknya..bilalah agaknya dapat ke sana.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆