Dating kat persisiran laut Mediterranean @ Abu Qir, Iskandariah

1:23 pm

✿...السلام عليكم✿

Perubahan suhu sememangnya memberi
kesan kepada sesiapa sahaja bila berada di
negara yang iklimnya tak seperti di Malaysia.

genap seminggu di Mesir, akhirnya
anies tersungkur jua. pada mulanya ingatkan
sebab keletihan berjalan sana sini,
rupa2nya bukan... sok sek sok sek hidung ni...
suara tak payah cakap laa...
Ella, kalau dengar pun dia surrender.
pastu ditambah pulak suhu yang
semakin mencengkam bila waktu malam.
kalau yu ols tengok, memang dah
sebijik macam orang tengah berpantang.
berstoking, berkain batik dan
bersweater 24 jam. bezanya tak ada pilis
dengan sanggul tinggi je...

lepas dapat rehat secukupnya, barulah
kami plan nak jalan2. tapi yang penting
tempat yang nak dituju tu dekat.
kami memilih untuk ber'dating-dating'an
kat tepi pantai. walaupun tahu air laut (time tu)
sejuk giler, tapi disebabkan semangat yang
berkobar2, kami redah je...

kucing ni kami jumpa sebaik sahaja sampai kat tepi pantai. sangat2 comel dan sangat2 baik! mana tak nyer? dia datang kat kami, diam je... bila kasi biskut, baru dia makan. bila stop kasi biskut, dia diam juga... alahai... kalau tak bertuan, memang dah lama kami angkut bawa balik Malaysia! ;-)


tapi sebelum sampai kat tepi pantai...


nak ke Abu Qir ni senang je. just naik 'keretapi ayam' je... hah, keretapi ayam? yap... nanti anies share yek pasal keretapi ayam ni. tambang nak ke Abu Qir ni just EGD 0.75 (RM 0.37) je kalau beli kat kaunter.. betul... tak tipu... tersangatlah murah kan? BTW, kalau nak tahu macam mana keadaan kebanyakan rumah kat Mesir ni, tengok je background tu...

jarak dari stesen keretapi ke tepi pantai cuma lebih kurang 250 meter je. untuk sampai ke sana, haruslah meredah 'belakang rumah orang'. masa lalu kat sini, terdengar suara kanak2 dari tadika berhampiran...

laut Mediterranean yang terbentang luas... saujana mata memandang... nak teropong negara Israel... mmm tak nampak la pulak!

kalau nak tahu... jernih ke tak air laut ni... ini buktinya! FYI, air laut ni, bila badan kita dah kering, kita akan rasa melekit (melengas) semacam. dari segi rasa, ianya kurang sedikit masinnya berbanding air laut yang terdapat kat negara kita ni...

kudap-kudapan... nama pun dating je... tetiba rindu kat nasi lemak, bihun goreng, nuget etc. orang kita kalau berkelah macam nak buat kenduri kan? 

yang kiri tu dipanggil 'batton'. macam biskut tongkat tapi sedikit manis. yang kanan tu tak tau apa namanya. isinya adalah jem kurma. ada dua versi. versi kontot dan versi panjang. ;-)

ni bukan resort ya dato' datin... tapi ni adalah rumah2 kediaman. oh, ya! pasir kat sini teramatlah sejuk. sapa yang tak tahan sejuk tu, sila pakai stoking. ;-)

splashhh!!! dalam 3 saat, anies dah naik ke darat...sejuk wooo... walaupun kat langit sang matahari sedang memancar terik!

memahat memori... moga2 ada rezeki untuk ke sini lagi... plus, rezeki yu ols juga... insya-Allah...  amin... (cepat, tolong amin kan!) ^_^


daaaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

29 Words of Lo♥e

  1. ada tk biskut tongkat tu untuk knor.. keke..

    mmg mcm lps pntang jer..

    ReplyDelete
  2. eh..sejuk ek, ingat Mesir panas..hahaha.lepas pergi pantai negara orang baru tau maksud 'pantai sejuk ye'..
    kot ada rezeki nak gi lagi..I olls nak ikut..hehehe

    ReplyDelete
  3. Assalam anies,
    YaAllah bestnya uols
    tiap entry mesir ni best laaaa
    sob3 rasa nak p sesangat3

    ReplyDelete
  4. cantiknya anies..acik tak pernah mimpi nak keluar negara anies..memang tak sampai punya..dapat pergi ke mekah dan madidah nanti pun seribu rahmat..syukur pada Allah..mudah2an sampai selagi acik masih kuat

    ReplyDelete
  5. mesir bumi para anbiya..best!!!

    ReplyDelete
  6. Jernihnya air!!

    Saya termiss entry2 awak sebelum ni pasal Mesir..saya nak baca!!

    ps: dah selamat/ aman ke kat sana?

    ReplyDelete
  7. aminn..hihi... tepi betul dengan laut rumah tu.. first time tengok..huhu.. comelnyee kucing tu...

    ReplyDelete
  8. Panorama mesir dan pesisir pantai yang indah nian tiada tara, sungguh sebuah kesempatan bisa dating-dating di sana...amboy

    ReplyDelete
  9. Panorama mesir dan pesisir pantai yang indah nian tiada tara, sungguh sebuah kesempatan bisa dating-dating di sana...amboy

    ReplyDelete
  10. tempat menarik, kucing comel sangat tertib :) pengalaman berharga kan.. haa teringin nak tau keretapi ayam hehe :)(

    ReplyDelete
  11. Amin..seronoknya dpt tgk negara org.

    ReplyDelete
  12. Dekatnye bangunan tu dengan air yer... Kucing tu memang comel...

    ReplyDelete
  13. SEJUK SUNGGUH DI SANA YER...COMELNYA MEOW...INDAH SEKALI VIEW LAUTNYA...

    ReplyDelete
  14. Tak sampai lagi Mesir. Sobsss. Berapa lama awk ambik travel Mesir?

    ReplyDelete
  15. Tomey kucing tu.. klo kt sini dh kna kidnap tu...

    Air pntai jernih n cantikk sgt! Pesisir pntai ni tepi bngunan je ye

    ReplyDelete
  16. Amboiii...jauhnya dating...hehe...Bestnya dapat jenjalan kat negara orang.

    Wow...rumah tepi laut tu. Comel sangat kucing tu.

    ReplyDelete
  17. nak komen dua menda..

    1.) comeynyee kucennnn tuuuu..

    2.) err.. kudapan yang dalam gambo tu menyelerakannn!! mana nak carii?

    ReplyDelete
  18. Kak oi....sejuk2 masuk laut.huhuh :D

    ReplyDelete
  19. macam manelah rupanya keretapi ayam tu..anies..tak sabar nak tunggu entri anies.

    ReplyDelete
  20. oo itu laut mediterean ya.. Allah hai.. bestnyaa..

    ReplyDelete
  21. Mak oiii..tingginya apartment.
    Memang ingatkan hotel tadi.
    Sejuk ea? Kalau saya pun memang xtahan.
    Maunya menggigil.
    Kucing tu x sejuk ke? Hehe..

    ReplyDelete
  22. dapat ke pantai terubat sikit rindu kt msia kan..comel kucing tu..geram je rasa

    ReplyDelete
  23. Wahh best... seronok. Kucen tu nampak gebu je... klu hantar grooming lagi gebu tu.. :) :)

    ReplyDelete
  24. dapat gak negara panas rasa musim sejuk . kita musim sejuk tu musim tengkujuh la kan ... bestnyalah umah hadap laut . kat sini klu ada of coz mahal yg amat ... steady jer mieow tu dgn bulu tebalnya ...

    ReplyDelete
  25. wahh bestnya.. kucing tu comel sangat.

    ReplyDelete
  26. best pula ke mesir ya.
    Bagaimana keramahan orang di sana?
    adakah mereka berbesar hati melayan pelancong dari luar?

    ReplyDelete
  27. Bestnya kalau dpt mandi dgn tinggal kt situ.. rumah depan laut.. kenapakah laut sana sejuk eh? Ermm kuasa allah. Kucing tu comel. Knapa xbawa balik

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆