Friday, 4 September 2015

Green pearl dessert

✿...السلام عليكم✿

Dah lama tak share resepi kat sini. last week, tetiba datang mood rajin mencanak2. semuanya sebab kami dapat nangka kat kenduri kahwin. nak makan begitu je, takut pulak perut berangin. jadi, nak elakkan perut berangin (konon2nya) maka, terbuatlah dessert yang berasal dari Thailand ni.

okey, bahan2 nyer pun senang nak dapat.


nak buat dessert ni, kita perlukan:
santan
gula (anies tak masukkan gula sebab nangka dah manis)
tepung ubi
nangka
secubit garam (tak ada dalam gambar)
pewarna pilihan (anies pilih hijau sebab nak sesuaikan dengan nama dessert ni)
ketulan ais
air (kalau gunakan santan kotak, tambahkan sedikit air untuk mencairkannya)

hiris nangka macam pic kat atas ni... make sure dah dibuang biji terlebih dahulu ya...

pastu, kita akan buat 'green pearl' a.k.a bubble (macam korang beli kat ChaTime tu). masukkan tepung ubi dalam satu bekas (anggaran - ikut berapa banyak yang nak makan). masukkan garam, pewarna dan air sedikit demi sedikit.

uli tepung (jangan terlalu keras or lembik. kalau lembik tambahkan sedikit tepung and vice versa)

sediakan sedikit air dalam bekas dan mulakan proses menggentel tepung. tepung yang dah siap digentel, masukkan ke dalam bekas yang ada air tu (ayat apa ni??)

setelah siap, jerang air sampai mendidih dan masukkan green pearl. masak lebih kurang 20-30 minit (sampai green pearl kelihatan jernih)

angkat green pearl dan pindahkan ke dalam bekas berisi air (tujuan: membuang / mengurangkan kanji). lepas tu toskan green pearl.

dalam bekas yang lain, campurkan santan dengan gula. ikut kemanisan masing-masing. nak tawar / rasa santan semata pun tak mengapa. (kalau nak panaskan santan terlebih dahulu pun okey)
then, masukkan green pearl, hirisan nangka, santan dan ais dalam 1 bekas.

then... boleh enjoy...

selamat memasak!

kerja tengah bertimbun. so, ni adalah auto published entry. BW pun mana yang sempat je dulu. jangan majuk ekk...

Wednesday, 2 September 2015

Majlis aqiqah Harraz

✿...السلام عليكم✿

Jumaat lepas, satu majlis aqiqah diadakan bagi si kecik musyuk masyam ni...

assalamualaikum uncle aunty, pak cik mak cik, atok nenek semua... nama penuh saya Muhammad Harraz Imran. umur saya masa ni baru je 23 hari... saya comel kan walaupun tengah zzz? hehe... saya sengaja tidur sebelum sampai opis sebab saya tak nak pak cik2 dan mak cik2 kat opis ni kacau2 saya... haha...

hari tu, kami dijamu dengan lauk kambing... of coz laa kan...dah nama pun majlis aqiqah... lupa nak tanya, ni masak asam ke, masak kari... yang pasti lepas makan masing2 dok berkipas... kepanasan... tambah pulak dengan jerebu...

antara juadah yang disediakan... sapa yang tak makan kambing, diorang kena makan ayam... mana ayamnya? hah, carilah benda tersembunyi okey!


majlis dimulakan dengan tahlil yang dihadiri staf2 AM. tapi masa ni dah habis tahlil... apa kes sambil tahlil tersenyum simpul kannn...

amik...jangan tak amik... 


hah, time makan ni laa yang paling syok bergosip ;-)

last but not least, insya-Allah.. kalau tak de aral melintang, anies nak anjurkan mini GA dalam bulan ni... la ni tengah mencongak tarikh yang sesuai...

ni, auto published entry... maaf banyak2... belum sempat nak berBW...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...