✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bila 2 kali beraya dalam mood PKP, entahlah...tak tahu nak describe macam mana perasaan tu. but 1 thing yang anies boleh simpulkan, raya tahun ni lebih relaks.
tak kalut sangat nak beli baju baru... tak nervous pun bila order kuih raya last minute... tak kisah pun kalau beraya kat dapur... yang penting... kita dapat celebrate dengan aman tenteram.
yalah... dengan suasana dunia yang kacau bilau. ditambah pula konflik di Palestin, sedikit sebanyak kita mesti bersyukur dengan Syawal yang dilalui.
so, untuk Syawal ke-6 hari ni anies kongsikan beberapa keping gambar tak semenggah sebelum, ketika dan selepas 1 Syawal 1442. manalah tahu kan... kalau #throwback gambar-gambar ni pada tahun 2050 nanti, ada jugalah kenangan beraya 'di perantauan'... haaa gituuu...😂😂😂
kita mulakan dengan gambar pucuk kelapa yang dah siap dilurut lidinya. alkisah... anies tanya kat blogger Salbiah M, mana nak dapat daun ketupat? dia cakap, mak dia ada order kat someone. so, dengan muka tak malu anies minta selit order sekali😂😂 so, pada Selasa 2 hari sebelum raya, anies pun pergilah collect daun ketupat kat rumah Sal. bila tanya dia, berapa RM? Sal cakap, ambil je. dia bagi. Alhamdulillah... terima kasih Sal... moga sentiasa dimurahkan rezeki. balik dari rumah Sal, (sehari sebelum PKP) terus lurut lidi dan anyam ketupat. dalam sejam dah selesai menganyam 23 biji ketupat. #happy nyerrr
last day of Ramadan... pagi pagi lagi dah siap isi beras. macam biasa, beras tu anies dah siap bersihkan dan tos selepas berbuka puasa sehari sebelum. bila beras dah kering, lagi senang nak isi. #yeahhh #tazabar
isi beras is done😄😄 get ready nak hantar ketupat ni ke rumah mak cik. mak cik anies akan tolong rebuskan since kat rumah ni tak ada periuk besar😅😅 sebelum rebus mak cik tolong check sukatan beras. dia memang expect kalau bab bab menyukat beras ketupat ni. confirm ketupat tak keras! #rasaexcited
Maghrib... menandakan masuknya 1 Syawal... beginilah keadaan 'kampung tak berapa nak baru' @ KL pada malam raya... 😅😅 lampu lip lap lip lap pengganti pelita punjut... sorry laa korang kalau gambar tak jelas... #apakandayakameracapayam
antara part paling best di malam raya... of coz main bunga api... walaupun tak beli bunga api tapi dapat tengok suasana keliling berdentam dentum kebabom...terubat jugalah sedih tak dapat beraya kat kampung... aduhaiii rindunya nak dengar / tengok jiran belakang rumah kat kampung bakar meriam buluh malam raya... dia punya kebabom tu, Zionis pun kecut😅😅😅 #Hasbunallahuwanikmalwakil
walaupun tak beraya sangat dan tak dapat ziarah mana-mana, sampul raya dan tukar duit raya adalah satu kemestian. i'm so lucky sebab office sebelah bank. once bank tampal notis tentang pertukaran duit raya, apa lagi... time rehat masing-masing pergi serbu bank. oh ya... sampul raya tahun ni diberi oleh KGS (sampul hijau LK), Agro Bank (sampul putih) dan Texas Restaurant (sampul batik) #dahtuatakbolehdapatduitraya
ketupat pulut/ketupat daun palas... anies tak tahu kat mana pak cik beli. sedap! makan dengan rendang daging di bawah👇👇👇 #sedapnya
rendang crispy daging hasil air tangan mak cu.sedap. sampai raya kelima masih tahan lagi. anies makan dengan nasi putih... #wallaaa
ketupat dah siap rebus. macam yang anies katakan, mak cik memang pakar. so ketupat ni jadi lembut sangat... makan sebiji memang tak cukup! belum habis raya pertama, dah licin. yalah, buat sikit je. tak apa. ada rezeki nanti boleh buat lagi. oh ya... yang kuning tu rendang ayam. mak cik masak. #rasanakrepeatlagi
dodol a.k.a dodol in the cup. saja beli untuk beri kawan-kawan office yang bertungkus lumus siapkan kerja kita di kala kita tengah syok cuti raya😅😅 #meriahkanraya
pergi beraya naik LRT ke? eh...taklah... ni keluar sekejap beli barang-barang (padahal tekak teringin nak minum Tealive) sambil-sambil tu cuci mata... don't worry... SOP tetap terjaga... #patuhSOP
sempat survey PC... insya Allah ada rezeki nanti nak angkat sebiji. tapi bukan yang ni. ya... memang cantik. sayangnya... storage dia kecil je... #nakmerasapakaiMac
last but not least... selfie kat rumah kawan baik... satu-satunya rumah yang anies datang beraya sebanyak 2 kali 😂😂😂 #kohado jangan risau... tak langgar SOP pun sebab rumah dia sepelaung je😂😂😂 oh ya... tema raya tahun ni pink + dark shade of grey... arghh belasah jelah! janji ada baju raya #tiber
okey... tu jelah bebelan untuk hari ni... thanks 4 reading...
Salam Aidilfitri kawan-kawan!















Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Kosovo
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam