✿...السلام عليكم✿
Ramai sudah maklum yang berbekam ini merupakan salah satu daripada sunnah nabi SAW. meskipun ia telah wujud sebelum kedatangan nabi SAW, namun Rasulullah begitu menggalakkan umatnya agar berbekam kerana ia adalah salah satu alternatif kepada proses penyembuhan.
dan banyak hadis2 hasih meriwayatkan tentang kebaikan bekam ini. antaranya:
"Sebaik-baik perubatan yang kalian boleh lakukan adalah bekam." (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
jadinya, masa balik kampung hari tu, anies singgah kat spa wanita ni untuk buat bekam darah. last buat bekam darah ni, rasanya penghujung 2015 kot. dah lama sangat tu.
supposed, lepas 6 bulan dah boleh repeat semula. tapi tu laa... culas sokmo hahaha... bila dah sakit sana sini,
kalau sebelum ni, anies buat bekam sebanyak 25 point. sampai ke bawah buku lali pun dia bekamkan juga. dan kali ni, cuma buat 15 point je. anies tak kisah pun sebab dalam kepala ni cuma nak hilangkan sakit dan lenguh2 je.
tempoh yang diambil pun sekejap je. ada laa dalam 30 - 40 minit kot. pekerja spa tu ada ambilkan gambar tapi rasa macam tak sesuai je nak share kat sini. karang ada pulak yang termuntah kat skrip PC/ handphone / tab nanti... sorry... anies tak nak tolong lap kan ya... hahahaha...
sakit tak anies?
tak sakit pun. dia tak de laa sampai kena toreh kulit kita ni. dia cuma cucuk-cucuk je permukaan kulit untuk keluarkan darah. then, bila mandi, tak rasa pedih pun.... alahai korang ni... sakit bersalin / bersunat tu berpuluh kali ganda berbanding bekam darah ni. tak yah takutlah!
cuma nasihat anies, yang penting korang kena pastikan spa yang korang kunjungi tu legal dan bersih. jangan sebab murah, korang main sapu dan bedal je. entah bersih ke tak cup yang diorang pakai tu. entah ada lesen ke tak diorang buat semua tu. jangan nanti tengah syok2 berbekam, tetiba MP datang serbu. tak ke naya je tu! then, bab-bab kesihatan ni, tolonglah... jangan pandang murah dan mudah.bak kata signage kat Jakarta: KESEHATAN ITU MAHAL HARGANYA!
Alhamdulillah, lepas bekam memang terasa ringan bahu dan belikat ni. kat bahagian ni lah darah paling banyak keluar. lagi satu kat kepala. yang kat kepala ni, dia tak cukur pun rambut. just kuakkan sikit rambut then pam.
insya Allah, bulan 6 akan datang nak repeat lagi. kalau ikut cakap pekerja spa tu, lepas dua bulan je dah boleh buat. tak pe... anies nak main game sampai lenguh2 bahu pastu baru pergi bekam hahahahaha...
lebih kurang cup yang macam ni laa yang digunakan tempoh hari.
korang macam mana? ada pengalaman buat bekam darah? pa kata share sikit kat ruangan komen di bawah.
thanks 4 reading...
masih berlangsung. jemput join ya!







Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Kosovo
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam