Singgah Kieda Crepe House @ Kepala Batas, Pulau Pinang

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Kedai dessert yang satu ni, sedikit masa dulu bukan setakat viral satu Malaya je. dengan owner dia sekali pun viral juga😂




sekarang still viral lagi ke? entahlah... anies ke sini pun sebab nak cari buah tangan je. bukan sebab viral or FOMO. well... alang alang dah sampai Penang pada penghujung Julai lepas, moh ler kita singgah sini sekejap.

sebaik melangkah masuk, tak ramai pelanggan pun. ada laa seorang dua. selebihnya staf kedai. anies tak perasan sama ada si Kieda tu ada kat situ atau tak. cuma dengar diorang bersembang kat kaunter je.

mula-mula cari barang yang 'terasa nak beli'. tapi end up berpusing-pusing anies dalam kedai tu sebab tak tahu nak beli apa😂 last last capai bakul then ambil je item yang dirasakan sesuai. lepas tu proceed ke kaunter bayaran. usai bayar, terus keluar. rasanya tak sampai kot 10 minit anies berada kat situ.

walaupun kedai ni 'pernah' famous dengan crepe, tapi kunjungan kali ni anies tak beli crepe sebab dah pernah rasa. begitu juga dengan dessert mini Mille... pun dah pernah makan sebelum ni...

well... antara foto yang sempat anies snap untuk tatapan korang sebelum beredar...


kuih / dessert kering macam ni, time nak dekat raya confirm ramai cari...


 minuman / dessert macam yogurt, dadih, buko, cha bang ang etc diletakkan di sini manakala kek, crepe dan yang seangkatan dengannya diletakkan di dalam chiller (belakang). makanan sejuk beku, ais krim dan lain-lain ada di dalam chiller khas...

kaunter bayaran dan entrance...


korang pernah singgah sini ke? acu share!👇

p/s mem besar ko cuti... 

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

22 Words of Lo♥e

  1. It looks like a great place. Thank you for sharing. ❤️

    ReplyDelete
  2. Ok masa dia viral mmg kecoh satu malaysia... see see makin besar plak kedai dia ye.. mmg rezeki owner tu la....

    So far x pernah lg try dessert dia. Xde jual ke kl kan? Sbb nak ke penang tu ntah bila la sampainya heheh

    ReplyDelete
  3. Singgah sebab nak cari buah tangan je pun okay sangat Anies, janji tak keluar tangan kosong! Kadang-kadang kalau kedai tengah tak ramai orang macam ni lagi tenang nak cuci mata & pilih barang.

    ReplyDelete
  4. Banyak pilihan dessert dan kuih nampak menarik. Memang boleh rambang mata kalau masuk kedai macam ni.

    ReplyDelete
  5. Entahlah ek. Sejak viral pun tak pernah cuba produk ni. Ye lah, alang-alang dah sampai tu, tengok-tengok lah apa yang menarik. Kemas tersusun barang dalam kedai ni. Selesa nak beli barang-barang pun. Tapi tu lah kalau tak rasa nak makan apa-apa, payah nak buat pilihan mana satu nak dibeli kan.
    Memang tak pernah singgahlah sebab jauh.
    Selamat becuti mem besar.

    ReplyDelete
  6. Eh kenapa viral? Dalam hal positif atau viral negatif 😅?

    ReplyDelete
  7. So ini kedai crepe sebenarnya, tp juga menjual aneka kue2 lain ya kak?

    ReplyDelete
  8. 4 tahun saya pernah tinggal di Penang, tp tak pernah sampai kepala batas 😂😂. Memang anak rumah sangat, jarang keluar 😅

    ReplyDelete
  9. Aneka kue dan dessert kering tuh nampak menggoda. Saya suka kalap beli begitu biasanya 😂

    ReplyDelete
  10. Eh tapi yoghurt, dadih, buko pun sukaaa 😄. Jadi rindu kan nak ke Penang. Dah lama juga dari trakhir kesana. Akhir2 ini asik KL je 😄

    ReplyDelete
  11. Banyak juga produk dalam tu ye. Ada juga dari vendor kan bukan semua produk dia.

    ReplyDelete
  12. Um ótimo lugar pra encontrar sobremesas, desejo uma ótima quarta-feira bjs.

    ReplyDelete
  13. Boa noite minha querida amiga Anies. Obrigado pela visita e comentário. Acho que estou acostumado, com uma parte da culinária brasileira. Uma excelente noite de quarta-feira, para você e todos os seus familiares na Malásia e um grande abraço do seu amigo carioca.

    ReplyDelete
  14. Besar dan teratur kedainya.
    Lama dah tak dengar citer KC ni kan

    ReplyDelete
  15. Tiene geniales productos. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  16. It’s always great when you can visit a place after the initial hype settles down—much easier to shop comfortably without the massive crowds! Even if you didn't grab the crepes this time, it looks like a nice quick stop for souvenirs and sweet treats. Thanks for sharing the photos🫶

    ReplyDelete
  17. Belum pernah rasa produk Kieda ni. Banyak pilihan di kedai tu, kalau pergi mesti nak beli macam-macam

    ReplyDelete
  18. Ooh macam tu rupanya kedai si Kieda Crepe yang viral tu noo.. 😬

    ReplyDelete
  19. Mmg viral kinda crepe tp xpernh cuba any dessert dia jual

    ReplyDelete
  20. Kalau mau beli kuih kering / cookies tidak usah menunggu ramadan / lebaran ya Kak, beli aja di Kieda crepe.
    Kak Anies suka buko pandan?

    ReplyDelete
  21. zaman dia viral dulu selalu penuh jekan, sampai kena beratur bagai. sekarang mungkin sbb dah banyak pilihan lain, kurang hype laa

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆