Mirë se vini në Kosovë!

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

walaupun hati masih marah dengan apa yang terjadi (baca kat SINI), tapi kami tak mampu nak sorok rasa gembira bila dapat jejakkan kaki ke negara yang baru je mencapai kemerdekaan pada 2008 ni.

Alhamdulillah perjalanan selama hampir 4 jam berakhir di Stacioni i Autobusëve - Prishtinë atau Stesen Bas Pristina @ ibu negara Kosovo.

kenapa kami pilih Kosovo? sebab boleh, dik!😁 bak kata pepatah: jauh perjalanan, luas pemandangan. plusss, Malaysian tak perlukan visa atau ETA atau seangkatan dengannya untuk masuk Kosovo. jadinya, senanglah kerja kami. tralalala...

untuk intro kat negara keempat yang kami jejaki ni, ada satu benda yang buat kami rasa pelik pada mulanya iaitu, 'kami cari pos kastam dan imigresen' tapi tak jumpa!😂😂

rupanya, sempadan Albania - Kosovo tak ada pos kastam dan imigresen khusus macam ICQS Padang Besar tu. bas kami just berhenti (lebih kurang macam kena roadblock polis) je. passport lagi laa. memang tak check langsung. know know je dah sampai Pristhinë😂 so angan-angan 'nak tambah cop passport' mati macam tu je laa😂


anies ingat ni pos kastam dan imigresen kat sempadan Albania - Kosovo tapi bukannn😂


sebelum bercerita lanjut, moh anies share suasana perjalanan kami dari Tiranë ke Prishtinë. well... just nak inform yang foto-foto kat bawah ni, anies tak pasti sama ada ia berada dalam negara Albania atau Kosovo, ya!
.
.
.
bas kami melewati kawasan bergunung-ganang dan banyak selekoh. disebabkan masa tu tengah musim sejuk (dan hujan pula tu), secara tak langsung jalan raya sangat licin dan pergerakan bas jadi perlahan. 


sekali accident melibatkan 3 - 4 kenderaan😨


disebabkan tu juga kami jumpa beberapa kemalangan sepanjang perjalanan. paling seram bila ternampak kemalangan yang berlaku dekattt sangat dengan gaung. uhhh seriau! walaupun just tengok je dari dalam bas... bayangkan kalau kita alami perkara tu? nauzubillahi min zaalik!

pun begitu, scenery sepanjang perjalanan sangat cantik bila mana puncak gunung atau lerengnya diliputi salji. walaupun tak tebal tapi tu dah cukup buat kami teruja.


Ida laa paling excited bila nampak salji sebab seumur hidup, dia belum pernah tengok salji depan mata...

tak pasti sama ada ini sungai atau tasik...


selain tu kawasan pedalaman yang tenang, haiwan ternakan sana sini... kami juga dapat menikmati suatu pemandangan yang tak mungkin kami dapati kat tempat lain. sepanjang 4 jam perjalanan tu tak terasa mengantuk sebab ralit tengok keindahan alam negara orang.


rasa seronok bila nampak masjid walaupun dari jauh...

bas berhenti kat Prizren, salah sebuah bandar yang bersempadan dengan Albania untuk turunkan penumpang...


hampir ke jam 12.00PM, kami pun sampai kat negara ketiga yang bagi kerakyatan kepada Dua Lipa selepas UK dan Albania. tiberrr😂


setiba kat stesen, kami terus cari teksi untuk ke homestay. sebenarnya kannn... kami boleh je jalan kaki ke homestay sebab memang dekat. tapiii... faham faham je laa... luggage masing-masing berat macam batu😂 so, terpaksalah naik teksi untuk ke sana...


well tu je laa perkongsian untuk hari ni. 
thanks for reading
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆