Thessaloniki, Greece: beli fridge magnet dan jalan-jalan kawasan sekitar

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

lepas dapat order, kami cepat-cepat kayuh basikal dan kembali semula ke kedai sewa. kalau tengok jam masa tu kami dah lewat hampir 10 minit. dalam kepala dah boleh agak, mesti kena bayar lebih ni!

setiba kat kedai staf maklumkan bayaran yang perlu dinelaskan. rupanya kami kena bayar £10 je (per basikal) walaupun dah terlebih masa. Alhamdulillah... legaaa...

lepas tu kami lepak sekejap kat depan kedai dan menikmati doner sambil layan bayu laut dan gelagat orang ramai yang bersiar-siar sekitar waterfront.

tapi entah kenapa, masa tengah makan tu anies rasa macam ada yang tak lengkap. anies cakap kat diorang nak beli souvenir sekejap sebab masa 'bergerek' tadi tak sempat nak singgah.


kawasan Waterfront yang relaks... masa ni OTW membeli FM...

anies beli FM kat uncle ni. kami tak jumpa kedai souvenir yang khusus sepanjang kami berbasikal sebelum tu. uncle ni berniaga kat sekitar waterfront dan hanya ada 2 orang penjual souvenir je kat situ.

fridge magnet (FM) yang ada magnet sheet tak banyak & design pun kurang menarik. yang 👆 ni je anies rasa okey. untuk member bertiga tu, anies belikan juga. kalau tak suka design ni pun diorang terpaksa terima juga sebab diorang tak ada beli apa-apa souvenir dari sini😂 harga: £10 untuk 3 keping FM.


lepas beli FM, rasa macam ralat kalau tak snap spot menarik yang ada kat situ. so, foto-foto ni adalah sebahagian lokasi menarik yang boleh korang singgah kalau datang ke Tbessaloniki suatu hari nanti...

The White Tower

kasi can laa kita posing sattt... kalau korang nak tahu lebih lanjut fasal menara ni, klik kat SINI ya untuk baca. don't ask me why menara ni tak warna putih😂

sebelah White Tower ni ada pentas untuk sambut Tahun Baharu... oh ya... foto kat White Tower ni anies snap masa kami mula berbasikal...

short video @ depan White Tower... 

The Umbrellas by Zongolopoulos

snap dari jauh. bila snap dekat-dekat tak tahu kenapa foto jadi tak cantik macam puan blog ni
short video @ The Umbrellas. nak tahu lebih lanjut tentang payung ni, klik kat SINI untuk baca ya...

Tugu Alexander The Great

rasanya tak perlu diperkenalkan lagi nama tokoh tersohor ni. tapi ada satu fakta menarik kenapa tugu ni dibina. walaupun Alexander The Great tak pernah sampai ke sini ketika hayatnya, namun nama tempat ni, Thessaloniki sebenarnya diambil daripada nama Thessalonike; iaitu half-sister kepada Alexander...

dikatakan tugu ni merupakan tugu tertinggi @ Greece, diperbuat daripada gangsa, siap dibina dan dipamerkan kepada umum pada 30 Ogos 1974...

Tugu Kostantinos Karamanlis

ni sekadar snap je... siapa Kostantinos ni? beliau ialah mantan perdana menteri Greece...
lepak petang-petang kat sini best tapi agak silau sebab menghadap matahari (terbenam)...

kawasan bersebelahan tugu Alexander The Great... sebenarnya banyak tempat-tempat menarik kat Thessa ni. cuma tu laa... kami tak ada masa yang mencukupi. insya Allah ada rezeki kelak, pasti anies akan kembali ke sini lagi...


well... tu je laa perkongsian cerita jalan-jalan kat Greece. ya, habis dah... lepas ni ke mana pula? nanti laa anies cerita lagi...

thanks for reading
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆