Thessaloniki, Greece: ke Thessaloniki KTEL Intercity Bus Station dan permulaan insiden tak diduga
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
sekitar 3.30PM kami dah tinggalkan Thessaloniki Waterfront. ni kerana bila masuk jam 4.00++PM keadaan sekeliling dah mula beransur malam.
ketika winter, waktu siang sangat pendek. jadi, nak tak nak kami kena beredar segera ke stesen bas walaupun bas kami akan bertolak pada 8.00PM.
untuk ke stesen bas, farah order Uber. kalau naik bas awam, bus stop nya agak jauh. kat Thessaloniki ni anies perhatikan, bas cuma berhenti kat bus stop yang dah ditetapkan (oleh sistem mereka) sahaja.
salah satu electronic bus stop display yang ada...
so 'tugas' penumpang adalah cari bus stop mana yang akan pergi ke destinasi yang ingin dituju dengan merujuk electronic bus stop display (yang terdapat bersebelahan bus stop) terlebih dahulu. faham tak? kalau tak faham acu datang ke Thessaloniki sat😂
disebabkan pada masa ni adalah waktu orang balik kerja, jadi agak lama jugalah kami tunggu Uber sampai. once kereta dah sampai, kami terus tanya driver sama ada muat ke tak kalau campur luggage. kalau tak muat, maka salah satu luggage harus dipangku. driver angguk lalu bantu kami susun luggage sebelum beredar ke stesen bas.
walaupun kenderaan banyak tapi perjalanan kami smooth... Alhamdulillah...
short video: menuju ke stesen bas - membelah senja @ Thessaloniki...
perjalanan ke stesen bas mengambil masa lebih kurang 20 minit. harga tambang Uber adalah £25. memang mahal. tapi sebab dah termasuk dengan luggage, kami 'pejam mata' je laa😭
Uber yang kami naiki... jenis wagon...
ni laa stesen basnya. stesen ni ada 2 nama. selain yang tercatat pada title, nama lainnya adalah Macedonia Intercity Bus Station...
suasana di dalam stesen. tak banyak foto yang anies snap masa kami berada kat sini. ni je 👆👇laa yang ada...
sebaik melangkah masuk, kami cari tempat untuk 'park luggage' sementara. lepas tu barulah cari kaunter bas. bila ternampak deretan kaunter bas antarabangsa, hati mula rasa tak sedap.
anies: farah, kaunter bas kita tak ada laa...
farah: yelah... hmm tapi yang hujung tu?
anies: okey, jom kita tanya dulu.
tanpa berlengah kami pun tanyalah staf kat kaunter yang dimaksudkan.
farah: do you know where's the counter of this bus? (sambil hulur printed ticket)
staf: i don't know this bus!
ahhh... sudahhh... kelihatan farah tak puas hati dengan jawapan tu dan dia tanya sekali lagi. lalu staf tu pun jawab:
"i never heard the name of this bus! really!"
Allah akbar!!! tiba-tiba rasa nak pitam kat situ!!!
to be cont.







Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
20 Words of Lo♥e
Ah sudah, kena scammed ke? Tak sabar nak baca sambungannya
ReplyDeleteHow wonderful to be able to visit this amazing place.
ReplyDeleteAllahu! Saya pun rasa nak ikut pitam selali!
ReplyDeleteMasyaAllah cantiknya video senja kat sini.
ReplyDeleteAlamak…ikut cuak baca.
Thank you!
ReplyDeletebas yg nk naik xde pulak ya masalah besar tu
ReplyDeleteBello lugar. Te mando un beso.
ReplyDeleteDeus caritas est
ReplyDeleteOh very good post darling!
ReplyDeletealamak... salah station ke?
ReplyDeletesuspens nya.....
Langit diorang takde awan langsung kan?
ReplyDeleteLugar magnífico gostei de assistir o vídeo, a música do vídeo é fantástica, feliz semana bjs.
ReplyDeleteBom dia minha querida amiga Anies. Obrigado pela visita e comentário. A arquitetura do Museu de Arte Contemporânea de Niterói única. Uma excelente manhã de terça-feira e um grande abraço do seu amigo carioca.
ReplyDeleteBest pula dengar lagu tu..happy nya
ReplyDeleteSuspens ni... kes kena scam ke? Ke salah stesen bas? 👀
ReplyDeleteSuspen....
ReplyDeleteKaaaaak, penasaran... 😱😱😱. Isssh terbayang paniknya kalian saat itu lah. Sayapun akan shock jantung rasanya kalau ketemu situasi yg sama 😅
ReplyDeleteAlamak, cuak pula baca! Tetiba staf kaunter kata tak pernah dengar nama bas tu. Betul-betul buat jantung gugur ni. Harap-harap tak ada apa-apa yang buruk jadi kat Anies & Farah. Tak sabar nak tunggu sambungan!"
ReplyDeleteCantiknya view membelah senja tu.
ReplyDeleteMesti trip ni banyak bagi kejutan pada Anies dan rakan2.
Aduh!! Walaupun baca dari entry paling terkini, bila baca entry ini tetap terasa berdebar dan cuak.. huhuhu..
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆