Lampang, Thailand: Regent Lodge Hotel

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

usai makan tengah hari, kami pun bertolak ke Lampang. perjalanan ni mengambil masa hampir 3 jam++. 

kami tiba dalam sekitar 5.00 petang. sebelum tiba, tour guide ada kongsi beberapa fakta menarik tentang provinsi Lampang ni. 

antaranya, Lampang terkenal dengan kuda. so, bagi pelancong luar... naik kereta kuda kat sini dah jadi macam satu kemestian laa...

anies tak ingat berapa harga per head untuk naik kereta kuda ni. tapi ramai juga laa ahli rombongan yang naik.

BTW kalau korang ke Lampang, boleh laa try menginap kat hotel ni. sebabnya hotel ni ada sediakan sarapan halal untuk pelanggan Muslim. kalau nak cari restoran halal sekitar Lampang ni, agak payah sebab komuniti Muslimnya tak ramai macam kat provinsi lain.


ni snap dari balkoni hotel...

kalau tak silap, hotel ni satu-satunya bangunan tinggi yang ada dalam kawasan ni...

pemandangan kawasan sekitar hotel




bilik kami

Alhamdulillah dapat tilam dan bantal yang empuk...


bilik airnya luas dan bersih. segala kelengkapan mencukupi...




dining area



hotel ni ada sediakan sarapan halal. tapi kena request laa dulu...




my breakfast plate👆👇





lobi hotel👆👇



ni laa kereta kuda yang anies cerita tadi. penumpang akan dibawa melawat kawasan sekitar selama 45 minit. kereta kuda ni kena booking dulu. oleh kerana tour agency dah siap booked sebelum kami sampai, jadinya sebaik tiba depan hotel, kereta kuda dah pun sedia menanti...


since anies tak naik kereta kuda, apa lagi? jomlah merayau sekejap kat kawasan sekitar sambil memerhati gelagat orang ramai sebelum malam menjelma. kawasan ni tak sibuk sangat. kenderaan pun tak banyak. 


tampak lengang je kan?

mini Lotus's ni cuma bersebelahan hotel je...

anies merayau sampai ke pintu gerbang tu...

ni laa pintu gerbangnya...

sebelah jambatan. di bawahnya ada sungai yang diberi nama Sungai Wang. bukan Sungai Wang kat Bukit Bintang tu tau😂

atas jambatan. masa tengah duduk lepak kat sini tiba-tiba ternampak dari jauh kereta kuda yang bawa ahli rombongan...

short video @ atas jambatan...

korang boleh sebut tak nama simpang tu?😂

cukup laa tu buat kenangan... sebenarnya tengah menahan nafas sebab bau yang tak menyenangkan dari sungai kat bawah tu😂


well tu je laa perkongsian untuk hari ni. thanks for reading... daa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆