Dynamite Kiss

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis:

pada mulanya Da-rim menyangka hadiah tiket penerbangan ke Pulau Jeju dan hotel penginapan adalah disebabkan perkahwinan adiknya. rupa-rupanya ia adalah satu cara untuk menghalangnya daripada menghadiri majlis perkahwinan Da-jung.

Da-jung lakukan semua ni untuk menutup 'malu' terhadap keluarga bakal mertuanya yang mana sebelum ini dia memberitahu mereka bahawa kakaknya sedang bekerja di US.

padahal Da-rim tiada kerja tetap dan telah banyak kali gagal dalam temuduga. walaupun alasan dan tindakan adiknya kelihatan kejam, tapi Da-rim menyambut 'hadiah' tersebut dengan gembira.

di Pulau Jeju, suatu ketika dia selamatkan Ji-hyuk kerana menyangka lelaki itu mahu tamatkan riwayat hidupnya. sebaliknya lain yang jadi hingga dia dimasukkan ke hospital.

kejadian tersebut secara tak langsung mengheret mereka jadi 'fake couple' disebabkan kedua-duanya ada sesuatu yang disembunyikan dari awal.

adakah rahsia 'fake couple' mereka tersimpan rapi? atau akhirnya terbongkar jua akibat kesilapan yang tak diduga?




review:

kalau korang sukakan drama yang santai, tak payah fikir banyak dan ada sikit sense of humor + romance, nah! ni dramanya.

jalan ceritanya mudah difahami walaupun banyak sub plot dan flashback tapi tak membosankan. korang pasti tak sabar nak tunggu: what's next?

cuma satu je yang anies rasa kurang berkenan dengan drama ni iaitu mutu lakonan pelakon-pelakon tambahannya. ada yang over acting, ada yang kaku, ada yang control macho, ada yang macam baca skrip.

kadang rasa spoil. tengah syok layan hero-heroin, masuk pelakon tambahan... kita jadi awkward dengan lakonannya. arghhh tak sukaaaa!!!

dari segi mutu lakonan, nampak ada peningkatan bagi Jang Ki-young. masa dia jadi hero untuk drama Now We're Breaking Up, lakonan dia agak longgar dan mendatar. tapi dalam drama ni, tampak mantap dan meyakinkan.

Ahn Eun-jin pula, dalam episod 1-5 impak lakonannya tampak 'kuat' tapi lepas tu, anies rasa lakonan dia macam tak 'sampai'. ekspresi suka dan sedih, sama je.

well... ni sekadar pendapat anies je tau! korang jangan ambil serius pula. lain orang lain taste nya. tapi overall drama ni berbaloi untuk ditonton.

judul: Dynamite Kiss
pelakon: Jang Ki-young, Ahn Eun-jin, Kim Moo-joon, Woo Da-vi
bil. episod: 14
terbitan: SBS TV / Netflix
tarikh tayangan: 12/11/2025 ~ 25/12/2025

official trailer. credit.


selamat menonton!

p/s anies agak sibuk lately dengan kerja-kerja hakiki. setiap entry yang korang baca ni auto publish. insya Allah bila berkesempatan kelak, anies pulun BW🙏

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆