Goodies daripada viu Malaysia
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Awal bulan lepas, member anies - Dewi; WA poster ni👆 lepas tu dia tanya: "balik kerja nanti naik LRT ke tak? kalau naik, try laa cari... mana tahu... kot kot dapat habuannya." anies: "naik. tapi tengoklah... saya try singgah Bukit Bintang sebab kat situ lagi senang kot nak cari berbanding LRT Laluan Kelana Jaya... ada lebih 20++ stesen. jenuh!"
then pada 2hb tu anies pun singgahlah Bukit Bintang. sebaik keluar dari stesen Monorail, mata start meliar kiri kanan cari team viu. masa tu kat depan Lot 10 ada banyak booth Krismas kat situ. so anies mengagak yang mereka ni pasti berada kat area tu. dannn... ternyata 'ramalanku benar belaka'! diorang tengah 'berkampung' kat sebelah trafik light yang sibuk tu. anies terus dapatkan diorang dan tunjukkan poster👆 nak tahu tak apa respon team viu bila anies buat macam tu? [dalam nada ringtone excited] "oh, akak! macam mana akak tahu ni?!! OMG! OMG!" selamba je anies balas: "kawan akak yang WA!"😂
sebelum goodies ni bertukar tangan, anies sempat cakap: "ingatkan korang ada menyorok kat mana-mana. rupanya senang je nak cari." (teringat masa zaman jahiliah dulu dok sibuk mengejar skuad Era laa... skuad Hitz.FM laa, etc sebab nak dapatkan goodies & merchandise) then masa diorang bagi keychain & mi cawan... sempat lagi... dengan muka tak tahu malu, anies minta 1 lagi keychain😂 mula-mula dia macam tak nak bagi tapi last-last dia bagi juga diikuti kawan dia, tambah lagi 2 mi cawan! haa... tak muat tangan dibuatnya!😂 lepas beredar dari situ, anies pun WA Dewi foto 👆kemain suka dia. Dewi ni peminat Lee Je-hoon, hero Taxi Driver 1,2 & 3. tu yang beria sangat nak keychain tu.
ni laa rantai kuncinya. tak ada yang istimewa pun😂 tapi dalam pada tak ada istimewa tu pun anies ambil juga seketul😂 mi cawan semua tu anies bagi kat Dewi. BTW terima kasih viu Malaysia atas goodies ni!
well, korang dah tengok drama Taxi Driver 3? BTW tahniah Lee Je-hoon di atas kemenangan anugerah utama (Daesang) baru-baru ni kerana wataknya dalam drama Taxi Driver 3...
that's all
daa
p/s lambat BW🙏





Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆