Osaka → Himeji, Jepun: naik Hello Kitty Shinkansen dan Stesen Himeji

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

boleh laa nak dikatakan, ni merupakan highlight trip kami ke Jepun. walaupun sebelum tu dah beberapa kali kami naik Shinkansen, tapi kereta api laju nan satu ni... paling tak sabar kami nak naik.

sebenarnya masa kami kat Hakodate lagi, kami dah cuba booking seat. tapi sayangnya... staf kat stesen tu tak faham. dia bagi tiket lain.

syukurlah tak kena apa-apa bayaran sebab kami ada JR Pass. so, balik je dari Hiroshima, kami terus booking seat. nak naik Hello Kitty Shinkansen ni kena booked awal sebab waktu perjalanannya tak banyak. 

bila dapat je booking seat, apa lagi! melompatlah kitorang kat depan kaunter tu. dah macam kanak-kanak dapat gula-gula kekdahnya..




tiba hari kejadian, kami jadi ragu-ragu sebab kami booked untuk turun di stesen Shin-Kobe. perjalanan dari Shin-Osaka ke Shin-Kobe cuma lebih kurang 15 minit je. tempoh tu terlalu singkat dan sudah pasti tak banyak foto / video dapat diambil.


ni laa Shinkansen nya... tazabarrr nak naik...

kalau korang peminat pink, harusss naik Shinkansen ni...

pintu dah buka tapi belum boleh masuk lagi. ada kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan...

suasana di stesen Shin-Osaka...


once dah naik, farah cakap kita turun stesen yang jauh sikitlah. nanti tak sempat nak buat itu ini. kami terus setuju. bila dah masuk dalam gerabak, selepas 5 minit barulah kami dapat merayau sampailah ke kedai Hello Kitty.

DI DALAM GERABAK HELLO KITTY SHINKANSEN












HELLO KITTY-THEMED SHOP & INTERIOR



















simpan kenangan di sini...

STESEN HIMEJI

kami turun kat stesen ni dengan hati yang puas. then, kami keluar sekejap untuk check out. lepas tu masuk semula dan tunggu Shinkansen untuk balik ke Osaka.

masa tu ingat nak jalan-jalan kat Himeji. tapi jarak antara stesen dan istana Himeji agak jauh. jadi kami decide untuk kembali ke Osaka.








miniatur istana Himeji @ stesen Himeji...


so tu je laa perkongsian untuk hari ni. terima kasih kawan-kawan sebab sudi singgah sini. insya Allah esok lusa anies balas kunjungan.

daa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

18 Words of Lo♥e

  1. Saya bukan peminat pink. Tapi kalo berjumpa hal macam nih, pastilah ikut senang, tak selalu lihat kan 🤭😄😄. Langsung semangat juga nak foto dan lainnya 🤭 . Sayangnya belum pernah naik kereta Shinkansen bertema macam nih 😁

    ReplyDelete
  2. Comel cutenya gerabak Hello Kitty tu.

    ReplyDelete
  3. Genial viaje. Me gustan las Hello Kitty

    ReplyDelete
  4. Hamboih! Helo Kitty terus jadi pink!

    ReplyDelete
  5. sonoknya naik shinkansen laju mcm peluru

    ReplyDelete
  6. Keren sekali tampilannya keretanya ya, anak2 pasti suka sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau anak2 naik takut tak mahu keluar nanti🤣

      Delete
  7. ntahlah bila berpeluang melawat negara orang...kurang ongkosnya

    ReplyDelete
  8. Asyik baca pasal entri Jepun ni, lama-lama saya pulak yang akan travel ke sana hihihiiii.

    ReplyDelete
  9. Wow serba pink..saya kira gak ada penumpang cowok/laki-laki..ternyata ada juga 😁..

    ReplyDelete
  10. Wah ini benar-benar train nya dengan theme Hello Kitty...
    Tapi demikian cantik penataan baik di badan train maupun di bagian dalam train.

    Salam,

    ReplyDelete
  11. aaarrrrrgh Hello Kittyyyyy, my favorite....

    ReplyDelete
  12. ayah dgn abang saya baru balik jepun semalam. diorg pun masuk istana himeji ni. 6 tingkat naik tangga haa xD tapi dalam tu luas betul. even taman dia pun abang saya ckp tk pusing habis

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆