Pages

Friday, 1 November 2024

Osaka, Jepun: jalan-jalan malam di Dotonbori

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

lepas makan, perut pun dah kenyang... jadi marilah kita keluarkan peluh pula. tapi, hakikatnya sebutir peluh pun tak keluar sebab cuaca malam kat sini sangat sejuk. farah dan nora siap pakai glove sebab tak tahan sejuk. tapi anies okey lagi.

bila dah sampai sini, perkara pertama yang harus dicari adalah 👇👇


korang tahu kan signboard apa ni? kalau tak tahu sila google ya!

kawasan ni memang meriah pada waktu malam. kalau bernasib baik korang boleh jumpa cosplayer. kalau datang sini pada hujung Oktober... haa... faham faham je laa dengan tema Halloween nya...

yang logo ketam tu pun famous juga kat sini. korang google sendiri ya. anies malas nak taip😂

suasana kat sini memang happening. bukan sahaja sebab manusia yang ramai tapi juga dengan suasana, bunyi bunyian dan juga lampu-lampu yang bergemerlapan...

kami tak beli apa-apa pun. sekadar nak tengok suasano ja...

kami ke sini 2 kali. tu pun sebab nak cari makanan...

sungai Dotonbori. kat mana-mana ceruk dunia ni, sungailah selalunya menjadi punca sesuatu tempat dibangunkan. kalau buka buku sejarah, penempatan awal manusia kebanyakannya bermula dari (tepi) sungai...
just name it: sungai Nil, sungai Euphrates, sungai Melaka etc...

sori laa ya kalau foto-foto ni blur... snap foto sambil berjalan... so jadi macam tu laa...

kalau nak cari barang-barang murah kat Dotonbori ni, korang kena study sikit. since kami tak shopping apa-apa kat sini, jadi info tu tak ada laa...

kalau nak ke sini naik train, stesen paling dekat adalah stesen Namba. nak kata dekat sangat tu, tak ada laa... kena menapaklah juga. paling pening nak cari exit. sebab exit stesen ni terlalu banyak. memang boleh sesat dibuatnya!

macam mana suasana waktu siang kat sini, anies? maaflah... tak ada jawapan untuk tu. sebabnya, 2 kali kami ke sini, dua-dua pada waktu malam...

ni kat depan signboard Glico Man tu. memang ramai yang bergambar kat situ. so, pandai-pandailah korang ejas sendiri macam mana nak dapat foto yang elok...




selit jugalah kenangan kat sini walaupun ntah hape hape laa posing nya😂😂

short video @ Dotonbori

short video @ Dotonbori


well tu je laa perkongsian untuk hari ni. terima kasih kerana sudi tinggalkan jejak. insya allah esok lusa anies BW.

daa...

salam takziah buat blogger nina sekeluarga. mohon kesudian kawan-kawan untuk sedekahkan al-Fatihah buat arwah mak blogger nina yang meninggal dunia petang semalam... al-Fatihah...

14 comments:

  1. saya ada seorang kawan saya, selalu sangat ke jepun sampai tulis buku tentang cara nk bercuti kat jepun..

    ReplyDelete
  2. Suasana malam yang penuh gemerlap lampu, dengan udara yang sejuk dan banyak juga rupanya orang-orang yang berjalan disana.
    Oh Dotonbori itu nama sungai, Mbak. Melihat dari foto ramai juga suasana di kiri dan kanan sungai.
    Jadi, belanja apa disana Mbak?

    Salam,

    ReplyDelete
  3. bestnya jln2 sana. nanti boleh upload video kat tiktok juga sbg kenangan...

    ReplyDelete
  4. What a nice photos, thanks for your sharing

    ReplyDelete
  5. Parece un paseo divertido. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  6. Tu namanya posing 'pandang ke barat'... hehehe

    ReplyDelete
  7. masa saya pergi sini dulu dapat merasa view siang dan malam. tapi bagi saya, malam lagi best sebab cantik. kami naik river cruise dia tu. nasib baik sungainya tak busuk, haha
    yang signboard ketam tu saya ada beli dia punya kaki ketam bakar. manis isinya. tapi harga kaki je pun dah smpai 900 yen. bolehlah buat ghaso-ghaso kan

    ReplyDelete
  8. Ya Allah kakak, innalillahi wainnailaihi Raji'un. Ini kak Nina yg ambil barang di hotel saat saya ke Penang kan???

    ReplyDelete
  9. Tadi dah nak pikir komen ttg dotonburi, baca yg terakhir langsung rasa sedih pula. 😔.

    Apapun semoga kak Nina ikhlas dan kuat dengan kepergian Mak . Dan semoga Mak diterima dalm digolongkan orang beriman, diampuni segala kesalahan, dan diterangi kuburnya selalu

    ReplyDelete
  10. Gambar running man dan kepiting tuh memang famous kan ☺️. Saya sekali ke area sini. Ketemu adik saya yg kemarin juga, saat dia masih tinggal di Osaka. Dan sama kita, saya pun kesini selalu saat malam 🤭

    ReplyDelete
  11. Bestnya jalan jalan jepun! Lya belum pernah sampai lagii

    ReplyDelete
  12. Indahnya suasana malam, Dotonbori River.
    Alfatihah, condolences buat blogger Nina.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆