Majlis kesyukuran, tahlil dan doa selamat pembukaan Studio Bseri
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Diam tak diam dah lebih 3 bulan studio ni beroperasi. pemiliknya, Dila ialah cucu kepada jiran kami dan studio ni dibina di halaman rumah neneknya, bersebelahan kedai jahit mak ciknya.
majlis mula seawal 9.00 pagi. ahli kumpulan marhaban kampung dijemput untuk sesi bacaan surah Yasin. kemudian diikuti tahlil yang dilakukan orang masjid.
jam 12.00 tengah hari barulah jamuan makan bermula. tetamu yang datang terdiri daripada customer Dila, saudara mara dan jiran tetangga.
memang meriah majlisnya. sekali tengok macam kenduri kahwin pun ya. bezanya tak ada pengantin je. then, majlis ni siap ada tema iaitu Melayu tradisional. tetamu yang datang pakai baju or kain batik, kurung kedah dan sebagainya. kami je yang datang tak ikut tema😂
banner ni dibuat atas kain je... simple!
orang kreatif macam Dila ni confirm ada je idea untuk majlisnya. deko ni jadi tumpuan untuk mereka yang suka bergambar. cuaca panas belakang kira😂
antara menu yang dijamu👆👇 nasi jagung, nasi putih, daging masak asam, ayam masak merah, kubis masak lemak, pecelis mangga, timun masak hijau, sambal belacan, ikan bulu ayam, jambu asam boi, keropok lekor, kuih puteri ayu, kek marble, kuih koci, kuih bakar berlauk, popua sardin, popia sira, bubur kacang, teh tarik panas, sunqucik sejuk, bihun goreng, karipap etc. fuhhh...
suasana majlis...👆👇
ni studionya. sebelum ni Dila buat bisnes atas talian je. berkat usahanya, akhirnya dia berjaya miliki studio sendiri. Dila ni specialize dalam gubahan hantaran, kraftangan dan menerima tempahan seperti goodies, jambangan bunga, cenderamata, dekorasi majlis etc.
berkat a.k.a goodies a.k.a door gift. kami syak beg cerut ni Dila ambil dari kedai jahit mak cik dia. lebihan kain yang tak digunakan diolah jadi goodie bag...
all the best, Dila. cabaran dan ujian memang sentiasa ada. semoga Dila terus kuat dan terus maju walaupun dihambat dengan 'perangai manusia yang busuk hati' tu. kami di belakang Dila akan sentiasa menyokong sampai bila-bila!
thanks for reading!
15 Words of Lo♥e
orang kalau kreatifkan... contohlah bagi kat dia sehelai riben dan batang lidi mungkin macam2 boleh jadi. tapi kalau kat ammi mungkin riben tu mmg jadi riben yg ditampal jelah kat lidi. tak ghoti den nak gubah do.
ReplyDeletepecelis mangga tu apa?
Semoga bertambah maju bisnes jiran anies tu 🤲🏻
ReplyDeleteMeriah betul majlisnya macam kenduri kahwin. Betullah kata Anies, cuma tak ada pengantin je. Siap ada deko tempat bergambar lagi tu. Dah macam pelamin pun ada. Orang kreatif buat apa saja pun cantik kan. Semoga biz Dila terus berkembang dan maju. Aamiinn...
ReplyDeleteseronoknya kalau dapat buat mcm tu...linda pun mcm suka jugak deko2...tapi, tak boleh nk fokus...hihihi
ReplyDeleteAlhamdulillah meriah sangat majlis pembukaannya tu.
ReplyDeleteSemoga terus maju jaya
suka kak ana konsep majlis macam ni cantik dan nostalgia kan , all the best buat Dila
ReplyDeleteSemoga berjaya Dila
ReplyDeleteMe parece genial lo que hace la nieta de tu vecina. Te mando un beso.
ReplyDeleteBanyak lauk
ReplyDeletesemoga Dilla terus sukses dan alangkah baiknya kalau ada majlis orang kahwin seka;i...baru la syok tengok
ReplyDeleteAku baru tahu kalo di Malaysia buka tempat usaha juga ada syukuran dan tahlil. Kirain cuma di Indonesia saja.
ReplyDeleteSemoga usahanya ramai mbak Anies
Oh studio yg menjual kerajinan tangan ya kak. tadi saya pikir studio foto 😁. Meriaaah juga pembukaan nyaaa. Semoga lah studio Dila ini jadi ramai dengan customers yg hendak memesan Macam2 souvenirs atau apapun yaa .
ReplyDeleteMemanglah kompetitor selalu ada. Yg pakai cara sehat atau cara busuk. Tapi berharap Dila selalu kuat dan tidak terpengaruh dengan cara2 jelek yg dipakai saingan usaha.
Wah studionya berwarna cerah ceria, pasti orangnya pun hangat dan ceria, idenya kreatif juga, semoga usahanya lancar dan maju..amiin
ReplyDeleteMeriahnya majlis. Suka tengok set up tempat bergambar tu. Sekarang ni memang orang suka buat banner tulis jawi pakai kain belacu macam tu kan… memang nostalgik sangat
ReplyDeleteMoga Dila terus sukses, dimurahkan rezeki dan dilancarkan semua urusan bisnes.
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆