Ke sambutan Hari Kebangsaan ke-67 @ Dataran Putrajaya, Putrajaya
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Sejujurnya ni kali pertama kami ke Putrajaya untuk raikan Hari Merdeka tahun ni. jadinya... dia punya excited tu... sampai tak boleh nak lelapkan mata😂
kononnya nak bangun jam 2.00AM. sampai ke sudah mata tak boleh lena. then terus bangkit... mandi, tahajud sekejap, bersiap... baru gerak ke Putrajaya.
hampir saban tahun, kalau ada event besar macam ni pihak rapidKL pasti akan lanjutkan perkhidmatannya. buat pertama kali, kami naik tren di awal pagi. tengok laa tu... jam berapa?😂
suasana dalam tren... ingatkan tak ramai... bising pula tu dengar suara berbual... tapi kami faham... excited kan...
walaupun tahu ada banyak gerai jualan kat sana, tapi kami rela bawa dari rumah. nasi goreng ikan masin, air mineral, roti dan jajan. rasanya cukup kot bekalan ni. kalau lapar sangat nanti, beli jelah apa yang ada.
pihak penganjur dan rapidKL ada sediakan free shuttle bus dari stesen MRT Putrajaya Sentral ke tapak majlis. ada berpuluh bas dan boleh dikatakan, setiap bas non stop dan penuh dengan penumpang. OTW balik pun sama. memang terbaiklah!
dah tiba kat Dataran Putrajaya. ni suasana kat kawasan peniaga makanan. memang meriah! bayangkan... dalam jam 3.00++AM... dah ramai macam ni...
short video @ Dataran Putrajaya jam 3.00++AM...
suasana👆👇 kat sekitar Dataran Putrajaya...
dalam jam 4.00++ kami ke masjid 'besi'. ada program Qiamullail kat sana. tapi masa ni, anies dah start mengantuk setan betul! baru menyandar sekejap dah 💤💤 sedar sedar dah azan Subuh...
short video @ Dataran Putrajaya. masa ni dalam jam 7.00++AM. bila tengok langit... alamak, bakal hujan ke ni? syukurlah jujan tak lebat. sekejap je.
sepanjang perarakan, anies tak ambil foto or rekod video. tapi dalam banyak-banyak perarakan, yang ni paling dinanti-nantikan👇👇👇
pertama: K9 a.k.a anjing pengesan milik PDRM yang diketuai Teddy ensem bergaya. siap pakai spek dengan kasut yang tak menahan tuuu... credit video
kedua: anggota tentera / komando yang... tengok je dah goosebumps! credit video
ketiga: pertunjukan udara oleh TUDM. pesawat yang mula-mula buat persembahan tu memang terbaik. since Dataran Putrajaya ni dikelilingi bangunan, so deruman enjin pesawat tu... perghh dia punya gegaran... terbaik! even kat LIMA pun tak rasa macam tu. 'ngauman' enjin pesawat tu juga ada yang buat anak-anak kecil menangis ketakutan! credit video
dah habis! jom balik! sengaja balik jalan kaki sebab nak melintas jambatan Seri Wawasan ni. kalau hari biasa memang sah-sah tak boleh nak lalu sini sewenang-wenangnya... time ni laa peluangnya. ramai ambil kesempatan bergambar dan berehat atas jambatan ni... amboi kau... mentang-mentang polis tengok je tak buat apa-apa. siap berguling Hindustan kau atas jambatan tu ya!😂
well... dalam banyak-banyak perarakan dan persembahan, yang mana paling korang suka?
nak tonton siaran penuh sambutan hari Merdeka, klik kat SINI.
well tu je laa perkongsian untuk hari ni. kalau korang plan nak ke sini tahun depan, tak perlu drive. parking lot jauh, beb! better naik je public transport yang ada...
that's all for today.
daaa...
maaf banyak-banyak tak dapat nak BW dalam minggu ni🙏🙏 agak busy dengan kerja hakiki. apa-apa pun terima kasih kerana sudi tinggalkan jejak🫰
22 Words of Lo♥e
kalau peringkat negeri pulau pinang, dah beberapa kali saya masuk perbarisan semasa hari merdeka.. dulu la, masa zaman universiti, sebagai ahli dalam persatuan silat. tiap2 tahun persatuan silat kami akan join perarakan hari merdeka peringkat negeri pulau pinang..
ReplyDeleteselalunya pergi di SEremban je, tapi pernah 2x di Dataran Merdeka. Tapi umatnya mintak ampun ramai.
ReplyDeletewah..gigih nya..respek tul.. MA x serajin ni la.. and yg betul nya x geng, kalau ada geng...x rajin pun jadik aje...
ReplyDeletex pe..pelan2..keja hakiki kena settled kan dulu....
Dah lama tak sambut event-event besar macam ni. Sambut dalam small group je.
ReplyDeleteYour blog post has not been fully translated, but I am very curious about your snacking culture. Anie. Although there are many snacks between sweet and salty in Turkey, there are no mini cola gums or mini sour candies of our childhood times.
ReplyDeleteStasiun dan trainnya rapi dan bersih sekali....perjalanan yang seru
ReplyDeletemeriah sambutan merdeka di putrajaya
ReplyDeleteMemang kena komitment lebih nak gi sambut merdeka ni. Kami pergi last year pun jenus bersesak.. tahun ni tengok kat tv je la... tapi best kan sambut ramai2.. terasa patriotik dan bangga dengan malaysia
ReplyDeleteBagusnya. Untung lah dapat pergi. Tahun ni memang ramai yang berpusu-pusu datang awal-awal. Bagus jugak rapidKL buat inisiatif macam ni.
ReplyDeletethn dpn kalau buat kat putrajaya meh laa trn ke sini...
Deleteselamat merayakan kemerdekaan kak
ReplyDeleteterima kasih mas!
DeleteSaya tak pernah lihat perayaan yg di Putrajaya ini. Seruuuu ta. Sampai sebelum subuh pun hrs berangkat 🤣🤣🤣.
ReplyDeleteKalo di sini sudah tak dilakukan di jakarta kak. Dah pindah ke New capital Nusantara IKN. 😄. Dah bukan capital lagi jakarta..
Es un genial lugar. Te mando un beso.
ReplyDeleteAnies pun ada jugak ye? Kalau tau boleh la ambik gambar sama2 sementara tunggu perarakan bermula. Anies tengok dekat mana? Hujung ke tengah?
ReplyDeletesaya kat bangunan JPN...kat situ 'tinggi' sikit so dpt laa tgk perarakan...
Deleteawal pepagi tu ramai betul UMAT kat lua tu ye hehe... Yaya xsempat kul 12 zzzzz dahh lagi sadis haha =P
ReplyDeleteMemang excited kalau dapat pergi. Lagi-lagi first time, semangat membara gitu. Ada yang stay situ lagi awal kan. Masa tu pun dah ramai, inikan awal pagi. Baguslah kemudahan pengangkutan dilanjutkan dan ada yang percuma. Itu yang buat mudah orang nak datang.
ReplyDeleteMujur ada services percuma dari bas rapid .. pengunjung yang nk ke sini boleh la naik bas rapid dari nak bersesak bawa kenderaan sendiri
ReplyDeleteSelamat Hari Merdeka... Kami sambut kat Klebang jew... Tengok bunga api🇲🇾🇲🇾
ReplyDeletePutrajaya pun sibuk juga kak Anies tak kurang Kuala Lumpur. Ramai yang menyambut hari kemerdekaan.
ReplyDeleteOh saya baru tau mrt beroperasi pagi2 buta jugak ye. Ingatkan last train sampai pukul 11pm n mula beroperasi 5am esoknya je
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆