Untuk sahur

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Pejam celik pejam celik... 23 Mac ni kita akan sambut Ramadan. korang dah ready ke? 

rasa macam kejap je kan? terasa lagi 'kezutan' raya kelam kabut tahun lepas. tup tup sekarang tinggal dua hari je lagi nak masuk Ramadan. Alhamdulillah... mudah-mudahan Ramadan tahun kita dapat meraikannya sampai ke hari terakhir.

so untuk puasa tahun ni anies tekad nak sahut cabaran makan makanan sihat terutamanya masa bersahur supaya dapat kekal cergas selama 13-14 jam berpuasa.

sebelum ni dah pernah buat tapi kurang berjaya. mungkin makanan yang diambil tak sesuai dan akibatnya, baru pukul 10.00 pagi, perut dah berdangdut kelaparan. lepas tu bila buang air besar, 💩 macam tak normal je 'kejadiannya'. aisehhh...

selain tu, pengambilan makanan ni juga didorong oleh faktor masa. kadang terlajak tidur, tahu tahu je tinggal 5 minit je lagi sebelum azan Subuh. akhirnya sempat meneguk segelas air dan sebiji kurma je. ya, nampak macam okey tapi 'sengsara' tahan lapar tu... Tuhan je yang Maha Tahu.

jadi, untuk sahur tahun ni anies pilih untuk makan....

organic instant oat. cara penyediaannya sangat mudah. cuma campurkan oat dengan air panas. biarkan seketika dan lepas tu boleh makan. oat ni anies beli kat Watsons dan berharga: RM9.90 sepek. beratnya 500g dan anies percaya ia boleh bertahan untuk tempoh sebulan berpuasa (orang pompuan puasa mana cukup! 😂)


untuk tambahkan kesedapan 'menu' ni, anies pilih:


Original Horlicks. kenapa Horlicks? macam yang semua tahu, Horlicks ni kan minuman malt dan ia dapat memberi tenaga tambahan. Horlicks dibancuh dengan air panas sebelum ditambah oat. pada mulanya anies nak beli Horlicks 3 in 1 tapi disebabkan yang 3 in 1 ni ada gula dan krimer, jadi anies pilih yang kosong je. harga: RM11.59 sepeket. beli kat 99Speedmart.


tapiiii!!!! 2 'bahan' ni belum cukup lagi. anies tambah:


natural mixed nuts and dried fruits. kekacang dan buah kering ni anies akan masukkan dalam bancuhan oat. so secara tak langsung ia akan menambahkan kesedapan hidangan. tak laa rasa hambar je kan? harga sepeket ni RM14.90. kalau beli 2 paket, RM24. anies beli kat Watsons.


harap-harapnya cabaran makan sihat untuk sahur ni akan kekal 'istiqamah'nya sampai bila-bila. bukan bulan puasa je. bulan-bulan lain pun sama.

kita makan bulan untuk diet. tapi untuk kesihatan di masa depan. kalau tak jaga sekarang, bila lagi, kan?

so, apa makanan pilihan korang untuk bersahur nanti? share tau!

thanks for reading.
daaa

Kisah Silam Untuk Masa Depan

38 Words of Lo♥e

  1. lain pula dengan saya anies...tak boleh lari dari nasi..sahur pun nak juga makan nasi dasar tekak orang kampung kot hahaha

    ReplyDelete
  2. Semoga puasa kita semua di lancarkan..amiiin🤲...kalau ga makan nasi saat saur sepetinya ga kuat menahan..😁.jadi walau sedikit saya tetap makan nasi...oat memang menyehatkan...dan lebih enak yg ada rasa..campuran buah keringpun bisalah menambah rasa

    Tapi saya lebih pas makan nasi....maklum sajalah perut suka berbunyi kalau tengah hari🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya faham sangat tu.
      sebelum ni pun saya makan nanti. cuma mahu cati kelainan sikit tahun ni. kalau tak berjaya, nampaknya memang kena makan nasi juga😁

      Delete
  3. Saya suka buat overnight oat. Campur susu dgn buah-buahan mcm pisang, anggur, epal, betik & mangga. Nak bagi manis sikit letak madu / maple syrup / gula perang. Tambah cinnamon utk bagi rasa lebih manis walaupun kurang gula :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak try jugalah buat mcm ni. sesekali tukar selera kannn

      Delete
  4. Wah! bagusnya semua menu sihat ni. Btw selamat berpuasa Anies.
    Pilihan Mrs. A dulu kini dan maybe selamanya adalah nasi Anies.
    Dah memang set kat minda ni kalau tak dapat nasi. #matilamak

    ReplyDelete
  5. masa time bujang mkn mcm ni juga. senang je. kadang minum susu dengan kurma je. hehe. senang simple

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan x de sapa nak marah kalau x sempat nak bersahur😁

      Delete
  6. masa saya kurus dulu...kelaparan lebih terasa berbanding masa saya gemuk sekarang ini...mudahan bulan puasa ini lebih banyak ibadah berbanding makan hehehe

    ReplyDelete
  7. Ramadhan is coming :) mubarek all the world...

    ReplyDelete
  8. Fanny dah stok menu makanan yang tinggal di panaskan kak 😄. Kayak rendang dikirim mama, kebetulan restoran Padang di sini ada jual lauk yg sudah divacum. Jadi tinggal dipanaskan juga.

    Trus ada stok kue2 macam risol yang Frozen. Tinggal goreng. Memang serba cepat dimasak ajalah 🤣. Karena asisten Fanny yang biasanya bertugas masak, dan resign. Jadi tak ada lagi yg masak di rumah hahahaha. Terpaksa lah perbanyak stok makanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. risol frozen murah tak kat sana? lama tak makan risol sejak pindah tempat ni

      Delete
    2. Tergantung sih. Ada yg murah, tapi tak premium bahannya. Ada juga yg mahal, tapi dijamin memang sedap 😄👍.

      Delete
    3. kalau yang premium tapi tak sedap, siaplah penjual. kita viral kan dia 😂😂

      Delete
  9. Gracias por la recomendación Te mando un beso.

    ReplyDelete
  10. Wah sahur sihat!
    Saya minum air putih letak sebelah katil. Minum boleh sambil tutup mata.

    ReplyDelete
  11. Sha doakan semoga Anies terus istiqamah dengan cabaran ini walaupun lepas puasa nanti.. Sha sahur kena makan nasi.. kalau tak memang lembiklah.. hehehe.. cumanya kurangkan kuantiti je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sha

      perut melayu wajib nasi...🤭

      Delete
  12. buat lah resepi sekali.. nk tgk mcm mana kejadian tu.. haha

    ReplyDelete
  13. sedap pulak tgk kacang2.. nanti nk terjah watson

    ReplyDelete
  14. Saya ingin sekali cuba makan sihat macam oat, tapi hati masih saja memilih nasi.. hehehe

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆