Hussain Nasi Kandar @ Sungai Petani, Kedah

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Niat asal nak singgah Kieda Crepe HQ kat Kepala Batas, Penang. hmm... last last kat sini juga yang kami singgah.

kat sini konsepnya order dan bayar di kaunter. jadi anies pilih untuk makan nasi goreng biasa (biasa, maksudnya?😂) dengan air limau suam je.

manakala abang pula order nasi kandar berlaukkan telur goreng. ni kerana ayam goreng dah habis. yang tinggal ayam yang bersaiz besar je.

masa kami sampai, restoran penuh dengan pelanggan. mujurlah dapat tempat duduk. selesai makan, abang order murtabak daging sebab dia masih rasa lapar lagi. anies yang dah senak perut kekenyangan tu, jamah sikit je murtabak. buat raso raso.

lokasi restoran ni senang je nak cari. landmark nya Pasaraya Billion. confirm jumpa restoran ni.

suasana dalam restoran. stafnya ramai. makanan siap masak boleh dapat sebaik selesai membayar. kalau masakan panas, yes kena tunggu. tapi tak lama. dalam 10 minit dah dapat. apa pun bergantung pada keadaan.

lepas buat order kat kaunter, pelanggan akan dapat plat besi ni. makanan atau minuman akan dihantar ke meja korang merujuk nombor yang tertera. lepas dapat order, staf akan ambil semula plat ni. untuk take away, plat besinya warna merah.

air limau suam. harga RM2.20 per cup

nasi goreng biasa. sedap. rasanya dia ada campur dengan serbuk Maggi kari. masa mengunya boleh terasa macam Maggi😂 nasi ada banyak sayur. harga: RM5.00 sepinggan

nasi kandar kuah campur lauk telur goreng. bila tengok bil... RM13.90! biar betik??? kalau ada ayam goreng entah berapa agaknya. 

cawangan lain kalau korang nak singgah. anies snap dari plastik pembungkus je. so far restoran ni cuma ada kat Kedah & Penang je. orang KL, sila cari nasi kandar Pelita😂

okey, tu jelah cerita makan makan untuk hari ni. cerita fasal makan yang terakhir sebelum kita melangkah masuk bulan Ramadan.

thanks for reading.
daaa

Kisah Silam Untuk Masa Depan

24 Words of Lo♥e

  1. Dah nak puasa, salam Ramadan

    ReplyDelete
  2. Saya belum pernah mencoba makanan dari Malaysia,tapi terlihat enak nasi gorengnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom datang sini. ikut mbak fannt. dia mahu ke malaysia selepas idul adha nanti. nanti saya bawa makan nasi goreng😀

      Delete
  3. mahai gak kan anies bagi alamat kat emel kak ya paridah.ishak@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa smpi laa ni sy cari tang mn yg mahal tu

      Delete
  4. pernah makan kat cawangan di sungai dua penang. ok la, boleh makan...

    ReplyDelete
  5. Genial comida te mando un beso.

    ReplyDelete
  6. Pergh!! Telur pun dah segitu harganya.. Tak terbayang kalau lauk lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa psl. kalau tolak air kosong rm1 still mahal

      Delete
  7. Baca pagi 1 Ramadhan, terliur je kita tengok hehehe. Salam Ramadhan anies. Selamat menunaikan ibadah puasa 😇

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sabarrrr kejap je lg nk berbuka

      salam ramadan utk sis sekeluarga

      Delete
  8. Tidak nampak telur gorengnya disamarkan dengan pelbagai kuah.
    Hehe harga boleh tahan mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tenggelam dek kuah campur😂 tu laa psl ntah apa laa yg mahal sgt

      Delete
  9. Aghhhhhh nasi kandar my favourite 😍😍😍😍😍. Iiih kangeeeen banget Ama nasi kandar lah kak 😄🤤. Eh ini ada di Penang kah? Fanny harus coba Juli nanti pas di Penang kalo gitu 😄. Udah Fanny catat pun Bbrp nasi kandar di Penang yg akan Fanny coba, termasuk pelita walopun dulu selalunya makan di sana 🤣.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa asyik nasij kansar pelita je carilah yang rare. tapi hussain ni tak ada di pulau. fanny kena pergi seberang. tapi kat pulau banyak yang famous. hameediyah pun ok

      Delete
  10. tak pernah makan hussain ni lg.. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pi aeon perai nnt bleh sggh sini.. not bad laa diorg punya menu

      Delete
  11. Apa itu nasi dalca, kak? saya baru dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalca ni mirip kari. di dalamnya ada kacang dal, sayur kacang panjang dan carrot. makan dgn nasi putih

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆