Terima kasih daun keladi blogger kak PI

3:16 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Kalau tak kerana mesej daripada kawan, anies memang tak tahu langsung fasal surprise ni. ooo... pandai ya blogger kak PI (Paridah Ishak)... diam-diam je buat kezutan... 👱👱

sebaik ternampak sampul bersetem dan receiver details bertulisan tangan (terpaksa minta bantuan Jamie Oliver untuk menutup rahsia itu) anies dah boleh agak siapa pengirimnya. sebab sebelum ni pun kak PI pernah beri hadiah. anies pun dah tak ingat berapa banyak😆😆. hadiah tu semuanya buku karya-karya hebat kak PI dalam pelbagai genre. adakah surprise kali ini pun buku juga???

tadaaa.... inilah hadiahnya... 2 buah buku yang anies kira kak PI pernah share dalam blognya. 

jom anies kongsikan secara ringkas buku-buku ini:

Syair Puteri 7 - kisah dalam syair legenda puteri nusantara Melayu yang menarik dalam mitos atau legenda warisan hikayat yang perlu ditelusuri untuk dijadikan teladan atau sekadar renungan bahawa setiap kejadian berlaku dengan izin Pencipta. bukan semata khayalan penulisnya. puisi syair merupakan puisi tradisi yang dilagukan dengan indah membawakan kisah pilihan sebagai pengajaran dan... (kenapa tergantung?)

isi kandungan dalam buku Syair Puteri 7

bahagian dalam buku Syair Puteri 7.

Impiannya Termakbul - Antologi Cerpen Kanak-kanak Impiannya Termakbul ini menghimpunkan 16 buah cerpen kanak-kanak karya 8 penulis ahli grup Facebook Mari Menulis Sastera Kanak-kanak (MMSK) iaitu Asmah Hashim, Dzilla Ishak, Mazita Md Nor, Paridah Ishak, Raiza Khairina, Suhana Salleh, Suzana Jumadil dan penyelenggara, Hamidi Md. Yudin.

isi kandungan dalam buku Impiannya Termakbul.

bahagian dalam buku Impiannya Termakbul yang memaparkan karya kak PI. siap ilustrasi berwarna ya... memang menarik untuk dijadikan bahan bacaan anak-anak.

untuk itu, terima kasih banyak-banyak kepada kak PI atas pemberian ni. really appreciate it! so, kepada kawan-kawan di luar sana yang masih belum kenal atau nak kenal siapa blogger yang anies maksudkan ini, sila klik di SINI untuk follow. mana tahu, ada rezeki korang pun boleh dapat hadiah macam yang anies terima ni. 

well, that's all for today.
thanks 4 reading and commenting.
#staysafe

daaa....

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

63 Words of Lo♥e

  1. Mengimbau zaman kanak-kanak baca buku ini.

    ReplyDelete
  2. Tahniah, Anies. Dua-dua buku tu menarik untuk dijadikan koleksi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... tp skrg dah x de space nak letak waaaaaaa

      Delete
    2. Tak cukup space, hantar tumpang letak kat sini :)

      Delete
    3. eh suara siapa tuuuuu😆😆😆

      Delete
  3. Seronoknya dapat surprise. Dapat bahan bacaan. Tahniah Anies. Bertambah koleksi buku Anies :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... ya akn bertambah bahan bacaan tp pening mn lg nk sumbat x ckp space da hahahahaah

      Delete
    2. Kena beli rak baru tu nampaknya :p nanti boleh tambah koleksi lagi. More and more :)

      Delete
    3. errrrr... panjang errr nya hahahaha

      Delete
  4. Tahniah! Selamat membaca. Moga bertambah ilmu di dada.

    ReplyDelete
  5. Congratulations!
    Sebelem tidur baca syair dulu, good dream!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you evi...

      takut saya terlelap terus hahaha

      Delete
  6. Great post dear, so nice and interesting, love it!   

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah sudah diterima kiriman kak...terima kasih banyak anies tolong review lagi.

    ReplyDelete
  8. Lindo regalo y parece un gran libro te mando un beso y ten una buena semana

    ReplyDelete
  9. Bagus tuh kisah legenda.
    Bacanya bikin berkhayal ke dunia antah berantah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. it's okay kalau berkhayal, mas. jangan tertidur sudahlah hahaha

      Delete
  10. seronok dpt surprise dr kwn blogger kn

    ReplyDelete
  11. Kedua-dua buku tu menarik untuk dibaca.. Tahniah anies..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... asik hadap hp je baik hadap buku kan? heheh terima kasih sha ;-)

      Delete
  12. Wah.. Boleh lah kau isi masa dalam gua dengan membaca. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. x boleh. xde lampu. nnt mata rosak ;-)

      Delete
    2. Order la lampu led kat shopee banyak

      Delete
    3. ko ni dlm gn mn ada internet. ko tlg laa order kan... ;-)

      Delete
  13. Dah lama tak bersyair gurindam bagai.

    ReplyDelete
  14. Bayang Anies bersyair di rumah sorang-sorang :)

    ReplyDelete
  15. Saya pun mau dapat buku macam tu, seronok sangat.. betul betul betul.., tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bisa diatur, mas... sila berkenalan dengan kak PI ya ;-)

      Delete
  16. gmbr pon warna warni ye., sonoknye dpt buku hadiah dari kakPah., ;p

    ReplyDelete
  17. bestnyaa dpt hadiah !! dari Kak PI... tahniah akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap mmg seronok hehehe terima kasih atie ;-)

      Delete
  18. alhamdulillah murah rezeki kembaq nina ni. haha
    bertambah2 surprise

    ReplyDelete
    Replies
    1. lambatlah laa pulak nk tunggu bulan 7 ni nk dpt surprise hahahahaha

      Delete
    2. tulah nk bt macam mana sama2 lahir bulan 7. hahahaha
      sharing is caring

      Delete
    3. kedekut tu DNA sy hahahahah

      Delete
    4. Baru tau ni 🤣 larikkkk

      Delete
  19. seronokla membaca lepas ni ya hehe

    ReplyDelete
  20. Tahniah anies..tahniah Gak kak PI Katya yg bagus agt

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih! kak PI mmg hebat bab2 sastera ni ;-)

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆