Đà Lạt, Vietnam: Me Linh Coffee Garden (part #2)

1:59 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI (part #1jemput baca ya, kawan-kawan!

ya, anies is back with her cerita jalan-jalan maha sendu😂😂😂

lepas minum kopi luwak, anies bersama Kak Su (ketua rombongan) berlalu meninggalkan 'perusahaan kopi luwak' dan menuju ke 'taman sebelah'.

untuk sampai ke sini, kami cuma menyusuri jejantas yang disediakan. di bawah jejantas, ada ribuan pokok kopi ditanam.

sebaik tiba, staf Me Lind terus minta receipt. ya, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. kalau nak masuk taman ni, ada pengeras kena bayar. tapi, andai korang ada beli / minum kopi macam yang anies ceritakan dalam entry sebelum ini, maka korang boleh masuk F.O.C. ya, bener pak. bener ibuk gratis aja.

caranya tunjukkan saja receipt pembelian. 1 receipt = 1 visitor only. ada faham adik manis? bhaiya? master ji?

jom kita explore!

bila dah betul-betul berada dalam kawasan taman ni, barulah anies nampak rahsia tersembunyi. rupanya, kat sinilah kita boleh berposing sakan sampai habis Kodak. memang rugi kalau 'kaki-kaki IG' dah tiba Da Lat tapi tak pergi sini.

dahlah scenery cantik. props (betul ke namanya props?) yang disediakan pun memang 'ngam'lah dengan pemandangan yang superb tu. cuaca pula sejuk-sejuk gituuu...

anies tak tahu nak taip apa lagi. korang layan jelah gambar2 posing mem besar yang dah lupa daratan tu 😆😆😆

main entrance... dekat sini bukan saja boleh minum kopi fresh, malah nak buat indoor events macam majlis hari jadi ke, majlis reunion ke... boleh sangat-sangat sebab di dalam bangunan ni ada ruang besar yang anies rasa boleh menempatkan kira-kira 50 - 100 orang sekali gus. (tapi ada ke orang Malaysia sanggup ke sini semata-mata nak sambut birthday? 😂😂😂)

sebelah kanan main entrance... gambar ni dengan gambar di atas anies snap selepas keluar dari taman ni ya...

benda pertama yang korang akan nampak sebaik melangkah masuk taman ni adalah 'ladang' bunga... tapi anies pula dah nak keluar baru nampak taman ni. kami tak masuk. just ambil gambar je...

maaflah ya... anies tak tahu bunga apa yang ditanam di sini...

sebenarnya bukan kami tak nak masuk tapi disebabkan kami dah terlebih masa. mak cik pak cik pencen yang menunggu kami dalam bas dah bising sebab lambat... ya ampunnn ibukkk...

memang luas ladang bunga ni... 'kaki-kaki IG'... macam mana? bolehlah plan ke sini lepas Covid-19 berakhir...

anies tak pasti bunga-bunga di sini boleh dibeli (floral bouquet) atau sebaliknya...

inilah rahsia di sebalik taman kopi. ada laluan / pelantar khas untuk korang posing sakan kat sini. 

then, nampak tak anak panah putih tu? kami lalu di situ dari kedai kopi untuk sampai ke sini. please refer my previous entry ya kalau nak faham apa yang anies maksudkan...

ya betul... atas bumbung bangunan ni pun korang boleh bergambar... nak feeling feeling macam dah sampai Tokyo, kan blogger Salbiah M? 😂😂😂

pastikan korang datang ke sini dalam cuaca yang baik. barulah dapat bergambar dengan jayanya...

ya, pelantar ni sangat tinggi. melepasi pokok-pokok kopi yang ditanam di bawahnya...

nampak macam terik, kan? tapi sebenarnya udara sekeliling sejuk ya. sebab Da Lat ni kan berada atas gunung...

saja snap buah kopi dari atas pelantar. rasa nak petik je...

stairway to heaven katanya mende alah ni... 

tapi...
.
.
.

tak sampai ke heaven dah surrender😆😆😆 apa cer...?? gayat woo... sebab tu terus terduduk kat situ😆😆😆😆 ingatkan tangga ni tak tinggi. adoiii spoil laa mem besar ni...

moh tengok mem besar posing bak model Victoria Secret😆😆😆😆😆😆😆😆😂

ni posing mengamuk terpaksa bangun tidur dan menguak langsir bilik sambil mengomel kena buka pintu sebab ayah tertinggal kunci motor😆😆😆😆😆 (ntah apa-apa punya caption)

kite kasi ⭐⭐ bintang je laa untuk pose ala ala iklan Dunhill 1992 ni😆😆😆

beginilah ya cara posing bini keempat kepada CEO Megah Holding...😂😂😂😂

ni posing fly to your heart... wueeekkk!! muntah ijo awok oiii😂😂😂

dah tak tahu nak posing apa daa... kite peluk je laa patung Jepun ni dengan harapan Julai nanti dapatlah fly ke Tokyo... eh ehhh😆😆 BTW, pintu gerbang Bali kat bawah tu kami tak pergi. tak larat dah nak tawaf taman ni... tempoh 30 minit kat sini tak cukup. paling tak, kena 3 jam baru puas hati 😂😂😂

okey tu jelah sesi merapu untuk minggu ini😂😂
thanks for reading...
daaaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

50 Words of Lo♥e

  1. cantik da lat ni.. selalu jgk tgk org pegi da lat, vietnam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik sbb dia atas gunung tu yg syoknya..

      Delete
  2. Amboi posing siap terbaring tengok langit. Apa yang difikirkan ketika itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. fikir bla laa agk nya sy boleh ada ladang kopi cm ni😆

      Delete
  3. Posing bini keempat tu memang win...ngeh ngeh ngehhhh!

    ReplyDelete
  4. What a ınteresting places ... thanks for your sharing :)

    ReplyDelete
  5. bila dipadukan sama kopi di siang hari cuaca begitu, cocoknya ice coffee.. mantap

    ReplyDelete
  6. Boa tarde minha querida amiga. As fotos ficaram maravilhosas, parabéns.

    ReplyDelete
  7. Parece un lindo sitio para visitar te mando un beso

    ReplyDelete
    Replies
    1. tienes razón, querida. Ojalá pudieras estar allí una vez que el pandamico se haya ido.

      Delete
  8. Wohh cantik betul ladang kopi ni mmg instagrammable sungguh

    ReplyDelete
  9. betul!!!rugi klu kaki kaki IG tak ke sini klu dah sampai area tu kan

    ReplyDelete
  10. Wow... Huhuuuu nak terbang Japan... Ole ole jgn lupa yer🇯🇵🌹🌹

    ReplyDelete
  11. Lanjutannya kece kak. Cocok banget tuk anak muda yang ingin membangun konten fotografi sama videografi, bisa bikin foto aestetik dan video cinematik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu mas. tapi pastikan datang pada cuaca yang bagus barulah dapat foto yang👍👍👍

      Delete
  12. terima kasih foto-fotonya kak, segar lah mata ini.. walau pun belum bisa berlibur ke mana-mana :-D

    ReplyDelete
  13. Very interesting post! Thanks for sharing.

    Infinitely Posh

    ReplyDelete
  14. Your post reminds me of one of the episodes of Battle Trip when they went to Da Lat.

    ReplyDelete
  15. Rindunya cuaca sejuk Dalat. Itu stairway ke puncak liga tu yang tak sampai-sampai.bulan julai kita gi jepun ye. Tahun bila x tau. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. woiiii mn cite dalat koooo... kodak x cuci lg keeeee

      Delete
    2. Cite dalat aku dh terkubur bersama impian menang liga

      Delete
    3. tu laa ko leng kali sokonglah Selangor juara piala mesia 33kali👍👍

      Delete
  16. Photos are amazing ! Fantastic post! 

    ReplyDelete
  17. Sungguh la habis kodak macam ni. hihi..habis bateri sampai sini awak. Cantik tempat tempat pose dia..tak tahu lah nama dia props ke apa..Kalau pergi ramai ramai ni mahu kena beratur.lepas tu posing ala kadar je. Seronok bila tak ramai, senang bergambar posing sakan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lengkali bw laa kodak 36. bw yg 24 mn ckp😆😆😆

      Delete
  18. Curtain biliknya cantik!
    Love your wings!

    ReplyDelete
  19. tak payah nk ke bandung, pulau jerejak dh dpt selfie. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bla laa nk g lg pulau tu...😓

      Delete
    2. nanti kita pi bersama2.. selfie sampai kodak habis. hahahaha

      Delete
    3. covid ooo covid... cpt laa berakhirrrrr

      Delete
  20. Awal2 dah gelak baca statement ‘berposing sakan sampai habis Kodak’... bila tengok gambar dan caption, memang posing sampai habis kodak hahaha. Paling win gambar isteri papa Megah Holding tu 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetiba rindu zaman pakai kodak hehehe

      Delete
    2. Rindu, kan... dulu nak ambil gambar pakai kodak kena pose betul-betul. Sayang oh kalau gambar tak jadi lepas cuci ;)

      Delete
    3. plg sadis bagi saya, gmbr dah elok cun, tp mata terpejam waaaaaaaaaaaa

      Delete
  21. Hahahaha.. Tak pernah tak kelakar caption gambar dia.. ada je idea Anies.. buah kopi tu.. 😋😋😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😊😊😊 nak ke buah kopi tu? sy petikkan?

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆