#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #ColdPursuit

11:12 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Synopsis:

Baru sahaja keluar dari kereta, tiba-tiba Nels Coxman (Liam Neeson) ternampak kelibat isterinya yang berpakaian tidur di luar rumah mereka (dalam keadaan salji sedang lebat) dan mencari sesuatu. rupa2nya tindakan isterinya itu disebabkan dia tidak percaya dengan khabar kematian anak tunggal mereka, Kyle Coxman.

Kyle bekerja di airport Kehoe dikatakan meninggal dunia akibat pengambilan cocaine berlebihan. Nels tidak percaya dengan dakwaan itu dan dia sangat percaya Kyle bukanlah drug addict.

tertekan dengan situasi itu, Nels mahu membunuh diri tetapi tindakan itu tidak berlaku kerana dia bertemu Dante, yakni kawan anaknya (Nels tidak pernah mengenali / bertemu Dante sebelum ini).

Dante ketika itu berada dalam keadaan parah, telah dipaksa oleh Nels untuk menceritakan hal sebenar. dan daripada info tersebut, seorang demi seorang Nels buru (dan bunuh) untuk menuntut bela atas kematian anaknya.

namun tanpa Nels menduga, 'pemburuannya' itu secara tidak langsung menghangatkan lagi perseteruan antara dua geng cocaine terbesar di Denver.

apa tindakan Nels setelah mengetahui hal tersebut? berjayakah dia menuntut bela atas kematian Kyle?

komen:

reason anies nak tengok sangat filem ni adalah kerana Liam Neeson. tiga filem Liam sebelum ni anies memang tak pernah missed (but i'm not his fan okay!)

dan jangkaan filem aksi penuh debaran ni ternyata menghiburkan. ada elemen lucu, ganas, kejam, darah sana sini dan tidak ketinggalan aksi yang memang patut kena censored yakni perlakuan tak senonoh antara 2 lelaki (okey yang ni tak payah cerita)

jalan cerita agak tersusun. dari mula hingga akhir, tiada plot tersembunyi. satu persatu rahsia dibongkarkan walaupun ending-nya setiap pembongkaran itu diperlaku dengan kejam.

so yang tak tahan tengok darah merata-rata, bertabahlah ya...

lagi satu, dalam filem ni watak antagonis yakni Trevor Calcote memang membuatkan penonton menyampah. dia anak ketua gengster tapi perangai dia sangat2 menjengkelkan. err... nak cakap macam mana yek? tapi anies memang menyampah laa tengok dia hahaha

overall, filem ni memang menghiburkan tambah pula dengan scenery / cinematography yang sangat2 cantik (view pergunungan bersalji - sebab itulah title filem ini meletakkan perkataan 'Cold', sebab ada kaitan).

dan telaan anies ni ternyata benar apabila tamat sahaja filem ni, penonton beri tepukan. sebenarnya jarang dapat dengar tepukan menonton melainkan sesuatu filem tu (ketika premiere) benar2 buat mereka terhibur.

so, daripada ⭐⭐⭐⭐⭐anies beri ⭐⭐⭐⭐. filem ini sudah masuk pawagam seluruh tanah air semalam, 21 Februari 2019.

terima kasih banyak2 kepada budiey.com atas 2 pass tayangan perdana ni. Tom Bateman ni pegang watak antagonis. ish memang menyampah dibuatnya!

antara adengan2 dalam Cold Pursuit

Nels selepas bergaduh dengan salah seorang yang disyakinya terlibat dalam kematian anaknya.

pihak polis sedang menyiasat mayat seorang Red Indian... siapakah beliau? dan kenapa mayatnya diperlakukan sebegitu?

sesuatu yang tak pernah Nels lakukan dalam hidupnya yakni melakukan bed time story dengan Ryan...

Nels hanya memerhati dari jauh insiden yang sedang berlaku...

dialog lelaki ni dalam filem ini boleh dibilang dengan jari. cukup dengan mimik muka dan aksi sudah menggambarkan watak yang disandangnya.

credit gambar


trailer. credit video

selamat menonton!

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

24 Words of Lo♥e

  1. kalau liam neeson mmg power la..

    ReplyDelete
  2. For me, tak dan nak tengok sebab macam tak tayang je dekat cinema sini.

    ReplyDelete
  3. Iya menarik ceritanya, saya juga uda menontonnya.. Dibagian bed time story juga cukup lucu kak karena yang dibaca buku mesin, bukan mendongeng.. Jadinya mereka berdua belajar deh :D

    ReplyDelete
  4. Wow..review best tapi confirm tak sesuai tengok dengan anak. Sejak anak dah besar ni, kitorang tengok cerita kartun je kat cinema..sedih kan..

    ReplyDelete
  5. agak2 klu cik nor tgk..tdo dalam pawagan ke tak?hihi

    ReplyDelete
  6. This is my first time of hearing about Cold Pursuit. Tak tau pulak Liam Neeson ada keluar cerita baru. My dad suka sangat dengan dia ni, maybe kena bawak ayah skali untuk tengok sama2

    ReplyDelete
  7. Menarik review puan blog ni hihi 👏
    Cheq nak tunggu cerita ni available kat astro ja laa 😀

    ReplyDelete
  8. Nampak gambar, filem ni mcm menarik.. dah ada di pawagam ni. Ada masa tengah hari boleh lari jap gi pawagam menonton nnti hehe

    ReplyDelete
  9. mmmm cam best jer ;) nanti nak carik dvd

    ReplyDelete
  10. Kalau Liam nie berlakon mesti menarik.. Sha dah tengok trailer dia.. kalau ada peluang memang nak tengok filem nie..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆