Phnom Penh, Cambodia: Independence Monument, Norodom Sihanouk Memorial, Cambodia - Vietnam Friendship Monument

1:13 pm

✿...السلام عليكم✿

Memang sengaja anies gabungkan 3 mercu utama Phnom Penh ni dalam satu entry. ini kerana, jarak antara satu monumen ke satu monumen yang lain tak berapa jauh. tak sampai sejam kami dah selesai 'tawaf' ketiga-tiga monument ni.

tambah pulak, time tu tengah panas lit lit, so, kami pun cepat2 ambil gambar dan beredar. masa tiba kat area monument ni, orang / pengunjung tak ramai pun. plus, nak masuk ke sini tak ada sebarang bayaran dikenakan.

tapi since kami bersiar-siar ni tanpa guna khidmat tuk tuk, maka ada laa beberapa orang pemandu tuk tuk tunggu je kelibat kami beredar tak jauh dari monument. ada tu jenis tak putus asa. tetap juga menunggu walaupun kami dah beberapa kali cakap tak nak (guna khidmat mereka). kami faham, mereka nak cari rezeki. tapi, kami juga harus fikirkan diri kami dulu, ya tak?

okey laa macam biasa, terimalah gambar2 yang tak seberapa ni. Insya Allah, kalau korang ke Phnom Penh satu hari nanti, bolehlah singgah2 kat sini untuk berOOTD.


INDEPENDENCE MONUMENT

kalau nak tau, Cambodia merdeka 4 tahun lebih awal dari Malaysia iaitu pada 1953. Cambodia dapat kemerdekaan daripada Perancis, bukan daripada Inggeris ya! tapi, macam mana pulak Pol Pot boleh berkuasa walaupun dah merdeka? tu cerita. yang tu kena buka buku sejarah yang ada kaitan dengan komunis.

monument ni terletak kat tengah2 roundabout. so, kami snap gambar dari jauh je laa... tak kuasa nak melintas jalan yang maha sibuk tu.


kami ke sini lepas makan kat restoran Ah-Man tu. anies ada share pasal restoran ni kat SINI.

kawasan sini banyak rumah2 / pejabat2 kedutaan termasuklah yang atas ni. kenal ke tak bendera tu? tak kenal? pi masuk kelas Sejarah lah!


nampak tak pemandu tuk tuk kat sebelah kiri gambar tu? hah, dia tengah tunggu kitorang laa tu!

tak berani nak posing cam che ta. nanti kena kecam hahahahahahahahahaha

lepas beredar dari IM, on the way yje NSM, kami lalu depan kedutaan Korea Utara. masa tu pulak, kat Malaysia tengah panas dengan kejadian pembunuhan abang tiri Kim Jong-un iaitu Kim Jong-nam. masa ni, kejadian tu baru je seminggu berlalu...


NORODOM SIHANOUK MEMORIAL

macam yang korang tau, Cambodia ni negara beraja. pembinaan memorial ini adalah sebagai lambang kepada usaha mendiang King Norodom yang telah membebaskan Cambodia daripada penjajahan Perancis. King Norodom meninggal pada tahun 2012 dan takhta sekarang diambil alih oleh anaknya Norodom Sihamoni.

berbeza dengan Independence Monument (IM) tugu ni terletak di tengah2 dataran. lebih kurang 500m je dari IM.


kali ni kami terpaksa melintas jalan untuk sampai ke NSM...

agak luas juga dataran kat sini...

puas cari angle yang sesuai tapi tak dapat... cuma ni je laa yang ada untuk tatapan korang...


CAMBODIA - VIETNAM FRIENDSHIP MONUMENT

pembinaan monument ini bertujuan untuk mengingati kerjasama yang terjalin antara 2 negara dalam menentang kekejaman Khmer Rouge (Pol Pot) pada masa lalu. monument ni terletak di dalam kawasan yang diberi nama Botum Park.

C-VFM ni terletak kira2 600m je dari NSM dan 500 m dari istana.





kawasan sekitar C-VFM / Botum Park






sebelum tu, ni ada pesanan penaja. 👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇sila take note ya!!


insya allah... stay tuned okay!

okey tu je...

salam Jumaat penuh barakah!

daaaaa

Kisah Silam Untuk Masa Depan

32 Words of Lo♥e

  1. ala posing la macam che ta, sungguh ni tak kecam punya hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. daku tak kan terpedaya dgn rayuanmu ituuu hahaha

      Delete
  2. boleh tahan busy jugak eh bandaraya dia. ada rezeki nak pergi jalan2 kat sana

    ReplyDelete
  3. Keren monumennya indah dipandang itu monumen apaan ya anis?

    ReplyDelete
  4. Alamak macy pun kategori kena masuk kelas sejarah ni. Hihii

    Kat sana memang banyak monumen kan. Lebih menarik bila berjalan dengan tahu info nya sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kami jumpa pun sket je yg x nmpk lg byk agaknya

      Delete
  5. Wah seru lagi jalan jalan nya
    Bisa dapat 3 menara sekaligus

    ReplyDelete
  6. SUKANYA ANIES RONDA2 SEMUA TMPT MENARIK DI SITU...

    ReplyDelete
  7. Gigih berjalan ye! Mujur memang dekat2 semuanya. Tak yah naik tuk tuk. Bagus kalau tau sejarah sebelum lawat monumen2 ni kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk jimat punya psl hahaha nasib baik smeua kaki kuat2

      Delete
  8. Pemandunya kok jauh-jauh gitu ya? Wah yang ditunggu malah asyik ssndiri hehe
    asyiknya jalan-jalan

    ReplyDelete
  9. Banyak juga tempat bersejarah kat situ...Dpt belajar sejarah hari ni. Good sharing Anies

    ReplyDelete
  10. sunyi betul la..

    bagus juga tak ramai orang..

    tak hidu bau perfume semulajadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat tepi jln mmg x ramai tp kalu g pasar diorg perghhh

      Delete
  11. best bila sesekali bukak artikel pasal travel ni, tak pergi pun rasa macam pergi sekali. nice sharing btw :)

    ReplyDelete
  12. Oh...bekas jajahan perancis rupanya. Kita sokong team sejarah je, sejarah cambodia fail. Haha.

    ReplyDelete
  13. Moga ada rezeki nak pergi sana juga

    ReplyDelete
  14. Apa yg saya perasan, tempat2 tu semua kawasan dia nampak bersih dan terjaga. Tengok struktur bangunan memorial tu pun nampak teguh.. menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sana kawasan awam mmg bersih dan terjaga

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆