Siem Reap, Cambodia: Tasik Tonle Sap + kebun teratai

12:07 pm

✿...السلام عليكم✿

Hari ni mem besar ada banyakkkk semangat tujuh petala langit nak up entry. So, here we go!
Dari airport, kami cakap dengan Salim nak drop luggage dulu. Bila dah naik tuk tuk ni, kena pulak 4 orang, memang tak de ruang langsung nak belunjur ke, nak kuak lentang ke... so, nak tak nak kenalah hantar itu beg ke hotel.
Bila kami tunjukkan alamat hotel, Salim cakap lokasi hotel ni jauh sikit. Lazimnya dia punya customer duduk hotel dekat2 je (meskipun dalam bandar). Jadinya, melilau jugak laa dia dok keluar masuk bawak tuk tuk cari hotel kami sampai kami pun naik kesian menengoknya. Tanya orang, ramai yang tak tahu kat mana lokasinya.
Nina dengan akmar dah pandang anies macam nak telan hahaha sebabnya anies laa yang cari / booked kan hotel tu... bila dah jumpa signage, salah masuk lorong pulak. Rupanya signage tu dipasang terbalik. Sapalah yang prank kitorang ni! Kurang asam betul!😂😂
Bila dah sampai hotel, masing2 terdiam, speechless bila tengok deco hotel. Nina yang macam nak telan anies tadi tu, terus tersipu2. Nak minta maaf segan lettewww hahaha (ayat penyedap cerita)
usai drop luggage (tak check in pun sebab masih awal), kami terus ke Tasik Tonle Sap. Nak sampai ke jeti tasik ni, jauhnya lebih kurang 10km. Jalan kiri kanan, sebijik macam masuk kampung kat Malaysia zaman 80an dulu (entah betul ke tidak, ko pandai2 je anies yek!). Walaupun keadaan dia macam tu, korang mesti tak percaya, kat ceruk macam tu terselit international school tau! Mana ada kat Malaysia macam tu!
Sebelum tiba jeti, kami juga melewati kebun2 teratai. Sempat kami beritahu Salim, ada masa nanti on the way balik kami nak singgah. Salim pun on kan je.
Tiba di jeti, nampak beberapa bas pelancongan terparkir di situ. So, anies buat kesimpulan sendiri, Tasik Tonle Sap ni kira macam itinerary wajib laa bagi pelancong kalau dah sampai Siem Reap ni.
Salim tolong belikan tiket. Harganya USD10 seorang. Kalau beli sendiri, harganya mungkin USD14.
Tak tunggu lama, kami terus naik boat. Kebetulan, dalam boat yang sama, ada pelancong dari Malaysia.
Untuk sampai ke tengah2 tasik ni, boat perlu menyusuri muara kira2 setengah jam. Sampai naik mengantuk kami dibuatnya bila dihembus angin tasik. Boat pulak slow kemain. Waduhhhh... mencabar iman sungguh!
Bila dah sampai tengah2 tasik barulah boat laju sikit. Terasa macam pergi ke tengah laut. Tasik ni memang besar ya amat. Kalau korang ingat lagi subjek Geografi dulu, sure korang tak dapat nak bayangkan betapa pentingnya tasik ni kepada penduduk tempatan dan kesengsaraan mereka bila tiba musim tasik ni akan mengering.

Uittt... panjangnya intro! Hahaha... macam biasa anies cerita dengan gambarlah yek! kali ni banyak gambar. harap bertabah 😂😂
tuk tuk Salim yang banyak jasanya pada kami sepanjang berada kat SR. walaupun simple / kecik, tapi kami enjoy naik tuk tuk ni sebab dapat air cond free hahaha

masa ni OTW ke hotel. jalan agak lengang sebab masih pagi lagi... 

antara suasana yang kami lalui sepanjang jalan menuju ke jeti Tasik Tonle Sap...

sampai dah jeti Tasik Tonle Sap. sementara tunggu Salim belikan tiket, kami tengok2 sekejap keadaan sekeliling...

tiket. sibuk je kaki nina tu nak enterprem hahahah

jeti Tasik Tonle Sap. jujur cakap, anies seakan tak percaya dengan keadaan macam ni... awat 'teh tarik' sangat air tasik ni???

dalam boat... muka tu senyum sekejap je. kena angin tasik, semuanya mamai zzzzz 

antara pemandangan sepanjang Tasik Tonle Sap...

boat semakin menghampiri kawasan tengah2 tasik. banyak rumah / binaan sebegini. dah kira macam satu perkampungan air. jangan tak percaya, siap ada 'piring astro' tau... 

boat kami berhenti kat sini... tak ada sebarang bayaran dikenakan...

khabarnya kat sini jadi tempat penternakan buaya... banyak ooo... kecik beso semua ada... yang tak ada buaya darat je hahaha

souvenir banyak dijual kat sini... boleh tahan mahal jugak laa sebab diorang jual guna USD.

beg kulit buaya. maybe beg Hermes yang korang pakai tu, kulitnya berasal dari buaya kat sini kot hahaha...

Hai obat hai obat mari beli obat
Kalau lambat-lambat tak dapat
Hai obat hai obat mari beli obat
Kalau salah obat melompat


kami berada kat tengah2 tasik ni sekejap je. dalam 20 minit gitu... pastu terus kembali semula ke jeti. tambah pulak, cuaca tengah terik. perut pulak dah mula berlagu minta diisi. jadi, dari jeti kami terus ke kebun teratai.

macam ni laa keadaannya. jangan anggap macam kat kebun2 bunga yang kita selalu tengok tu ya. pun begitu, kami enjoy berada kat sini walaupun sekejap.

bayaran masuk USD2. sebenarnya, ia sebagai ganti membeli biji bunga teratai... kira macam tolong penjual kat situ...

sapa2 yang suka fotografi tu, wajib datang sini. memang cantik kalau nak buat outdoor photography session

kalau kena musimnya, kawasan sini memang cantik bila teratai berbunga...

stairway to heaven 😂

biji bunga teratai. korek and terus makan. rasanya lemak2 gitu. macam korang makan kacang mentah tapi sedap. tau2 je dah habis...

okey... sampai sini je dulu... 

to be continued....

daaaaa

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

38 Your Words of Lo♥e

  1. kat tasik tu mesti banyak buaya kan, sebab tempat ternak dekat situ jugak :D

    ReplyDelete
  2. sokmo g jejalan..i is jeles..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom laa cik nor kite g jln sm2... ke nk tggu sy dtg KB? ;-)

      Delete
  3. xde ape yg menarik pon kat tasik tonle sap tu kann., hahar2 terasa keboringannye., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa sy igt kampung air lain drpd yg lain tp nan hado

      Delete
  4. aduhai , cik dear Anies , jenjalan lagi yer awak ;)

    ReplyDelete
  5. view pon nice dan yg best beg kulit buaya hohohohhh banyak pilihan ;)

    ReplyDelete
  6. Siem Reap, Combodia , kitew tgk kat sini jer laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn tgk je... 1 hari harus tiba di sini jg... insya allah

      Delete
  7. best nyer dpt outing ngan kengkawan dan travel ;)

    ReplyDelete
  8. tq anies sebab awak selalu jugak datang kat blog kitew yang sendu tue ;)

    ReplyDelete
  9. Macam tu rupanya biji bunga teratai..selalunya tengok bunga yang dh kembang2

    ReplyDelete
  10. Best entry kali ni. Lawak. Banyak kata2 menarik: tujuh petala langit (dah potong), kuak lentang. Kalau tulus semua perkataan lawak ni, penuh ruang komen.

    Teratai tu tak musim bunga kot. Daun yg banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...


      yap musim bunga penghujung tahun kata salim

      Delete
  11. kebun teratai tu memang cantik..

    ReplyDelete
  12. gambar hotel jangan lupa upload. kalau ada la kan..

    ReplyDelete
  13. percutian yang menarik dan agak mencabar juga ye di sini.

    ReplyDelete
  14. jeles aihhhh dah sampai kemboja dia... hihihi

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆