ស្វាគមន៍មកកាន់ប្រទេសកម្ពុជា

11:00 am

✿...السلام عليكم✿

 Hmm... macam mana yek nak mula?

Sebenarnya trip ni dah dirancang lebih awal dari trip ke Europe tu. Kami beli tiket lepas raya tahun lepas. AA buat offer. Apa lagi, menggeletis je jari jemari ni meng'klik'nya. Tapi sebelum beli tu, sempat lagi buat sesi hasut menghasut dan antara mangsanya adalah blogger Nina. Nasib baik laa si Nina ni sporting. Terus je setuju. Pergi jalan2 kan. Sapa tak setuju tu memang rugi kah! Kah!

Dipendekkan cerita, maka tanggal 4 Mac 2017, maka berangkatlah kami ke Cambodia dan destinasi pertama kami adalah Siem Reap.

Trip kali ni agak menarik sebab kami ni sebenarnya pergi kerana kawan atas kawan. Faham tak?
Macam ni... anies kawan Nina. Nina pulak kawan si Akma manakala Akma pulak kawan si Put (Puteri). Then, Akma dengan Put ni jugak kaki jalan2 and diorang sebenarnya baru je balik dari New Zealand. Walaupun saling tak kenal pada mulanya, tapi kami cepat 'ngam' sebab masing2 enjoy. Tu yang penting. Kalau sorang masam muka, sorang buat kepala sendiri... hmmm... spoil mood sebelanga!

Okey, okey. Balik pada topik asal. Kami bertolak awal pagi. Sebelum subuh dah terpacak kat KLIA2 tu. Dalam pukul 6.50am, flight pun berlepas dan Alhamdulillah, kami selamat tiba di Siem Reap International Airport jam 7.50am (SR lewat sejam)

kami hire Salim as our tour guide. Salim ni, dalam kalangan blogger jalan2 mesti dah kenal punya. Alhamdulillah, sepanjang kami di SR, dia beri kerjasama terbaik. Kalau korang tak sediakan itinerary pun, dia sedia membantu. Kalau tak nak pergi sesuatu tempat, cakap je kat dia. Jenis tak memaksa dan sentiasa ada untuk memberi pertolongan.

Nanti anies beri nombor telefon dia, yek in case korang bercadang nak pergi Cambodia soon.

Okey laa macam biasa, kita bercerita dengan gambar...

'nyawa' trip.

q untuk drop luggage. almaklumlah, masing-masing bawak batu 😂😂😂 
kredit photo: Nina.

korang wajib isi mende alah ni. isi siap2 dan pastikan info tepat. nanti sampai imigresen Cambodia, terus hulur je dengan passport. sori, ambil gambar dalam kelambu...

flight meal. kebuluq weiii... bertolak awal pagi ni lah masalah besarnya...

Alhamdulillah, kami selamat sampai di SRIA... ni flight kami... anies suka cara macam ni. turun flight pastu jalan kaki. bukan apa, sambil jalan tu sempat laa nak berselfie bagai dengan kapal terbang ke, dengan abam Suri Hati Mr. pilot ke, dengan ahkak pramugari ke....

SRIA... tak berapa besar tapi selesa dan bersih... tak payah jalan 2KM semata2 nak lepas imigresen... air port mana tu anies??

2 hamba Allah ini sangat gembira macam nak lompat bintang. depa habaq, kami dengan Angelina Jolie dah sampai Siem Reap, hampa bila lagi?? 
😂😂😂

kami paksa Salim berhenti kat sini semata2 nak bergambar konon2nya dah sampai SR dengan jayanya... yang 2 orang model tak berbayar sebelah kanan tu, sorang sakit pinggang, sorang lagi leher dah terkehel...

okey... tu je dulu... nanti anies sambung lagi yek... kalau rajin

thanks 4 reading...

daaa

Kisah Silam Untuk Masa Depan

22 Words of Lo♥e

  1. jeles laa.. anies nie asek jalan je taw..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mn ada jalan e'in kan naik flight tu hahaha #gurau

      Delete
  2. bhahahaha ingatkan tulisan siam rupanya khmer 😅😅😅 kelakar ayat intro SR. kena bg link kt kemar ni

    ReplyDelete
  3. Ehh, dah lama tak jengah sini, tengok2 dah up entry ke destination lain dah pun. Haha huntonglerrr~ :D

    ReplyDelete
  4. WAH JLN2 KE LUAR NEGARA LAGI SEROOKYA ANIES

    ReplyDelete
  5. bestnya jumpa gang sekepala, nak jalanpun enjoikan...

    ReplyDelete
  6. Menarik ni.. nasib baik tajuk je yg tulis mcm tu. Klu entri pun tak terbacalah saya. Bila leh ikot travel nie haha :D :)

    ReplyDelete
  7. Uiihh..ada model. Close up gambar siket

    ReplyDelete
  8. best la jalan-jalan negara orang

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆