#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #Mother!

10:04 am

✿...السلام عليكم✿

Antara sebab utama anies nak sangat tengok filem ni adalah kerana Jennifer Lawrance. Kali terakhir anies tengok lakonan dia menerusi cerita Passenger. Anies ada share kat SINI.
Peminat filem pasti dah tau, mana2 filem lakonan Hollywood's darling ni pasti tak kan mengecewakan. tapi, untuk filem arahan pak we si J.Law ni... honestly speaking, kami tak boleh nak hadam! serius!
Walaupun tajuknya simple, 'Emak' tapi sebenarnya ia tak ada kaitan langsung dengan individu yang melahirkan kita tu. Macam mana tu anies?
Okey, sila hadam sinopsis yang terpaksa dibuat point by point ni:

1. Jennifer (Mother) berkahwin dengan Javier (Him) dan tinggal di sebuah rumah dalam kawasan ladang. Mother tidak bekerja dan hari2nya dipenuhi dengan membaik pulih rumah milik suaminya. Him yang juga penyair banyak menghabiskan masa dengan mencari idea dan ilham untuk karya2nya.

2. Suatu hari, mereka didatangi seorang doktor (Ed Harris - sebagai Man). tanpa mendapatkan kebenaran si isteri, Him terus membenarkan Man tinggal di situ dengan alasan rumah mereka ada banyak bilik.

3. Tidak lama selepas itu, mereka didatangi isteri Ed (Michelle Pfeiffer - sebagai Woman). Kehadiran Woman juga tidak disenangi Mother kerana dia seorang yang busybody (banyak cakap, banyak tanya) dan buat rumah itu macam rumahnya.

4. Kemudian, Woman dan Him didatangi anak-anak Man dan Woman. salah seorang anak mereka tidak puas hati dengan ayahnya lalu mengamuk di rumah tersebut. insiden itu akhirnya menyebabkan salah seorang anak mereka terbunuh. Him dengan rela hati membantu Man dan Woman menghantar anak mereka ke hospital dan meninggalkan Mother berseorangan.

5. Bila Him balik rumah, dia mengkhabarkan anak Man sudah meninggal dunia. dan ketika mereka sedang tidur, kedengaran bunyi bising di bawah rumah. rupa-rupanya, Woman dan Him membawa sanak saudara dan rakan mereka ke rumah itu untuk meraikan majlis kematian anak mereka.

arghhh... tak larat dah nak tulis sebab lepas babak ni, mulalah scene2 mengarut dn tak masuk akal langsung. sampai satu part tu, rumah mereka dah tak ubah macam medan perang! (watdehel??)

rasanya cukup kot sinopsisnya. anies memang tak reti nak ulas best2. sebab sampai ke saat ni, anies masih tak dapat nak hadam cerita ni. apa motif, apa point yang nak disampaikan.

kalau cakap pasal lakonan, both J. Law dan Javier dah deliver watak dengan baik. begitu juga dengan pelakon2 pembantu. almaklum laa... Oscar winners kot... tak kanlah lakonan diorang macam batang balak kan...

last but not least, perkara yang anies tak berapa nak berkenan pasal filem ni adalah bilamana camera asyik dok mengekorrr je pelakon (camera tak statik) sampai naik pening dibuatnya. bila pelakon keliling meja, camera pun sama sekali tawaf meja. bila pelakon jatuh tergolek, camera pun sama tergolek juga... waduhhh pening2...

so, dari ⭐⭐⭐⭐⭐ anies beri sebijik ⭐ je... lantak laa korang nak cakap kedekut ke apa... hahaha janji beri...
apa2 pun terima kasih banyak2 kepada budiey.com atas pass tayangan premier ini... dah cerita pun memeningkan kepala, nasib arr korang kena teleng kalau nak tengok pic ni hahaha

antara scene dalam filem ni:
Mother didatangi Woman - yang lawaknya boleh pulak Woman tanya Mother, "kau ni siapa?"

antara 'kelebihan' Mother, dia boleh rasa sesuatu yang aneh hanya dengan melekapkan tangan ke dinding dan pejamkan mata. - sebenarnya anies tak tau / faham apa maksud action dia ni 😂😂😂

awal scene - Mother mencari Him sekitar rumah mereka

kalau tak silap masa scene ni Mother terdengar bunyi bising dari bawah rumah

Mother - depan rumah mereka

semua gambar KREDIT

okey, tu je laa untuk hari ni.

oh, ya sebelum terlupa, kalau korang nak tengok filem ni, hari ni dah masuk panggung... so, selamat menonton!

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

32 Your Words of Lo♥e

  1. belum tengok pun dah pening ni..hihihihi

    ReplyDelete
  2. OKLAH AIES MENONTON SMBIL BRFIKIR TAPI TAK RELEK HEH..HEH..

    ReplyDelete
  3. haha..x kuasa la aku nak tengok. baik tengok IT.

    ReplyDelete
  4. kite yang bace sinopsis nie pun pening.. hihi

    ReplyDelete
  5. semalam i cuti tengok wayang citer American Assassin..best!
    ok, takde kena mengena dgn entry ni..ok bai!!

    ReplyDelete
  6. Alamak.. satu je ke. Xmo tgk la hehe

    ReplyDelete
  7. Dah datang rumah orang boleh pulak buat macam rumah sendiri.

    ReplyDelete
  8. wak tgh cari full movie Gerald's Game tp x jumpa., huhu2

    ReplyDelete
  9. okay !! masuk list wajib tengok.. hee~

    ReplyDelete
  10. Tunggu Astro Best ajelah.
    Filem bajet murah lettew

    ReplyDelete
  11. saya rasa citer ni tak sesuai untuk saya....atau saya tak sesuai untuk citer ni heheheh

    ReplyDelete
  12. Mmg menarik ni.. citer seram mmg antara feveret list, cuma tak dpt nak ajak mem sbb dia tak suka tngok filem seram.. takott hahaa.. so ajak anak je teman tngok :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. xseram pn cuma jln cerita dia ntah apa2 xboleh nk hadam

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆