Paris | 'ronda rondi kota cinta' dengan Big Bus Tours vol.2

10:00 am

✿...السلام عليكم✿

Mood rajin hari ni. tu yang rasa macam tak sabau2 nak update.😊😊😊

oh, ya... kalau ada apa2 SOALAN, boleh je drop kat kotak komen. insya allah, nanti anies akan cuba jawab ya...

💗>>::<<💗

sambung dari SINI.

jalan di mana kami turun dari Big Bus tu namanya Avenue de l'Opera. macam mana anies tau? alaa... Google Map kan hado😀

btw, kami tak nampak pun mana2 opera house kat sekitar kawasan tu. mungkin ada. cuma kami je yang tak nampak or tak reti baca signage dalam bahasa France😉😊 yang kami nampak cuma kedai2, cafe2 dan butik2 je. oh ya, kami pun sebenarnya tak merancang lagi kat mana nak shopping 'secara besar-besaran' (laaa sangattt) jadi bila dah sampai area situ...

ternampak laa kedai ni kat seberang jalan, kami terus masuk. credit image.  kedai ni jual handbag, perfume, barang2 mekap, accessories wanita, jam sebagainya. masa kami datang tu, ada sale. mmm... anies tak membeli pun. teman orang shopping and cuci2 mata. tapi serius laa... barang2 branded jauh lagi murah lepas convert to RM berbanding kat sini! 


lepas shopping, kami kembali semula kat pit stop Big Bus dan nak sambung jalan2. tapi entah macam mana, driver bas tu suruh kami naik bas satu lagi. kami yang dah kesejukan dan blur2 (juga) terus je naik tanpa tengok dulu bus tu akan menghala ikut route mana. route biru or merah. bila bas dah bergerak, kami masih tak perasan lagi ke mana bas tu pergi... tau2 je nampak bangunan yang 'famous' ni...

... Moulin Rouge... otomatik terngiang-ngiang lagu ni:


Where's all my souls sisters
Let me hear ya'll flow sisters
Hey sister, go sister, soul sister, flow sister (oh)
Hey sister, go sister, soul sister, go sister
He met Marmalade down in old Moulin Rouge
Struttin' her stuff on the street (street (echo)
She said, "Hello, hey Joe, you wanna give it a go?" (woah)
Giuchie, giuchie, ya ya da da (yeah-ey)
Giuchie, giuchie, ya ya here (here)
Mocha Choca latta ya ya (ooh yeah)
Creole Lady Marmalade


hahaha... ada yang ter'menyanyi' ke? tak pe tak pe... silakan... 🎤🎵🎤🎵


okey, sambung balik...


entah macam mana, anies rasa bas yang kami naik tu berpatah balik ke Gare du Nord. masa tu laa baru terhegeh2 nak buka route and map... mmm memang SAH! memang sah kitorang dah 'ternaik' bas route biru. so nak tak nak, kena laa turun kat depan Gare du Nord, tempat yang kami naik sebelum ni.

bila dah turun, perut dah beri isyarat dangdut. so, kami melintas jalan, cari2 restoran halal. Alhamdulillah, kami jumpa Doner Kebab. resto ni tak jauh dari hotel kami. dari jauh dah nampak perkataan HALAL kat depan resto ni. Bismillahir rahmanir rahim... kami pun masuk...

resto ni kecil je. ni anies snap curi2 tau. sebenarnya, masa Nurul ke... Dania, nak snap resto ni, diorang kena marah dengan staf kat situ. dia tak kasi ambil gambar... eee... kekwatnya!

entah apa namanya. set ni didatangkan sekali dengan setin Coke. besar tau portion ni. sampai ke malam kami kenyang. baki makanan, esoknya anies tengok okey je lagi, tak basi. anies pun baham laa... rezeki kan... tak baik nak buang macam tu je... Alhamdulillah... tak sakit perut. tu yang penting!


lepas makan, kami kembali tunggu bas. masa bas sampai, kami tak naik sebab tengok bas tu route biru. kami tunggu lagi. bila tengok bas tak sampai2, dan masa tu laa sekali lagi buka map. mmm... nampaknya memang kena naik bas route biru dan tukar bas di pit stop yang kami turun tu (jalan  Avenue de l'Opera). haiiii... tu laa akibatnya tak study betul2.

korang, kalau dah sampai sini dan nak guna khidmat Big Bus ni, silalah study betul2 dulu ya... jangan jadi macam kami. dah rugi masa sejam...

Alhamdulillah, turun je bas, kami terus naik bas route merah atau Classique Route. bas ni laa yang akan bawa kami ke tempat2 fomous kat Paris ni... antaranya...


... The Louvre atau Louvre Museum atau Musée du Louvre. credit image.
kami memang terkilan sangat2 sebab bas ni tak berhenti depan muzium ni. tak tau kenapa. 😭😭😭 dia berhenti pun kat traffic light tapi mana laa dia nak buka pintu macam driver bas kat Malaysia ni kan? sudahnya, satu habuk pic bahagian depan muzium (macam pic kat atas ni☝) anies tak dapat snap. yang ada cuma yang ni je... 👇👇

bahagian belakang / tepi Louvre. tak pe laa... barangkali, Paris suruh kami datang lagi kot... pujuk hati sendiri😔😔😔

ni pun sama... Louvre...

cantik dan besar Louvre ni. memang betul2 terpancar seni bina Perancis yang diagung-agungkan tu... kalau jadi photografer, mungkin sehari kot nak tawaf Louvre ni sebab semua bahagian cantik2 belaka...

Sungai Seine berhadapan dengan The Louvre. kalau tak silap Big Bus juga ada tawarkan service river cruise. ada nampak tak cruise kat seberang sungai tu? tapi anies tak pastilah sama ada cruise tu milik Big Bus atau sebaliknya...

bila bas menyeberangi Sungai Seine... satu pemandangan biasa bila ramai orang bersiar-siar walaupun musim sejuk. Perancis ni kan negara pelancongan... 

tak tau laa apa nama dan fungsi bangunan ni... anies cuma tertarik pada patung emas tu je... dibuat daripada emas ke, anies? wallahu 'alam...

rasa2 macam familiar tak dengan bangunan ni? nanti anies cerita on next entry ya!

bangunan apa ntah... main snap je ni😀😀

jangan tanya... memang tak tau 😉😉😉

dalam banyak2 binaan / bangunan kat Paris ni, rasanya cuma Assemblee Nationale ni je kot yang tak bercirikan Perancis. anies main agak2 je ya. jangan percayalah pulak! sekali tengok macam bangunan apa? hah, pandai pun korang! The Parthenon - yang terletak di Greece. (Greece, mu tunggu aku datang! 😎)

The Big Wheel / La Grande Roue / Roue de Paris - antara tarikan pelancong ke sini. agaknya nama roda ferris berasal dari sini kot? ye laa... bunyi nama pun dah dekat2 kan... 😁😁

Roue de Paris - sebaik saja malam menjelma... cantik kalau dapat posing2 kat sini... kami tengok je dari jauh...

and... last but not least... harus ditepek gambar mem besar kat sini... kat tingkat atas Big Bus. orang tak ramai. almaklum laa dah nak senja... tapi apsal tutup hidung? sejukkkk mak cik!! naik kaku hidung masa ni...😀😀


p/s kalau yu ols rasa gambar2 kat dalam entry ni kelabu asap je, jangan marah ya... ni bukan effect or filter kamera. ni memang gambaran dan suasana sebenar winter masa kami kat Paris ni...

okey, sampai sini dulu...

thanks 4 reading...

to be continued...

daaaa...

Kisah Silam Untuk Masa Depan

28 Words of Lo♥e

  1. bangunan yang macam familiar tu ada nampak dalam filem 'Will'..hehe.Lawa gambar mem besar posing walaupun dalam kesejukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk filem shoot kt sini even tajuk filem pun guna nama bgnn ni ;-)

      Delete
  2. the louvre tu saya tengok dlm citer tom hanks berlakon tu. betul ke kubur mary kat situ? sampai terbawak2 saya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap, filem the da vinci code... psl kubur tu sy x tau. yg sy tau kat dlm tu ada potret mona lisa ;-)

      Delete
  3. Gambar mem besar tu memang wajib... heheh.
    'jangan tanya memang tak tau' .tengok peta terbalik ... tersengih-sengih akak kat sini.

    ReplyDelete
  4. sementelah ianya adalah WINTER.

    mood view pun suram je ye.

    hihihi

    ReplyDelete
  5. tgk picture vivyyusuf kat the Louvre tu -dari arah depan - hihihi

    ReplyDelete
  6. takpe2 ...nnt kita g paris lagi ye.

    ehhhh ...hihihi

    ReplyDelete
  7. wah best....terubat kecewa xdpt g aritu ke paris...hihi

    ReplyDelete
  8. Roue de Paris tu nampak besar sangat macam seram jer... nak naik.

    ReplyDelete
  9. waaa sayangnya anies tak dapat pergi tempat yang nak dipergi tu. tapi kalau syed pergi sini rasanya memang sesat habis ni. tak tau langsung pasal tempat2 kat sana haha.

    ReplyDelete
  10. Paris banyak bangunan bersejarah yg cantik

    ReplyDelete
  11. kekwatnya x bagi amik gmbr resto tu, takut resepi diciplak ke? 😏 takpa lah, hak depa

    ReplyDelete
  12. ambik gambar pun x boleh..? hmm..

    ReplyDelete
  13. mem besar posing tue yang mahal tue ;)

    ReplyDelete
  14. Cantik gambar2... apa pun tak tahan tengok set hidangan tu.. puas makan hehee :D

    ReplyDelete
  15. salam..
    hi anies..yaya mai singgh sini..smbung belek2 entri anies ni..hehe

    ReplyDelete
  16. Kagum dgn bangunan dia..cantikkk !! Walaupin dh berusia tp tjaga dgn baik skali

    ReplyDelete
  17. lawa2 bangunan bercirikan perancis.. kalau ke itali, spain, greece lain pulak

    kalau pi summer mcm mana pulak keadaannya.

    ReplyDelete
  18. kekwatnya tokey kedai xbg snap.. ermm nampak sedap adik beradik kebab ke? xsakit perut tak apa la :)

    ReplyDelete
  19. kekwat xbgi tngkp gmbo, ish2,,
    best la tgk senibina bangunan dia..klaulah dpt brgmbo situ canteknya..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆