London | St Pancras International dan Eurostar
12:46 pm
✿...السلام عليكم✿
Bersambung dari SINI.
awal pagi, lebih kurang pukul 3 kami dah bangun. kami kena bersiap-siap dan drop luggage sebab kami cuma nak bawa sebahagian je. nanti balik ke London baru kami ambil luggage semula.
jam berjalan terlalu pantas. sedar2 je dah pukul 6 pagi. kami mula berkira2 nak naik teksi je ke St. Pancras sebab nak kejar masa. harap2 masa ni jalan smooth. kami boleh je nak naik Tube tapi memandangkan nanti kami terpaksa tukar platform dan Tube, jadi jalan terbaiknya adalah naik teksi. plus, luggage yang kami angkut ni pun boleh tahan berat juga laaa. (ko bawa batu ke anies?😂)
kami naik teksi ni... otomatik anies teringat Mr. Bean. 😂😂😂... merasa juga naik teksi ni... sepanjang jalan, kami sempat berbual2 dengan driver teksi. orangnya dalam lingkungan 60an. dia cakap dia pernah sampai Malaysia. KL dan Langkawi. yang anies pulak siap cakap, kalau dia nak datang ke KL, contact laa anies. mana tau, anies boleh bantu sikit2 nanti. sudahnya, masa dah sampai St. Pancras (masa tu tinggal lebih kurang 1/2 jam je lagi), dia sempat lagi tanya anies macam2. arghh... kita dah lah kelam kabut ni, dia pulak banyak tanya. sudahnya anies beri je nombor telefon dan contact anies kalau betul nak datang KL. pastu terus blah! 😅😅
masuk je St. Pancras, hati sedikit cuak. bukan cuak pasal tiket, tapi cuak tengok kastam UK kat situ! hah... habis laa... dah laa kami ni dah lewat. kena pulak check kastam bagai... adoiii... honestly speaking, kami memang tak dapat apa2 info pasal kastam kat St. Pancras ni. lepas je redeem tiket, kami terus jalani prosedur kastam. scan bag, cop passport dan body checking. Alhamdulillah, selesai. terus kami cari platform dan terus naik train.
ni je laa yang sempat anies snap sebelum train berlepas. lebih kurang 10 minit kami masuk gerabak, train pun bergerak meninggalkan St. Pancras. bye2 London...
tiket train. kami dah beli awal2 yakni lebih kurang sebulan sebelum bertolak. kami beli direct kat laman web Eurostar. Kami juga ikut info yang mengatakan kalau beli tiket 1st train akan dapat harga murah laa sikit. Murah tak murah, ratus RM juga laa... tapi da tak de pilihan (pilihan lain ada. tapi masa adalah lebih berharga dalam keadaan macam ni) so boleh teka kami nak ke mana ni?😉😉
dek kerana tak sempat nak bersarapan, kami beli je kat kafe train.
memang betul cakap2 orang. selesa betul naik Eurostar ni. smooth je. macam tak terasa langsung yang kita tengah duduk kat dalam gerabak. masa lalu bawah Selat Inggeris pun kami tak perasan. almaklum laa... cuaca / keadaan kat luar gelap. tertanya2 juga laa... train ni dah masuk terowong bawah laut ke belum? nak juga tengok... tapi sampai ke sudah tak jumpa... bila dah nak sampai destinasi, baru laa nampak langit yang cerah. tu pun tak berapa nak cerah... macam nak hujan tapi bukan...
Alhamdulillah... lepas hampir 2 1/2 jam dalam train, kami pun sampai ke destinasi yang dituju. dada dah berdebar-debar. almaklum laa... 1st time jejak kaki ke sini dan takde sapa yang akan sambut kami macam kami tiba kat Heathrow. dan kat sini juga bermulalah 'drama' perjalanan kami. nak tau apa yang terjadi pada kami lepas ni? dan ke mana kami pergi?
tungguuuuuu....
to be continued...
daaaaa...
39 Words of Lo♥e
suspen ni..hihi
ReplyDeleteTeringin juga nak rasa naik eurostar tu tapi belum ada rezeki lagi.
ReplyDeleteinsya allah akn dtg pasti ada rezeki nauk eurostar
DeleteSuspennyalah kak Anis. Mesti kelam kabut nak kena check dengan kastam lagi, dgn beg berta lagi. Haha
ReplyDeleteMmg pn ;)
DeleteKalau beli makanan dalam eurostar tu tak mahal ke?
ReplyDeleteBiasanya kalau dekat MY ni makanan dalam train mahal hahaha. Okay tak sabar nak tunggu sambungan sebab nak tahu drama apa yang berlaku tu.
nak kata mahal sgt tu x la... tp ok la... masih boleh dibeli lg ;-)
DeleteWah ke paris ke? Sy aritu xsmpi hanya melepak kt london jer hihi
ReplyDeleteya anna
DeleteSeronok baca..pengalaman anies yang berpeluang jalan2 je negara orang
ReplyDeleteWah anies dh sampai ke london harini
ReplyDeleteg perancis ea naik eurostar?
ReplyDeletelajak g swiss tak?
yap ;-)
Deletebest nyeee dah sampai peghancisss
ReplyDeletesuspens la anies
ReplyDeletewak dpt tenok gmbr londong pon oke jugak., huhu2
ReplyDeletejauh nyer jalan ;)
ReplyDeletehangpa pi London noh...
ye ;-)
DeleteBest baca pengalaman org kat overseas 😄 Boleh jadi rujukan utk yg nak p travel
ReplyDeletetumpang seronok baca journey ko ni...
ReplyDeletebilalah turn aku pulak nak sampai sana
Insya Allah 1 hr nnt pssti smpi
Deletebestnyaaaaa..
ReplyDeletebila wa leh sampai niiii.
Rezeki k yan pasti thn ni o thn dpn insya Allah
Deletejauhnya..
ReplyDeletepergi paris ke ... wah dah sampai london ... betapalah rindunya nak baca coretan travel anies ...
ReplyDeleteYa betul ;)
DeleteMak tunggu sambungannya..
ReplyDeleteEurostar mesti jauh beza dengan komuter kan...hihi :D
Betul hehehe
DeleteSaya tak teringat kat Mr. Bean, tapi teringat kat kereta Haji Bakhil dalam Labu Labi :)
ReplyDeleteHj bakhil kaya sbb tu gn kete import ;)
DeleteSaya rindu London.. bila tengok gambar2, bilalah dpt ke sana lagi...
ReplyDeleteKn kembali tu 1 hr nnt ;)
Deletesinggah sini juga.... heee
ReplyDeleteAnies.. Nnti klo btul2 dia dtg malaysia..anies kna td pemandu pelancong driver tu la nanti..hehe
ReplyDeleteBoleh je lya tp upah nk dlm ££ hahaha
Deleteayat last tak ada org sambut tu sadis jelah.. hmm lain la kalau pakai tour guide. hehe
ReplyDeletekemain uncle teksi peramah habis. harap2 dia mai KL dpt tour guide free of charge!
Nadia 3 kali ke UK , tiga kali tue lah teringin naik taxi hitam tue sebab rasa classic sgt tapiiiii tak kesampaian sebab tahu mahalllll.
ReplyDeleteBerapa anies kena charge naik taxi hitam tue ?
hehehe redha jeee harga tiket tu.. janji sampai Europe hehe..
ReplyDeletekite macam tawuuuu je pegi mana tu hehe.. lalu bawah laut tu memang gelap jela kan ?
Penasaraaaan 😄😄. Apa yang terjadi tuh? Nanti nak baca semua postingan kakak yg ttg England nih. Teringin sangat kesana, tapi buat Indonesian wajib bikin visa UK dan visa UK nih lebih mahaaal dari visa US 🤣🤣. Ntar dulu lah.
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆