Paris | Champs-Élysées + Arc de Triomphe

11:43 am

✿...السلام عليكم✿

Sebelum mula, ada DUA perkara nak highlight kat sini.

pertama:

1. azizah green line
2. LYAfrina
3. nayfatimah rasyid

kenapa nama yu ols ada ni? hahhh... sila klik kat SINI ya! anies harappppp sangat korang boleh beri respon secepat yang boleh. tolong ya!

kedua, terima kasih kepada sis Hawa kerana sudi jadi MUA untuk blog yang tak seberapa ni... harap2 tak serik ya bekerjasama dengan anies...

kalau kawan2 nak juga mekapkan blog kawan2, bolehlah jenguk2 blog sis Hawa ni. insya Allah, sis Hawa ni akan cuba memenuhi permintaan mekap yang macam mana kawan2 nak...

Okey, moh ler kita sambung lagi cerita JJCM kat Paghis ni.

entry sebelum boleh klik kat SINI ya!

lepas posing2, selfie dan wefie bagai, kami terus naik bas semula. bila tengok route, bas akan menghala ke dua tempat macam yang disebut di atas.

bagi kaki shopping, nama Champs-Élysées ni memang tak perlu diperkenalkan lagilah. kat sini laa kalau korang nak tengok depa 'meroyan' dan 'lupa daratan' terutama bila nampak kedai2 butik2 branded kiri dan kanan😂😂😂😂

tapi kan... kalau fulus tu macam tak berapa sedap je (macam orang yang tengah tulis ni) so lupakan je laa hajat tu. cuci2 mata je laa tengok deretan butik2, kedai2 branded sepanjang Champs-Élysées ni.

bas menyusuri jalan yang kiri kanannya pokok tak berdaun... jalan raya tampak lengang tapi sebenarnya tak juga... jalan depan sikit jammed juga tapi tak laa teruk mana pun jammed tu...

mata melilau tengok kiri kanan... ramai sebenarnya yang berjalan kaki sepanjang jalan ni... tak tau laa sama ada mereka bersenam or pelancong yang berjalan kaki untuk ke tempat2 menarik...

sebaik saja bas melewati tempat ni, otomatik dah boleh agak... ni laa Champs-Élysées... tempat tumpuan kaki2 shopping... sebut je nak jenama apa... semua ada... duit je yang tak berapa nak ada 😄😄😄

kalau tak silap, deretan butik2 mewah sepanjang jalan ni lebih kurang 1.5km jaraknya... kalau keluar masuk butik tapi tak jumpa2 juga barang yang nak dibeli... mmm... tak tau laa nak cakap... tambah2 orang pompuan... tu tak berkenan, ni tak berkenan... alih2 beli kat KLCC juga😂😂😂

tak payah diperkenalkan lagi la... tengok logo je semua dah tau... (sambil tu jeling 'menteri kewangan' di sebelah yang pura2 tidur)

entah betul ke tak sale nyer tu... tapi ye kot? almaklum laa baru lepas Krismas kan...

bas tak berhenti pun kat mana2 butik sepanjang Champs-Élysées ni... sampai laa kami nampak Arc de Triomphe di penghujung jalan Champs-Élysées

salah satu bangunan ikonik Perancis... dan antara tempat yang wajib singgah kalau dah sampai kat Paghis ni...


bas yang kami naiki berhenti tak jauh dari  Arc de Triomphe. memula anies fikir nak duduk je dalam bas sambil2 tengok gelagat manusia kat sekitar kawasan tu. tapi bila tengok bas tak bergerak2, anies terus ke depan. sempat laa berborak2 dengan driver tu.

dia tanya anies dari Indonesia ke? anies jawab laa, dari Malaysia. katanya, dia pernah sampai Malaysia (KL) dua tahun lepas dan bercadang nak datang lawat lagi tapi kali ni nak pergi Sabah.

lepas borak2 tu, anies cakap nak keluar sekejap nak ambil gambar, so terus dia bukakan pintu...


dari bawah, nampak je kelibat manusia kat atas puncak Arc de Triomphe ni. nak naik kena bayar...macam biasa.. tapi anies tengok je laa,,, janji dah nampak depan mata... dah cukup syukur...

last but not least... swofoto sejibik sebelum bertolak ke destinasi terakhir...

ke mana tu?

to be continued...

daaaa...


p/s BW sambung sebelah petang nanti... sabaq noo..

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

40 Words of Lo♥e

  1. huwaa.. nak g london jgk..xde siapa nak sponser ke?hihi

    ReplyDelete
  2. eh..lupa nak cakap..hadiah dah sampai...tq anies..muahh cket..:)

    ReplyDelete
  3. Bangunan-bangunan dia semua cantik-cantik.
    dan nama bangunan dia semua pelik la tak reti macam mana nak sebut haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebut ikut lidah kite je... kalu ikut france tergeliat ;-)

      Delete
  4. tahniah utk semuaaaaaaaa
    wah bestnye tengok gambar suhu - tuuuu hihi

    ReplyDelete
  5. kalau sy p Champs Elysees tu, tak shopping. cuci mata ja la 👀 nasib baik sy bukan kaki shopping, takda lah nyesal 😄

    ReplyDelete
  6. betul tu...dah cukup syukur sgt dah dapat tengok depan mata amek2 gambar...
    nice trip dear!

    ReplyDelete
  7. kalau duit tak berapa nak ada.. keluar masuk butik tu dah happy sangat, Anies.

    ReplyDelete
  8. blog wajah baru..makin romantik sejak-sejak balik Paris ni

    ReplyDelete
  9. Cantik gambar-gambar ni. Walaupun tak pernah sampai lagi.
    Datang sini boleh tengok.
    Butik-butik mahal tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. mmg pun... duit je yg x berapa nk mahal ;-)

      Delete
  10. alhamdulillah sampai juga kota paris ya anies

    ReplyDelete
  11. teruskan menulis berkongsi apa lagi yang menarik di paris

    ReplyDelete
  12. matawang kita pun jauh beza kan

    ReplyDelete
  13. baru balik drpd paghis minggu lepass,seronok jln dkt champs elysee tuu,,yg tak seronoknya duit tak bekepuk sobs

    ReplyDelete
  14. kak anies comel, kak anis seperti fotografer. keren

    ReplyDelete
  15. bila sebut pasal peghancis - saya tau dua ketul bangunan je: Arc de Triomphe dan Eiffel Tower.
    Semoga sampailah si huda ni suatu hari nanti - Insya Allah

    ReplyDelete
  16. Kiranya kali ini I tambah lagi seketul ilmu tentang peghancis iaitulah "Champs-Élysées" dan "Louvre" - ni I berkenalan ngn viviYusuf. hihihi...

    ReplyDelete
  17. So Anies nyinggah shopping tak kat Champs-Élysées?

    Murah tu berapa murah?

    errmm tapi biasanya after krismas - depa ada boxing day - dengar katanya murah2.

    tapi definisi murah kita yang susah nak di definisi kan.

    hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. x shopping pun. cuci2 mata je. murah pada nilai diorg laa... tp mmg beza laa kalu da convert ke RM. boxing day tu lazimnya kat england... kat tmpt lain sy x pasti

      Delete
  18. Aniesss... Sori sgt ye lmbt respond...

    ......


    Bestnya anies jln2 .. Rezeki anies blh melawat tmpat org...lya dlm malaysia sndiri pom byk lg x pergi

    ReplyDelete
  19. Wahhh, blog berwajah baru~ Wewiit!
    Takpelaa duit tak berkepuk pun, boleh jamu mata pun dah cukup. kihkih

    ReplyDelete
  20. Nama tetempatnya memang tergeliat lidah nak sebut.
    Syok jugak cuci-cuci mata jer.. pun

    ReplyDelete
  21. kalau akak g sana...gosok mata jer la..

    ReplyDelete
  22. Selalu gitu kan? Kalwu kat mana-mana orang akan tanya dari Indonesia ke? Hehehe syok tengok gambar Anies jalan-jalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nmpk sgt muka org malaysia copy org sbrg 😊

      Delete
  23. sory anis.. terlambat.. xpe xde rezeki agaknya..

    ReplyDelete
  24. nanti nina sambung lagi ye nis.. hehehee

    ReplyDelete
  25. lawanyaaaaa!! i loike gmbar last haha. tak sangka driver pun kaki travel. siapa menteri kewangan kat sebelah tu? ermm

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆