Zombie Run '19

10:22 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Outdoor event pertama untuk Mac 2019 dimulakan dengan 'main-main' hantu 👻👻👻👻hahaha...

sebelum tu, kawan2 yang duduk kat Sabah, Sarawak, WP Labuan, Kelantan, Perlis, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negri Sembilan, Selangor, KL, Melaka, Johor dan Pahang dan merancang nak join event sebegini sepanjang tahun 2019, silalah klik kat SINI ya. ada berpuluh event disediakan. kalau nak senang lagi, download je aplikasi Jom Run.

pada hari kejadian, seawal 5.30 pagi anies dah kena keluar rumah. sebabnya.. belum collect race kit. Alhamdulillah trafik smooth je. awal pagi kan... kereta mana laa banyak...

setiba kat Dpulze Shopping Center, Cyberjaya solat subuh dulu. kemudian baru cari register counter. dapat je running kit terus salin baju. tengok jam dah pukul 7.00 pagi so better warm up sekejap.

event dimulakan dengan senaman zumba. memang best dapat berzumba pagi2 ni. terasa urat2 yang tegang tu kembali aktif dan mantop hahaha.😂😂😂

oh ya, kepada kawan2 yang tinggal di Precint 9 atau kawasan berhampiran, setiap weekend ada kelas zumba FOC dilangsungkan. kalau tak silap kelas ni dibuat di padang (tak pasti padang apa). info ni anies dapat daripada zumba instructor yang lead senaman sebelum event bermula. pergi tau! bukan senang nak dapat peluang macam ni!

habis berzumba, peserta diarahkan berkumpul di starting point dan tepat jam 8.15, flag off.

event ni tak ada kategori khusus. cuma diorang bahagikan runner kepada peserta, hunter dan pelajar kolej. semua yang join kena lari sejauh 5KM sambil diganggu oleh zombie2 yang menyorok.

bagi yang berdaftar sebagai hunter, mereka perlu membawa water gun. bila jumpa zombie, maka tercetuslah peperangan sengit😆😆kalau dah habis peluru (air), ada staf menunggu untuk isikan peluru hahaha

gambar zombie and hunter anies tak sempat snap. kalau korang nak tengok gelagat diorang, Google je Zombie Run '19. zombie dia taklah seram mana pun tapi cukup buat anak2 kecil meraung😆😆

Alhamdulillah, cuaca okey sepanjang event dan dapat tamatkan larian dalam jangkaan masa yang diharapkan. (insya Allah target 5KM = 1/2 jam tapi entah bila laa dapat capai target ni)

macam biasa, layan gambar ya...

banner Zombie Run '19 @ Dpulze Shopping Center, Cyberjaya. event ni dianjurkan olehh fakulti farmasi, Cyberjaya University College of Medical Sciences.

flag off / finishing line bermula /berakhir di sini. betul2 depan main entrance Dpulze Shopping Center. masa ni dah habis larian baru nak snap gambar...

t-shirt dan bib. nombor bib = lucky draw number. so far belum ada rezeki nak dapat lucky draw. mungkin bila ada hadiah lucky draw berupa tiket penerbangan ke London, baru anies dapat kot? aminnn.... cepat tolong aminkan!!! huhuhu...

ragam ibu bapa sorong stroller tetap ada dalam mana2 event yang anies sertai setakat ni... salute! selain tu ada ibu bapa yang bawa anak berlari bersama. bila anak penat, mereka dukung pula bergilir2. waduhhhh kalau dah besar jadi anak derhaka tak tahulah nak cakap macam mana....

zombie muslimah (baju biru tudung merah... kalau tak silap laa) tengah kacau runners tapi bila kena tembak dengan hunter terus cabut lari😆😆 sebenarnya dia nak elak efek make up diorang cair bila terkena air hahahahahahahahahaha

suasana depan halaman Dpulze Shopping Center selepas semua peserta berjaya tamatkan larian... senang cerita, diorang tengah tunggu pemenang lucky draw diumumkan... hadiah2 lucky draw berupa peralatan kesihatan macam yoga mat, dumbbell, exercise ball  etc

last but not least... finisher medal, COP berkedut 1000😆 dan goodies (dalam plastik purple). nak tahu kenapa sijil tu berkedut 1000? sebab diorang masukkan sekali dalam goodies bag. bag tu bukannya besar pun. supposed diorang edarkan bersama goodies bukan sumbat sekali dalam bag tu.. tak fasal2 balik rumah kena iron COP tu😆😆

okey tu je nak kongsi...

#misinakpakaikebayarayanantibelumberakhir

thanks 4 reading.. daaaa

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

41 Your Words of Lo♥e

  1. Kalau baca kata Zombie.... saya jadi ingat dengan Blog Zombie, heheheh...

    Acaranya keren,,,bin kerenn....

    Ohy... Kalau boleh tahu Mbak Anies ini orang Malayasia yach ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. theme sahaja guna nama zombie...

      ya saya orang malaysia...

      Delete
    2. Kalau tinggalnya di Malaysia, berarti dekat dong dengan rumah IPIN Dan Upin ? 😅😄😃😆 salam yach buat Atuk Dalang. 😅😃😄

      Delete
    3. jauh. tapi boleh jumpa upin ipin bila2 masa sahaja

      Delete
  2. antara tarikan hebat artikel ini ialah stail penulisan yang lawak ...

    membaca itu menghiburkan..

    semoga terus join lagi aktivti seumpama ini pada masa yang akan datang

    ReplyDelete
  3. wah..bestnya..nak tgk yg kelantan la..mana thu rajin nak join..tp xde gang la..huhu

    ReplyDelete
  4. Hahaha seru nih kayaknya😅 T-Shirtnya keren" tapi ada warna kayak darah gitu😰

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya warna darah sahaja bukan darah sebenar hehehe

      Delete
    2. Hihi tetep gak berani. Tapi merah kan tanda bernai, semangat lari hehe. Aku kayaknya kuat kalo ikutan. Soalnya dh biasa pawai selama di asrama hihi

      Delete
    3. dari pengalaman saya, baju merah selalu diguna untuk night run. waktu siang selalu guna warna cerah😊

      Delete
    4. Hehe jdi tetp kelihatan bersemangat😍

      Delete
    5. ya. tapi event yang lebih besar, lagi besar semangatnya

      Delete
  5. Seru ni larinya, jadi gak teringat terus sama capek..

    ReplyDelete
  6. Amin! Moga-moga dapatlah menang lucky draw tiket ke London satu hari nanti. hehehehe :D

    ReplyDelete
  7. Woow!! Bagus warna komunitas Zombienya kuning meronah menjadikan warna cerah dan cocok untuk dipakai siang dan malam..😄😄

    ReplyDelete
  8. Rasanya kemarin sudah komen hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya apa apa pun terima kasih mbak kerana komen

      Delete
  9. menarik ni.. tapi lagi menarik kalau pelari guna fesyen hantu.. hehehe

    ReplyDelete
  10. Sereeeeemmmmmmmm ada zombieeeeee.....lariiiiiii.....

    ReplyDelete
  11. aayik juga ya kak bisa jalan dan olah raga santai rame-rame bareng teman, biar tubuh sehat dan happy bisa bercanda sama teman

    ReplyDelete
  12. Semoga sukses buat yang punya blog
    Selamat pagi

    ReplyDelete
  13. tahniah krna mengamalkan gaya hidup sihat!

    ReplyDelete
  14. Aamiin.. Semoga dapatlah lucky draw tiket ke London tu.. 😍😍..
    Adoi.. part sijil tu sedih.. Jenuh nak sterika bagi cantik balik.. hehehe.. Menarik juga dia buat acara lari macam nie.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn.... lepas iron pun kedut jg hhehehe

      Delete
    2. Kertas kalau dah renyuk memang susah nak elok balik Anies.. hehehe.. Tapi cuba Anies letak dalam timbunan buku.. Tapi amik masalah.. akan okay sikit walaupun tak secantik yang sepatutnya..

      Delete
    3. frame trs sha. mls fikir pnjg😆

      Delete
  15. Tak pernah lagi join larian dengan anak. Kalau anak dua orang biasa macammana parents ni jaga time lari ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung pd ms daftar. kalu include anak sekali, maka ms lari, jg anak ats budi bicara mak ayah. kalu suami o isteri je yg lari, of coz slh seorg yg kn jg kt rumah, kn?😊

      Delete
  16. Tumpang seronok tengok anies joint larian begini.. Salute kepada parent yang sanggup bawa anak bersama semasa larian, hebat!

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆